September 2014 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: September 2014
CLOTH DIAPERS @ LAMPIN KAIN MODEN PRELOVED - QQ BABY, BABYLAND, GROOVY BUNZ

CLOTH DIAPERS @ LAMPIN KAIN MODEN PRELOVED - QQ BABY, BABYLAND, GROOVY BUNZ

Teringat pula masa memula nak berCD (cloth diapers) kan Afnan. Masa tu Si Kak Aqilah baru berusia 2 tahun 7 bulan semasa Afnan dilahirkan.. Masih pakai pampers.. Tekejut juga tau.. Dua beradik ni telah 'buang' 18 keping pampers satu hari..Tu tak termasuk lagi time 'ceri beri'.. Kos pampers sahaja  RM200 sebulan.. Tu pun Kak Za beli brand biasa aje.. RM200 untuk 'dibuang' dalam plastik hitam selepas mengandungi 'poo poo'..

Kak Za belum berkesempatan nak toilet training Si Aqilah tu..

Sepanjang tempoh berpantang, Kak Za kerap google lampin kain moden@cloth diaper.. Wah.. Cantik giler.. Tapi asyik jumpa yang mahal je.. Kos RM80.00 ke atas untuk setiap keping CD.. Akhirnya dapat juga google CD yang murah dan cantik..Qualiti tu Kak Za tak tahu lagi macamana..Kak Za order 3 keping dulu.. Brand Sunny Baby ..

Comel tau CD ni.. Sebelum pakai, kena basuh dulu sebanyak 3 kali tanpa sabun.. Termasuk insert.. (Basuh, jemur, kering..ulang 3 kali).. Tujuannya supaya insert dan CD tu dapat meresap air kencing baby..

2 keping insert microfleece yang akan dimasukkan ke dalam cloth diaper

cloth diaper

Alamak! Afnan berak..So macamana ni? Oooo... Mudah je rupanya.. Kak Za keluarkan insert dari CD, kemudian jirus najis di bawah laluan  air paip.. Najis tu buang dalam lubang tandas la.. Kalau masih ada kekuningan, Kak Za biarkan.. Tak boleh sental dengan berus takut rosak CD tu..

Selepas dah hilang 'ain' najis, Kak Za masukkan dalam mesin basuh.. Taruk sabun sikit je.. Guna sabun biasa je.. Tak boleh guna bahan peluntur atau pewangi rupanya.. Nanti rosak dan hilang kadar penyerapan nanti.. Rendam pun tak boleh.. Terus basuh je..

Selepas tu, Kak Za jemur.. Rupanya warna kuning akan hilang kalau CD dan innernya dijemur di bawah cahaya matahari.. Tapi kalau hari hujan, boleh je jemur di bawah kipas.. Cepat je CD ni kering..

Memandangkan Afnan baru je berumur 10 hari dengan berat 4kg lebih, Kak Za selaraskan butang CD tu jadi saiz S.. Terdapat jenis ONE SIZE yang boleh diubahsuai untuk saiz bayi yang baru lahir hingga ke umur 4 tahun (3kg-16kg berat bayi)..

Aqilah juga bersemangat nak ber CD.. Pada awalnya, Aqilah tak de pun tanda-tanda boleh 'toilet training'.. Rupanya tak sampai satu minggu, Aqilah dah tak perlukan pampers..Tidur malam pun tak pakai pampers atau CD dah..

Gilakan CD, akhirnya Kak Za asyik order je..  Alamak.. Kak Za dah beli 37 keping cloth diapers.. Paling Kak Za suka brand QQ Baby dan Babyland.. Coraknya sangat comel.. Akhirnya baby Afnan berjaya 100% berCD.. Kak Za tak beli dah pampers..

Pada mulanya, memang bermodal lah sikit untuk tambah koleksi CD.. Tapi jangka panjang, sebenarnya ianya amat jimat.. Sebab CD ni boleh dipakaikan sehingga usia 4 tahun..

Lebih murah untuk jangka masa panjang kerana Kak Za hanya perlu beli sekali sahaja dan boleh digunakan hingga adik-adik yang lain..

Rekaan CD yang pelbagai dan praktikal serta cantik untuk si kecil.. Walaupun tak pakaikan baju dan seluar, hanya sekadar CD, baby tetap comel..

Bahkan lebih sihat untuk kulit baby kerana CD tidak menggunakan  bahan chemical seperti Disposable Diapers (DD)..

