March 2024 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: March 2024
JOM DAFTAR PUSAT JAGAAN

JOM DAFTAR PUSAT JAGAAN

Pagi tadi (25.3.2024) berkesempatan jumpa dengan penyelia ppdk dan pawe di bilik rundingcara.


Terima kasih bos dan team jadikan bilik ni sangat cantik dan selesa.


Malas nak naik bilik mesyuarat takut kaki bertambah sakit pula😆.



Sekadar bincang prosedur untuk pendaftaran pusat jagaan. Arahan dari pihak atasan yang perlu dilaksanakan bersama-sama.


Dulu selalu jumpa sebab che kak penyelaras unit oku. Sempat la 4 tahun kenal rapat dengan depa.


Lepas tu tukar portfolio unit lain jaranglah jumpa. Tup tup masih lagi bekerjasama walaupun che kak di unit penguatkuasa. 


Seronok sebenarnya kenal dan baik dengan mereka. Penyelia yang berdedikasi untuk warga oku dan masih setia.


Mudah juga hulurkan pertolongan walaupun bukan atas urusan kerja kerana rasa ukhuwah yang dah terjalin lama.


Semoga kebaikan yang kalian buat untuk warga oku dan we akan mendapat ganjaran pahala.

PERSEPSI SELEBRITI?

PERSEPSI SELEBRITI?

Apabila ada seseorang yang nak luahkan perasaan, dia hanya nak kita pinjamkan telinga untuk dengar luahan hati.


Zahirkan rasa simpati dengan memberi sokongan moral dan kata-kata semangat dan pujilah dia kerana dia berjaya harungi ujian hidup ni. 


Bukan mudah seorang anak yatim nak teruskan hidup tanpa ibubapa di sisi.


Kita tak perlu lalui ujian seperti dia untuk jadi lebih rasa empati. 


Nak pulih dari trauma hidup ni bukan semudah dengan kata-kata 'awak kena buat itu.... Awak kena buat ini...'



Walaupun ibu wajib ditaati, apakah ianya tiket untuk anak jadi robot semata-mata sehingga tak boleh nak simpan rasa kecewa sedih marah dan benci?


Kalau setakat nak bagi nasihat sesuka hati, apa guna ada ahli ilmuwan berkaitan kaunseling dan psikologi sehingga phd.


-chekaktaksempatsambungbelajardegreebimbingandankaunseling-

'DATANG BULAN' DULU DAN SEKARANG

'DATANG BULAN' DULU DAN SEKARANG

Ore dulu tok panggil period tapi uzur syar'ie. Dulu naik sekoloh menengoh baru dio mari. Loni kalu darjoh 6 tok mari lagi, meme dio lambat benar doh ni. 


Dulu soyok kain batik lamo wat alas maso mari. Basuh cuci cuci jemur susuk pado mmato ore sebab malu kalu ore tahu mugo goni. 


Kalu beraso hilir sikit gak paka hok jenamo sanita kotok besar. Maso beli tauke keda bukuh dengan surat kabar. 


Malu nok gi beli sendiri suruh adik kecik gi bbeli. Loni mace mace jenamo ado di pasaraya loni. Selamber beli letok dale troli.


Kalu ngepeng di tv, Masya Allah sero nok tepuk dahi.


Sayap, kepok, nipih, tebal, siye hari, male hari, ado belako saiz besar kecik. Sedio pitih jah kalu nok seleso mahupun wangi.


Pah kito pening nok pilih hok mano berkenan di hati. Baik gi beli sendiri jange suruh tok laki. Saloh beli kito  jugok jadi bekeng supo rima sakit gigi. 


Dulu kalu mari period malu nok royak kokre. Time semaye zohor di sejid sekoloh pun nyusuk alik tanggo jambe. 


Dulu bile hari dengan jari loni download aplikasi. Buleh rance jadual harian dan aktiviti.


Loni pelik satu Malaysia tahu anok kito mari bulan tando dewaso. Sebagai ibubapo tanggungjawab kito ajar anok bab fardhu ain terutama kebersihan dan doso pahalo sudoh dikiro.

