March 2023 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: March 2023
LAYAN DRAMA SAAT HILANG CINTAMU

LAYAN DRAMA SAAT HILANG CINTAMU

Layan drama saat hilang cintamu. Tak sangka pula drama ni adaptasi dari kisah benar. Patut la best layan drama ni. Tak de adegan air mata beriya sangat tapi jalan ceritanya mampu buat mata masuk habuk.



Dang dang rasa nak peluk cium minta ampun dengan suami atas dosa sebagai isteri.
😌


Tambahan pula che kak suka tengok lakonan Zamarul Hisham. Pelakon lama adalah tarikan utama che kak nak tengok drama atau filem. So, sape² buang pelakon lama dari drama atau filem atas sebab 'tua' memang che kak pangkah sampai mati
😑

DILEMPAR KE ULU LEPAR

DILEMPAR KE ULU LEPAR

Suamiku dilempar ke ulu lepar,

Rasa teraniaya namun kena sabar,

Aku bukan isteri seorang askar,

Namun pasrah pada qada dan qadar.



HIDUP INI SANGAT SINGKAT

HIDUP INI SANGAT SINGKAT

 Ya, dia tahu tapi dia pilih berpura²

Ya dia dengar tapi dia pilih tuli
Ya dia ada hati tapi dia pilih buta
Ya dia ada suara tapi lupa jeritan makhluk
Ya dia ada kuasa tapi dia lupa kuasa Allah segalanya
Ya lena tidurnya sehingga terlupa ada yang ketakutan
Ya dia tersenyum kemenangan tapi lupa doa orang dianiayai



SORRY TAK MINAT

SORRY TAK MINAT

 Satu²nya filem yang che kak tengok adalah Mat Kilau sebab che kak minat sangat dengan sejarah.



SY ni bukanlah dalam list artis kesukaan che kak. Tak teruja langsung nak tengok beliau berlakon apatah lagi filem² keluaran beliau yang lain.

Sejujurnya selepas tahu dia adalah suami yang sanggup block dan biarkan isterinya gantung tak bertali membuatkan che kak lagi hilang respect.

Usahkan block, tiada liputan talian telefon pun kita dah rasa resah gelisah.

😔
Sorry to say, che kak benci lelaki seperti itu walau apa jua alasan yang diberikan.

Cukuplah sekali che kak mengkayakan beliau. Che kak sayang duit untuk dibazirkan sewenang²nya.
ARTIS HOLLYWOOD LAGI TUA LAGI LAKU

ARTIS HOLLYWOOD LAGI TUA LAGI LAKU

 Sebab tua????

Teringat pula my bff pernah cakap hero yang che kak minat semuanya tua². Rambo la, amy search la. Memang tua pun. Lagi satu Jackie chan. Tua juga.

Sebab minat sangat dah tak kisah mereka tua kerepot sekalipun. De pe hal.



Tapi bila buang pelakon melayu dari filemnya dengan alasan tua, gemuk, slip disc.. eh pehal punya alasan
🤦



Sebut dalam hati je la kalau gemuk pun.
RINDU PADA DIA

RINDU PADA DIA

 Entah ler. Che kak tak reti nak cakap che kak rindu kat dia. Sayang kat dia. Yang pastinya asik gaduh je kalau ada depan mata. Haha. 



Si dia pun pernah cakap "abang relo panah peda dengan awok daripada panah sore".😝 Biasanya ke mana² pun kami sentiasa berdua walaupun sekadar beli ayam seekor kat pasar.


Kami bukan pasangan romantik. Apatah lagi nak tunjuk romantiknya kami kat medsoc. 


Pernah juga che kak tanya bakpo tok ajin wi adioh bungo? Si dia jawab "wat gapo, bukannyo buleh make". Tapi dia wi hadioh bungo bling² hok tok leh make sungguh. Sapa tak termake dibuatnya😝  


Pernah juga che kak tanya "abang saye sayo dop?". Dia jawab "tok soh tanyo soale bodo." Kerana jawapannya dia sentiasa jalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Mithalinya seorang suami tidak terletak kepada romantiknya tayang bahagia. 


Si dia selalu tegur tanpa jemu sekiranya menyalahi hukum agama kerana nak sama² masuk syurga. Tapi bini brehi menjawab. Haha. Sekiranya nampak che kak buat silap dan dosa itu adalah kekhilafan che kak. 



Balik kerja rasa sangat sunyi walaupun dikelilingi anak². Setiap hari si dia tanpa jemu masak macam² menu untuk kami. Mana la che kak tak gemuk. 



Entah kenapa suka suki je orang nak pisahkan kami. Eh tak mau dah tulis sebab tak pasal nanti kena jawab aduan. Haha. Kena menjawab dah sebelum ni sebab status² che kak yang lalu.  Terpaksa set only me🤣.


Nak luahkan perasaan pun tak boleh. Serius sangat la korang ni. Sape buat mengadu tu, harap dapat la tolong kembalikan suami che kak. 😌

JANGAN DEDAH MAKLUMAT PERIBADI KAD PENGENALAN ORANG DI MEDIA SOSIAL

JANGAN DEDAH MAKLUMAT PERIBADI KAD PENGENALAN ORANG DI MEDIA SOSIAL

 Alahai, terkejut che kak.


Walaupun nak marah kat seseorang yang tak bayar hutang, jangan la sesekali letak gambar kad pengenalan orang lain kat mana-mana medsoc. 


Tidak wajar sama sekali kita up maklumat peribadi seseorang walaupun nak marah dan geram tahap giler khinzir. Khinzir pun tak giler macam tu🤣.Silap haribulan korang kena saman pula nanti.


Apabila kad pengenalan terdedah begitu, mudah sangat si penjahat nak buat aniaya. Dah la no ic, nama, alamat, gambar tidak ditutup. Paling takut salah guna buat pinjaman ah long.


Dik, jangan buat aniaya orang macam tu kalau nak marah sebab tak bayar hutang macamana sekalipun. Jangan kita pula nampak lebih kejam dari si ah long lintah darat.



Tak silap che kak, boleh rasanya buat tuntutan hutang melalui mahkamah. 


Syarat utama bagi hutang ialah, kita mampu redho kalu dia tak bayar hutang.  Kalau tak mampu redho, jangan sesekali bagi hutang. Jangan kesian dari awal-awal lagi kalau sesiapa nak berhutang.


Orang yang berhutang pula, jangan sesekali tabur janji nak bayar hutang sekian sekian bila. Janji nak bayar masa dapat br1m. Dah berapa kali tukar nama brim pun tak bayar-bayar.  Cakap je awal-awal saya tak nak bayar hutang ni.

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com