Selepas habis pantang dan cuti bersalin, maka tibalah masanya untuk bekerja pula.. Sebelum tu, Kak Za study juga macamana nak CD kan anak yang dijaga oleh pengasuh..Afnan duk di taska..

Sebelum ke taska, Kak Za akan sediakan 5 keping CD dalam beg Afnan.. Kak Za dah siap masukkan inner ke dalam CD.. Inner 2 keping.. Tapi bergantung kepada kekerapan baby kencing.. Setiap CD tahan 3 atau 4 jam.. Sama macam dengan DD..

Jadi, pengasuh taska cuma pakaikan aje sama macam DD tu..

Bezanya ianya berbau hancing kalau lelama sangat.. Itu tandanya neutral.. Kalau DD atau pampers tu, dia tak bau hancing sebab ada bahan kimia yang menukarkan bau tu..  Tapi, kalau ada duit lebih, boleh la guna yang jenis bamboo charcoal.. Jenis ni tak bau hancing..

Kak Za akan sediakan wet bag.. Wet bag ni kalis air dan bau..Wet bag pun cantik tau.. Jadi, CD yang kotor tu, pengasuh taska masukkan je dalam wet bag.. Tak perlu basuh bagai.. Pengasuh pun tak perlu rasa bersalah kalau tak basuh dulu.. Tak susah pun.. Sama macam buang pampers dalam beg plastik sampah..

Semasa nak ambil anak-anak balik dari taska, maka wet bag pun di angkut balik ke rumah juga la..

Sambil mandi, Kak Za basuh  cloth diapers ni.. Bilas buang najis kencing dan berak dulu.. Ala..najis baby sendiri pun nak geli juga ke?

Kak Za selalu juga ke KL atau bercuti ke negeri lain.. Afnan tetap setia dengan CD..

Cloth Diapers ni Kak Za nak clearkan sebab nak beli yang baru pula.. Nak beli corak yang lain pula.. Masih dalam keadaan baik dan cantik..Ada yang pakai sekejap je.. 5 atau 6 bulan je.. Sebab banyak sangat CD .. Sebenarnya para ibu perlukan 15 keping je CD..





Tak pelah kan, asalkan anak suka dan selesa.. Kulit anak pun ok dan tak kena ruam.. Sebenarnya, kalau baby ada masalah ruam lampin, CD lah yang terbaik untuk baby..

Kak Za kasi harga RM10 hingga RM12 untuk sekeping CD.. Tak termasuk postage.. Sesuai untuk ibu-ibu yang baru nak cuba CD..

Boleh hubungi Kak Za:
0133703161

Nota: semua CD dah habis... Tq pada cost yg membeli dan yg pm tanya pasal cd..  Dikemaskini pada 10 Jun 2015..
KAK ZA DAN JKM -part 3

KAK ZA DAN JKM -part 3



Assalamualaikum..
Hari ni Kak Za nak sambung cerita tentang tugas Kak Za sebagai Pelindung Kanak-Kanak. Selepas dapat surat pertukaran bahagian pada tahun 2004, Kak Za terus pindah meja. Bangunan sama je. Cuma meja je yang lain.  Kak Za happy sangat sebab dikelilingi orang yang hebat dalam bidang akta Kanak-Kanak 2001. Puan Jaleha, Puan Jamaeah, En. Zulkamal, En. Tajudin antara insan yang cukup hebat dengan aura positif. Harap-harap aura positif mereka melekat kat Kak Za. 

Untuk jadi Pelindung, kena gezet sebagai Pelindung di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.  Ada la nombor gezet tu. Sebelum Kak Za wat kes, Kak Za ikut Puan Jamaeah ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Kuala Lumpur.  Untuk proses pembelajaran la. Kak Za tengok macamana Puan Jamaeah handle kes penderaan. Fuh! Ada majistret, 2 orang penasihat, jurubahasa, polis mahkamah, dan kanak-kanak mangsa penderaan.  Mahkamah Bagi Kanak-Kanak adalah tertutup. Hanya individu tertentu sahaja yang boleh masuk bersidang. 

Keesokannya, Kak Za menapak satu bandar KL nak beli blazer. Kena pakai blazer hitam semasa perbicaraan kes di mahkamah walaupun Pelindung bukan lawyer. Puas la Kak Za mencari yang murah dan selesa. Semuanya harga melebihi RM300.00. Alamak, bukan tak boleh claim blezer, tapi tak de modal sangat masa tu.  Akhirnya jumpa juga blazer hitam yang Kak Za berkenan kat Semua House. Harga pun tak sampai RM100.00. 