SELOKA KASIH IBU MENTUAKU

SELOKA KASIH IBU MENTUAKU

 Tok ttuo ajok gi bbeli

Kito pun apo lagi

Ajok abe dengan anok sekali

Duit bonus tok abes lagi


Sakit kaki terbatas serbo serbi

Ado hati nok derak lagi

Jale selow selow supo labi

Hok penting hati happy


Balik rumoh sakitnyo ya robbi

Duk dale bilik supo puteri

Tak dok ore nok urut kaki

Takut ssaloh sendi lagi


Bunyi lesung tumbuk cili

Raso sekok sebok sekali

Tok tuo ado sokmo di sisi

Suko masok untuk kami


Tok tuo ku panggil umi

Tupe kasih sejak dulu lagi

Banyok saye dari benci

Kasihku padamu hinggo ke jannati





KENAPA PERLU TUKAR TEMPAT KERJA?

KENAPA PERLU TUKAR TEMPAT KERJA?

Allah jua yang menggerakkan hati. 

Borang permohonan tukar selamat diisi, kerana diri tak selamanya dipayungi, bila dengar amanat pengurusan tertinggi. 



Beri laluan staf yang dah lama berkhidmat di luar negeri. Depa juga nak merasa bekerja di negeri sendiri.


Ku pasrah pada pilihan yang tergerak di hati. Dilema namun percaya qada dan qadar Illahi.


Asalkan jangan pindah rumah tinggal anak dan suami dan bajet bulanan tak lari. 


Kerja di mana sahaja sama je SOP. Asal pandai bawa diri supaya orang tak benci.


Isi borang kena tampal gambar dan pilih yang paling cantik sekali. Guna iphone diambil 6 tahun lalu nampak sweet sekali. Walhal sekarang macam makcik jual bendi.🤪


Saki kepala nak demand menu apa masa majlis perpisahan dengan pengerusi kelab nanti.😆  Belum apa-apa dah berangan penangan enxiaty.


Namun jauh di sudut hati aku sayang pada ukhuwah pejabat ku ini.😔

RAMADHAN KALI INI

RAMADHAN KALI INI

Di sebalik suami melihat isteri yang tergolek tengok henpon ketahuilah isterinya baru sahaja selesai buat kerja.


Konon cuti rehat nak healing healing tapi mata pula tak nak tidur sebab otak tengah bergeliga.


Alhamdulillah masih tak putus-putus yang bertanya khabar. Semakin sihat dan kejadian minggu lepas pasti ada hikmah disebaliknya.


Pagi tadi 5 buah raga baju telah siap dilipat dan disimpan ditempatnya. 



Kemas dapur dan susun peralatan  mengikut standard piawaian bininya.


Tengok peti ais apa ada dalamnya. Nampak air sejuk, Ya Rabbiii menduga betul pada cuaca yang panas membara.


Ambil anak sekolah  terus ke Mr Diy sebab Awaatif nak beli kotak pensil, che kak tunggu dalam kereta.



Kak Ilah tolong teman belikan sebab che kak takut pada tangga. Bukan gerun tapi sakit masih terasa.


Bawa kereta tak pe pula🤪. Boleh la bawa slow slow walaupun terasa ngilunya.


Tu diooo beli kotak pencil paling mahal sejak tanggung 7 orang anak sekolah. Anggaplah itu hadiah hari jadi bulan Dis 2024 bakal tiba. 


Masak menu berbuka puasa. Buat perapan daging pekasam tapi tak sempat peram terus goreng dan cicah dengan sambal cili hijau dan sedap baunya.


Siap juga menu ringkas sup ayam tumis darat sebab dah lama tak masak. Takut terlupa kat mana garam dan gula.


Rezeki dapat kuih dari jiran-jiran walaupun kuih tunjuk kat kedai juga.


Che Lah nak makan kek tapak kuda. Beli je la kat shopee sebab tak tahu nak beli kat kedai mana. 



Suami macam biasa, berbuka puasa di masjid bersama anak yang nak ikut sama.


