June 2022 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: June 2022
KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN PERTUBUHAN SUKARELA KEBAJIKAN DAN KURSUS KESUKARELAAN JKM 2022

KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN PERTUBUHAN SUKARELA KEBAJIKAN DAN KURSUS KESUKARELAAN JKM 2022

 Antara tugas-tugas unit Komuniti yang sempat che kak faham la hasil dari kursus ni. Kalau salah harap maaf.


Kalau salah tulis atau tak tertulis tu maksudnya che kak duk dalam alam kayangan๐Ÿ‘ป๐Ÿ˜†.


1. Sistem MyCorporate Care. PSK kena guna sistem ni untuk permohonan geran, bagi sumbangan dan perlu key in maklumat sukarelawan JKM nanti selepas sistem dikemaskini.


2. Bantuan khas perbendaharaan (BKP). Bantuan ni khusus untuk PSK yang berdaftar untuk mohon geran untuk jalankan program khusus berkaitan kebajikan. Kena hantar 4 bulan awal sebelum laksanakan program.


3. Bantuan kewangan kerajaan kepada PSK yang memenuhi syarat permohonan geran. Geran pula banyak jenis. Antara yang che kak ingat geran rangsum, pentadbiran, elaun khas murid oku, bengkel terlindung dan lain-lain. 


4. Khidmat bantu di rumah (KBDR) atau homehelp. Pantau rekod dan ada lebih 12 lampiran berkaitan. 


5. Projek Organisasi Komuniti (POK) 

 Projek ni khusus untuk memperkasakan  komuniti setempat. 


6. Skuad Keluarga Malaysia (SKM) . Program yang dijalankan ialah aktiviti atau program turun padang. Bukan JKM sahaja yang terlibat. Ada 4 agensi pelaksana termasuk KPWKM, KKMM, JPM, JAKIM dan Kementerian Perpaduan Negara. Kena isi maklumat di portalkomuniti.


7. Sukarelawan JKM. Boleh buat pelbagai program untuk memperkasakan sukarelawan. Sukarelawan tak semestinya aktif secara fizikal. Sumbangan sukarelawan ni pelbagai antaranya ilmu , idea, material, kepakaran, tenaga, pengalaman. 


8. Tugas lain yang tak disebut ialah naziran program PEMERKASA. Tak dinyatakan dalam ni sebab kursus ni khusus untuk pemantapan pengurusan PSK dan sukarelawan. Nasib baik sempat dengar taklimat berkaitan PEMERKASA masa ganti penyelaras lama 






Dah jom kemas beg. Jap agi balik. 

LAWATAN KE BANDAR HILIR MELAKA

LAWATAN KE BANDAR HILIR MELAKA

 Alhamdulillah. Fuh penat. Tapi best dan rasa sangat enjoy hari ini. Mata mengantuk badan pun penat. 


Tapi rasa tak lengkap kalau tak tulis walaupun syok sendiri je menulis ni.๐Ÿ˜†


Siang tadi kursus tentang pemerkasaan komuniti. Alahai banyaknya kerja unit ni. Kalau tak buat, kita tak tahu pun cabaran tugas setiap unit. 


Lepas solat zohor, peserta kursus telah di bawa ke tempat projek komuniti di Paya Lebar. 


Projek Jabatan Perikanan untuk memperkasakan komuniti nelayan. Di samping kerja hakiki tangkap ikan di laut, depa juga dibantu buat projek macam-macam la berasaskan makanan laut.










Sama macam JKM pun ada projek untuk komuniti. Eh malas la nak citer๐Ÿ˜….  Kena tulis lain hari. Hari ni nak citer pasal jalan-jalan je.


Next...


Lepas tu kitorang di bawa ke bandar Hilir Melaka. Singgah solat di Masjid Selat Melaka. Tandasnya sangat bersih. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘






Lepas tu gi jalan-jalan kat tempat bersejarah. Macam biasa la bergambar yang penting.






Pada awalnya kitorang nak ber river cruise di Jeti Taman Berempah  tapi tutup. Katanya sebab pagi tadi hujan air naik. So, tak boleh naik kapal. Kalau nak naik kapal kena bayar RM25. 








So, kitorang jalan kaki pula ke tempat jual cendol Kg Hulu. Ingatkan dekat. Masya Allah jauhnya๐Ÿ˜‚. Rasanya lebih 3km berjalan tadi. ๐Ÿ˜…. Agak-agak je tu sebab rasa macam jauh sangat. 


Kalau tak turun berat badan, memang lemak degil la.๐Ÿ˜…. Tapi tak pe lah. Okey je jalan-jalan sambil lihat rumah-rumah  yang cantik, tengok sungai yang bercahaya, berselfie, dapat bakar kalori kuih keria dan air kelapa.