Boleh dikatakan setiap hari terdapat kes penderaan. Penderaan ni meliputi penderaan fizikal, seksual, emosi, pengabaian dan sebagainya. Biasanya rujukan daripada hospital, TELEDERA, orang awam, akhbar, keluarga dan lain-lain. Pendek kata, Pelindung kena bersedia mental dan fizikal apabila handle kes-kes ni. Semua kes penderaan kena siasat dalam tempoh 24 jam.  Selepas dapat rujukan kes, terus ke tempat kejadian atau jumpa dengan mangsa dan keluarga. Selepas tu bawa ke hospital untuk medical report dan proses seterusnya.

Kak Za tak nak cerita tentang proses pengurusan kes sebab takut salah etika pulak. Maklum la, rahsia kerajaan. Hehe.  Kak Za pernah kena tegur oleh Tuan Pengarah (Mr. Pillay) atas sebab-sebab tertentu.  Menggigil kepala lutut apabila mengadap Tuan Pengarah. Kak Za terharu sebab Tuan Pengarah tegur dengan lembut budi bahasa. Sebagai orang baru setahun jagung, tentulah ada salah silap Kak Za dalam menjalankan tugas dan amanah.  Kak Za tak boleh la dengar orang marah-marah Kak Za. Kak Za boleh terima teguran dan kritikan yang membina. 

Buku-buku akta sentiasa di depan mata untuk dijadikan rujukan dan panduan. Kak Za tetap minta khidmat nasihat dengan otai-otai Bahagian Kanak-Kanak ni. Kalau otai-otai sibuk, kak Za akan call Pengarah Bahagian di ibupejabat. Pada zaman Kak Za, Puan Siti Darmawan lah tempat rujukan. Mahkamah dah jadi pejabat kedua Kak Za. Rumah Kanak-Kanak Cheras juga sentiasa dikunjungi.

Kerap juga apabila Kak Za nak punch card balik, ada pula panggilan telefon mengenai kes penderaan. Terpaksa la pergi ke tempat kejadian.  Jarang benar Kak Za dapat balik ke rumah tepat pada masanya.  Itu belum lagi dapat panggilan tengah-tengah malam. Macam biasa la. Gosok gigi, basuh muka, salin pakaian, terus tahan teksi. Kalau ada staf lain, boleh tumpang kereta sekali. 

Bukan senang nak selamatkan satu-satu kes.  Antara kes yang segar dalam ingatan Kak Za ialah bayi 2 tahun yang disahkan HIV.  Dia dahagakan kasih sayang ibu. Dia menangis semasa ‘berpisah’ dengan Kak Za. Semasa tunggu kes mahkamah bersidang, bayi ni berak pula. Ya Allah, bayangkan budak HIV yang penuh dengan luka. 

Pendek kata dah kering air mata Kak Za selepas selesai satu-satu kes.  

Memandangkan semua Pelindung jarang-jarang ada di pejabat sebab semua keluar siasat kes, ke mahkamah, RKK dan sebagainya, maka Boss Kak Za menstruktur semula tugas-tugas bahagian.  Kak Za kena wat kes-kes anak angkat je. Anak angkat ni ada 2 akta. Akta Pendaftaran Pengangkatan dan Akta Pengangkatan. 

Akta Pendaftaran Pengangkatan digunapakai untuk semua pemohon muslim dan bukan muslim.  Kak Za kena wat laporan sosial untuk ‘diangkat’ ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).  

Manakala Akta Pengangkatan digunapakai untuk non muslim sahaja. Pemohon memohon melalui Mahkamah Sesyen dan akan ‘pasang’ lawyer.  Setiap hari Sabtu, Kak Za akan ke Mahkamah Sesyen untuk sebutan kes. Kami kena wat Laporan Guardian Ad Litem.  Mat-mat salleh pun ramai juga yang memohon anak angkat.  Kak Za ni pemalu. Tambah pula dengan tak pandai speaking. Pejabat kedutaan, kondominium mewah , perumahan elit adalah tempat Kak Za selalu tuju.  Jumpa dengan orang kedutaan membuatkan Kak Za rasa macam duduk luar negara. Pernah tau Kak Za kasitau sama dengan Kedutaan Mexico. Kak Za kata tak pandai speaking. Dia kata dulu pun dia tak pandai speaking juga. Dia kata kita sama-sama belajar ye.. Hehehe... Paling best dapat jumpa model zaman 90 an dulu. Wah.. cantiknya diaaaa.... Terkejut dia apabila Kak Za tau dia model. Sebab dia dah tak aktif dalam bidang modelling dah. Tu yang dia terkejut tu. Kena pula ‘muslimah’ yang tegur. 