Sambil tunggu azan isyak kita tulis cerita hari ini untuk memori fb tahun depan pula.

RAMADHAN KALI INI

RAMADHAN KALI INI

"Kak masok ko beli?"


"Setakat ni walaupun tok masok tapi menu masakan rumoh lagi."


Hari ni Kak Ilah masak daging lembu menangis. Resepi google. Untung anak-anak zaman sekarang ni. Semuanya di hujung jari.


Nasib baik ada kedai depan rumah. Adik sekolah rendah la yang jadi tukang beli cili padi.


Nanti semua dah sekolah menengah, kita tengok sape yang rajin nak pi kedai lagi.


Tak larat pula nak masak. Jadi che kak minta tolong suami masak sebab teringin nak makan suhun campur sayur sawi. 


Ayam goreng celup tepung menu ringkas yang anak-anak suka. Lagipun dah ada dalam peti.


Agaknya depa tahu umi dia tak larat nak masak sebab kaki duk sakit lagi, maka rajin pula anak-anak masak tanpa di suruh dan tak bergaduh lagi.


Eh lauk hari ni takde kuah.  Che kak takpe makan nasi takde kuah. Tapi ada anak-anak yang kena ada kuah. Tapi okey je takde yang tercekik nasi.


Nak makan kuih, anak-anak beli kat kedai depan rumah.  Anak-anak sebenarnya sukakan suasana membeli juadah berbuka puasa. Lagipun kedai yang dipercayai.



Hmmm rindu pula nak masuk dalam bilik. Hari ni hari kedua duk bertapa kat meja staf lain kat tingkat bawah. Sambil perah otak buat audit sambil layan sembang tak kering gusi.


Anak buah bagitau meja che kak 'berkube' dengan fail. Macam biasa la suka benar set set demo letak fail time che kak takde. Dia tolong susun dah katanya. Syukur dapat anak buah yang baik hati.


Jom solat terawih walaupun sendiri. Semoga istiqamah kerana kita tak tahu bila rezeki kita lagi.


-che kak yang dilema esok nak kerja ke cuti-

RAMADHAN KALI INI

RAMADHAN KALI INI

Hari ini off lagi nak masak. Sakit kaki makin terasa. Nak makan ubat tapi puasa. Maka katillah tempat yang sangat selesa.


Rezeki berbuka puasa penuh di meja. Syukur alhamdulillah dengan kurniaanNya.


Ayam butter by chef Afnan. Baru tingkatan satu tapi suka masak resepi google. Ikan percik mak mentua che kak yang masak. Kebetulan pula termengidam tanpa bagitau padanya.



Sambal udang pun mak mentua che kak juga yang masak. Dia tahu cucu-cucu suka.


Sambal petai tu che kak beli kat live shoppe abang syukor. Dapatlah murah harganya. 


Beledo santan pun mak mentua che kak yang masak. Mana nak cari mak mentua yang sentiasa ada di sisi menantu masa sakit walaupun tak beritahu padanya.


Awaatif dan Aimi teringin nak beli air balang kat bro din stesen. Che kak memang kalah kalau anak nak makan dan minum walaupun boleh bancuh sendiri di rumah. 3 bungkus rm10 masih okey dan sedap juga.


Rindu pada anak bujang di Terengganu dan Kedah. Pandai la depa urus diri dan berbuka puasa. Makan la apa yang ada di masjid atau bazar ramadan dekat dengan asramanya.


-che kak tak sabar nak gi masjid. Nak tengok tangga🤪-

RAMADHAN KALI INI

RAMADHAN KALI INI

2 hari mc, 2 hari cuti hujung minggu, 1 hari cuti rehat, hari ini pergi kerja. 


Lagipun level  'kepuahsang' tak boleh nak bawa bincang dah. Sakit dah berkurangan skala tiga.


Sampai kat ofis, rasa gerun pula tengok tangga. 


Langkah bendul rumah pun masih terasa ngilu, inikan berlangkah-langkah anak tangga.


Nasib baik ada meja yang tuannya sibuk dengan urusan kaunter dan klien pesalah mudanya. 