Lepas tu kitorang gi makan asam pedas di Pasar Borong. Entah kenapa che kak rasa asam pedas paling sedap yang pernah makan ialah asam pedas mak kak Aisyah masak. 


Che kak tak pandai nak review makanan. Hanya tahu makan je. Kalau habis makan tu maknanya sedap la kot. Kalau tak sedap, makan juga la kot sebab takut membazir.


Jangan tanya che kak sedap ke tak๐Ÿ˜‚. 






Alhamdulillah, setakat hari ini jumpa peniaga orang Melaka semuanya baik-baik je. Layan dengan berhemah. Cakap pun elok-elok je. 


Ok bye selamat malam. Terima kasih sudi baca. ๐Ÿฅฐ

KISAH BINTANG DI BALAI CERAP AL KAWARIZMI

KISAH BINTANG DI BALAI CERAP AL KAWARIZMI

 Macam biasa la teruskan kursus hari ketiga. Dengar dan cuba faham walaupun otak tak berapa nak serap.


Tapi sebab keinginan nak tahu tugas hakiki unit baru yang che kak pegang ni, cuba juga kuat semangat. pergh ayat pujuk hati kalah budak nak ambil peksa spm๐Ÿคฃ.


Bila rasa mengantuk, sapu kat mata dengan tisu yang dah dibasahkan dengan air mineral free. Malas nak gi toilet basuh muka sebab sayang krim pelembap kat muka๐Ÿ˜ด.


Lepas tu hilang rasa mengantuk sebab urusetia suruh taip list PSK dari tahun 2010 lagi. Sorang taip sorang baca. Pinjam laptop urusetia. Maklum la team Kelantan tak bawa laptop๐Ÿ˜….



Lepas tu ada rezeki dapat makan durian. Ya Allah, rezeki durian runtuh sungguh. Nampak tak, walaupun kita tak mampu beli, kalau dah rezeki, Insya Allah dapat juga makan. Terima kasih Ya Allah.


Masuk bilik, cepat-cepat mandi sebab takut roomate pengsan bau durian.๐Ÿ˜…


Bila perasan ada gambar che kak, Ya Allah buruknya perangai che kak๐Ÿ˜†. Rasa dah control ayu nak makan durian๐Ÿ˜…. 




Malam ni berkesempatan dengar taklimat ilmu falak. Ustaz yang bagi taklimat tu steady je , slow je cakap, tapi ada je kata-kata dia jadi lawak. 





Nampak tak, untuk nampak lawak tak perlu pun struggle buat lawak yang dibuat-buat dan cakap kasar-kasar, terjerit-jerit. Peserta MLM nanti kena gi nuntut ilmu dengan ustaz ni tau๐Ÿ˜†.


Bila dengar tentang bulan, matahari, bintang, buruj yang semuanya dah ada dalam al quran, terasa sangat kerdil diri ini.


Kita sangat sombong dengan Allah. Lawan perintah Allah. Walhal kita ni macam habuk je kat alam semesta ni.












Try teropong hati arman rider ni haaa๐Ÿ‘ป
















PANTAI TANJUNG BIDARA

PANTAI TANJUNG BIDARA

 Sakit kepala la pula. Tak tau la kenapa sakit ni. Diet tak makan nasi kot malam ni๐Ÿ‘ป. Tapi kalau tak tulis cerita hari ini rasa tak lengkap pula.๐Ÿ˜…


Kompleks ni ada sekolah tahfiz. Under JAIM. Pagi tadi masa nak gi dewan, ternampak anak-anak tahfiz duk hafal quran. Ya Allah sayu je dengar suara depa. 


Berbalik pada kursus hari ini, best juga la dengar sharing dari Puan Tooty Jamaludin. Rasa cerah biji mata. Seronok pula dapat hadiah apron bila dapat jawab kuiz๐Ÿ˜†.




Syukur alhamdulillah sebab suami dan boss bagi keizinan join kursus ni. 


Tapi che kak malas nak citer pasal input  kursus hari ni๐Ÿ˜‚. 


Petang tadi che kak berkesempatan singgah kat rumah lama suami kat sini. Lebih kurang 5,6 km je. Nasib baik roomate che kak sudi bawa sebab dia ada kereta.


Pada awalnya nak tempah grab car je tapi tak pandai nak guna aplikasi depa. Kang salah tekan mau kena tinggal tepi jalan pula nanti๐Ÿ˜…๐Ÿ˜†๐Ÿ˜‚.





HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com