Paling Kak Za tak leh lupakan, ada satu kondo mewah yang bernilai jutaan ringgit. Dari pintu pagar, pintu lif, pintu rumah, pintu bilik semuanya kena pakai kad. So, terpaksa lah Kak Za kena wat temujanji dulu sebelum ke rumah pemohon. Barang-barang dalam rumah semuanya bernilai pulihan ribu ringgit. Kak Za tertukar bilik tidur dengan bilik mandi. Fullamak.. Betul-betul macam dalam cerita omputeh dalam tv tu. Kadang kala, merasa naik kereta mewah.  Ye lah kan, nak pergi ke rumah diorang, kena temujanji kat mana-mana dulu. Selalunya, LRT la tempat pertemuan.  Ada juga mat-mat salleh ni kasi duit tambang, tapi Kak Za tolak dan Kak Za kata, Kak Za boleh claim TNT dengan jabatan. 

Selain itu, ada juga kes permohonan anak pelihara dengan jabatan. Untuk status anak pelihara, sebelum diangkat sebagai anak angkat mengikut akta, ianya dipanggil anak pelihara. Biasanya pemohon memilih bayi, yang comel, putih melepak dan jantina lelaki. Adoi..  Keutamaan kepada pasangan yang sukar dapat anak.  Tetapi pemohon tak boleh nak mengharapkan sangat sebab status anak yang diingini sukar diperolehi. Semuanya bergantung kepada kanak-kanak di rumah kebajikan. Dan tak semua kanak-kanak di rumah kebajikan boleh dijadikan anak angkat. Bergantung kepada seksyen berapa yang diorang masuk ke rumah kebajikan tu.

Antara tugas di bahagian ni adalah kes-kes keganasan rumah tangga. Mak ai. Semua mangsa keganasan rumah tangga ni bukan calang-calang orang tau. Ada yang jurutera, arkitek, pendek kata golongan profesional tau. Fuh! Kami kena ‘teman’ mangsa untuk dapatkan Interim Protection Order (IPO). Tu pun selepas melalui proses dengan pihak polis.  Yang mana tak de tempat tinggal, kami akan dapatkan tempat perlindungan sementara. Kes-kes macam ni pun tak kira masa dan waktu. Kena bersedia mental dan fizikal juga. Itu belum lagi dapat ugutan daripada pihak pemangsa. Sekiranya pemohon dah melalui proses dengan pihak mahkamah syariah, maka kami akan galakkan pemohon memohon perintah perlindungan dengan pihak mahkamah syariah. Sebab mahkamah syariah ada enakmen dia sendiri. Lebih kurang macam IPO juga.  Kes-kes macam ni pun boleh dikatakan setiap minggu/bulan ada tau. 


Kak Za masih ingat lagi. Pada suatu hari, Puan Siti Darmawan dari HQ call, dia suruh datang ke HQ untuk ambil format laporan. Sebab ada 2 kes dari luar negara yang kami kena handle. Kes dari Amerika Syarikat@Australia (lupe dah negara mana) dan Thailand. Fuh! Laporan bahasa inggeris tu ditulis oleh Puan Jamaeah. 

Walaupun hanya setahun Kak Za duk bahagian ni, namun pengalaman cukup bererti. Kes mencurah-curah setiap hari. Tapi Kak Za tetap lalui dengan senang hati. 

16.2.2005, Kak Za selamat bertugas di PKMJ Pasir Mas.  Bye2 KL. Lain entry, Kak Za akan cerita pengalaman di Pasir Mas pula ye.
KAK ZA DAN JKM - part 2

KAK ZA DAN JKM - part 2

Masa begitu pantas berlalu. Rupa-rupanya dah 12 tahun Kak Za menyulam suka duka dengan JKM. Kak Za tetap anggap masih baru dalam alam pekerjaan ni. Banyak lagi Kak Za kena belajar. JKM sentiasa ada pembaharuan. Tak terkejar rasanya. Tapi Kak Za tetap  sayangkan JKM. Jatuh bangun Kak Za di sini.