Berborak-borak dengan kawan ofis macam tak jumpa 3 bulan lamanya. Nikmat mana lagi nak didustai apabila ada kawan-kawan   baik macam keluarga.


Selama ini buat kerja dalam bilik rasa sunyi tanpa suara. Hari ini buat kerja di stesen yang ramai penyinggahnya.


Terima kasih kepada adik praktikal dan rakan sekerja.  Terpaksa naik turun tangga untuk ambil khazanah dalam bilik che kak yang tak tahu apa dah rupanya. 


Sambil taip laporan kerja, poknik tunjuk jam seiko yang lama. Tapi sebab sibuk perah otak, terus lupa nak transfer ke akaunnya. 


Itu belum lagi cerita karipap mini. Beli 2 bungkus sebab suami memang suka.


Walaupun che kak duduk je dan kurang berjalan tapi duit dalam akaun laju je jalannya.


Jam 3.30 petang terus tutup komputer. Bulan puasa boleh balik awal sejam. Singgah kedai untuk ambil tempahan batu nisan arwah walid anak tiga.



 Tengok kiri kanan tepi depan belakang takde orang. Che kak nak minta tolong sape ni. Ingatkan ringan rupanya berat juga.


Demi bakti padamu walid, che kak gagahkan juga angkat dan masukkan dalam kereta.


Entah dari mana datangnya kekuatan walhal nak buka tudung botol sos cili pun suruh tok laki buka.


-berhenti menaip untuk solat dulu. Sekian laporan hari ini dari che kak-

BELI ATAU MASAK SENDIRI YANG LEBIH BAIK?

BELI ATAU MASAK SENDIRI YANG LEBIH BAIK?

Biasanya kita selalu dengar rungutan tentang kuih yang mahal dan naik haji balik hari.


Sebenarnya mahal atau murah terpulang pada pandangan kita sendiri dan poket kita nipis ke berisi.


Che kak yang cukup pakej takde kerajinan, tak pandai, takde masa dan tak suka renyah maka che kak terima sahaja berapa harga walaupun donut keras macam tayar lori.


Takde duit che kak duk diam-diam. Ada duit che kak beli. Rasa tertipu tak beli dah lain hari.


Nampak simple buat kuih tapi che kak tengok komplikated segala modal, masa dan tenaga mak-mak yang nak cari rezeki.

Gambar hiasan sahaja


Kalau rasa nak makan dan sendiri buat lagi sedap silalah buat sendiri.


Buat peniaga, masaklah kuih sedap-sedap supaya orang rasa berbaloi beli dan nak beli lagi.

RAMADHAN KALI INI

RAMADHAN KALI INI

Tak tahu berapa hari dah che kak tak masuk dapur. Alhamdulillah anak-anak dah pandai urus apa yang patut.


Walaupun ada juga la part bergaduh tu. Geram juga time depa bergaduh tapi sabar je la. Malas nak layan. Setakat tegur pun  jangan bergaduh depan rezeki. 


Takpelah tak ikut standard piawaian che kak pun. Asalkan semuanya dapat berbuka puasa dengan tenang. 


Kita yang sakit ni, relax-relax je tak yah fikir sangat apa yang nak jadi kat dapur tu. 



Hari ni mak mentua che kak datang selepas tahu che kak terseliuh. Bertuah sungguh tak bagitau. Hehe. 


Che kak tak bagi tau sebab tak serius sangat. Cuma terbatas je la pergerakan. Hari ni pun dah boleh jalan slow-slow walaupun kaki masih bengkak lagi.


Kita yang dah biasa tak duduk diam ni, rasa lemau juga la duk terbaring je atas katil.

RINDU TERAWIH SEMASA UMRAH

RINDU TERAWIH SEMASA UMRAH

Semasa solat terawih malam pertama, tiba-tiba datang perasaan sayu dan rindu.


Rindu pada ibadah umrah di bulan puasa 6  tahun dulu.


Solat terawih bersama imam Masjidil Haram menimbulkan perasaan yang sukar untuk  ditulis di mukabuku.