2 tahun lebih di JKMWPKL dan 8 tahun di PKMJ Pasir Mas. Kini dah 1 1/2  tahun Kak Za di PKMJ Pasir Puteh.

JKMWPKL...
Kak Za sempat berkhidmat di Bahagian Perkhidmatan Bantuan. Mula-mula tu memang bersemangat la nak pergi siasat kes permohonan bantuan. Masih segar dalam memori Kak Za. Masa tu Kak Za mengandung 7 bulan. Kak Za pergi kat flat Jalan Pekeliling.. Jalan kaki je. Ada la jalan short cut.. Sampai kat sana... Alamak! Lif rosak pulak..

Kak Za menapak juga la naik kat tingkat 15. Fuh! Penat giler. Dah selesai siasatan; Kak Za menapak turun pulak.. 15 tingkat wei..

Dah puas pusing-pusing area Flat Pekeliling; Kak Za balik kat ofis. Penat giler.. Akhirnya tertidur kat surau pejabat.

Ada lagi kenangan yang tak dapat Kak Za lupakan. Kak Za naik teksi untuk keluar siasat kes permohonan bantuan. Bawa RM50.00. Ingatkan cukup untuk tambang. Tak sangka pula tengah jem pada masa tu. Mak ai!

Akhirnya meter teksi mencecah RM45.00. Baki RM5.00 beb.. Mana cukup nak tambang balik. Nak naik bas tak de bas la pulak area tu. Macamana Kak Za balik? Hehe.. Rahsia..

Kadang kala apabila ada bencana seperti kebakaran; ribut; banjir kilat dan sebagainya; maka Kak Za dengan semangatnya tetap turun berkhidmat. Walaupun jam 2.00 pagi. Bangun tidur tu basuh muka dan gosok gigi je la. Tak de la nak mandi bagai. Seperti biasa Kak Za naik cab je. Takut juga la wei. Tapi demi tugas terpaksa jua tempuhi rimba kota pada waktu tengah malam atau dinihari. Kadang kala tumpang kenderaan PBSM.
Ala.. Tugas JKM cuma ambil maklumat pendaftaran mangsa, kasi kit bantuan bencana, uruskan bekalan makan minum dengan pembekal, kasi kaunseling dan sebagainya lah.

Dah selesai urusan mangsa bencana, Kak Za balik untuk bersiap-siap ke pejabat pula. Tak de la istilah nak tidur dulu ke, masuk lewat ke.. Ye lah.. Nak siapkan report pulak.

Antara tugas yang mencabar juga apabila layan kes terdampar. Pergh. Boleh dikatakan setiap minggu ada kes macam ni.  Selepas selesai temubual dan siasatan kes terdampar ni, Kak Za akan uruskan waran tiket, duit poket untuk makan minum sepanjang perjalanan pulang. Duit tu Kak Za minta dengan CC la.. Hehe.. Mana CC dapatkan duit tu? Hmmm kena tanya CC lah..

Setiap hujung minggu atau hujung bulan akan ada operasi bersepadu atau operasi jabatan. Biasanya pukul 11.00 malam hingga 6.00 pagi. Kalau ada pengemis atau kutu rayau maka kami angkut la. Tumpang lori DBKL..

Lain-lain jabatan seperti kastam, DBKL, JAWI, Imigresen dan banyak lagi la. Masing2 jalankan tanggungjawab operasi. Kitorang ikut juga tapi tak kacau la kerja diorang.

Paling menarik apabila Jawi wat operasi tangkap khalwat kat hotel dan mak nyah. Comel2 mak nyah tau.  Pernah la tengok mak nyah menangis tak nak naik lori DBKL.

Habis operasi pukul 6.00 pagi, balik rumah dan terus bersiap untuk ke ofis. Pagi-pagi lagi Bahagian Perkhidmatan  Warga Tua kena bawa kes kutu rayau dan pengemis ke mahkamah majistret untuk dapatkan perintah sementara penempatan.

Penat.. Tapi hati tetap suka dengan tugas-tugas ni.

Genap setahun, Kak Za kena tukar bahagian Perkhidmatan Kanak-Kanak dan Keluarga pula. Jalankan tugas sebagai Pelindung. Apa tu pelindung?

Ok..next time Kak Za cerita pulak ye..
HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com