Perasaan  sedih, takut, gembira secara spontan semasa mendengar alunan suci  al quran walaupun sebenarnya tak faham bacaan suci itu.


23 rakaat solat tarawih dengan surah panjang tak terasa penat langsung bahkan manisnya terasa lebih daripada madu.


Semoga Allah menerima ibadah puasa kita  dan mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu.


Semangat datang nak istiqamah terawih 20 rakaat di masjid walaupun ahli masjid ingat aku orang baru kampung itu.


"Bang, nak bukok poso di masjid juga la. Nanti saya bawa la nasi dan lauk dari rumah." Takut tak cukup masjid punya menu.


Bersama azam yang baru dan berbaju baru serta kain sembahyang baru beli dengan Syikin berwarna biru.


Hari kedua berterawih, dummm bagaikan nangka masak bunyi itu. 


Che kak terjatuh di tangga yang bucu. Dua anak tangga rupanya ingatkan satu.


Menangis aku kerana sakit kedua belah kakiku dan suami ada di sisi lagilah terharu. 


Aduh haru biru rasa hidup ku. Dah jadi seperti puteri beradu. Mc la dulu.

ABANG AFNAN

ABANG AFNAN

Hari ini (10.3.2024) Abang Afnan dah selamat jadi pelajar tingkatan 1 di sekolah arab berdekatan dengan rumah.



Sekolah pilihan pertama tiada kedua atau ketiga. Sekolah kampung yang  tidak popular walaupun sekitar Ketereh.


Alhamdulillah abang Aiman dan abang Ahyad dah buktikan tetap boleh berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan dan dapat juga belajar di universiti pilihan masing-masing.


 2 sekolah rendah, 3 menengah dan 2 ipt. Walaupun perit juga nak sediakan keperluan sekolah anak-anak namun syukur alhamdulillah rezeki anak-anak tetap ada.00.3

SETIA ISTERI DIKHIANATI

SETIA ISTERI DIKHIANATI

Che kak tak faham kenapa masih lagi curang walaupun berkali-kali diberi peluang oleh isteri dan keluarga.

Isteri cantik jelita rupanya bukan tiket untuk setia ke hujung nyawa. 

Adakah salah isteri tidak pandai jaga suaminya?

Adakah tanggungjawab isteri untuk mendidik iman suaminya?

Tiada sekelumitkah di hati suami  untuk rasa malu pada isteri dan anak-anak yang menanti di rumah mereka?

Hairan juga che kak bagaimana seorang isteri sangat  kental jiwanya dengan suami sebegini. 

Inikan pula terpampang berita suami ditangkap khalwat bersama rakan sejiwa.

Eh dah kenapa che kak tumpang sibuk dengan rumahtangga orang yang takde kena mengena.

Gambar hiasan sahaja



Che kak yang tersalah tafsir baca wasap suami pun dah hampir terjerut rasa.

"Abe long tahu gano Ana masuk wad?"
(Wasap dari imam masjid)

Haaa Ana??? Sape Ana???  Bang, Ana mano ni?"

"Acu baco molek gak wasap dari tok ime tu. Ana tu ganti 'saya'. Sekoloh arab sangat,  hok tu pun tok tahu."

Hok aloh malunya. Tapi tak nak juga kalah dan mengalah🤪.

"Doh bakpo tulis A huruf besar. Tulis je 'ana'." Ana tu supo namo ore doh."












CINTA SETINGGI HIMALAYA?

CINTA SETINGGI HIMALAYA?

Jangankan gunung Fujiyama.. (Fujiyama)

Puncak Himalaya ku ikut kamu..

Jangankan ke Kemboja.. (ke Kemboja)

Ke Ethiophia ku ikut kamu..

Kalau memang kamu cinta aku..

Ke kutub utara..aku ikut kamu..


Viral lagu lama kerana sedapnya halwa telinga mendengar sambil berangan berjalan di musim salji.


Beria je jadikan lagu ni sebagai bukti cinta konon sanggup bersusah payah dengan suami.


 Tapi bila suami ajak lintas jambatan ni, eeee gayat giler macam bumi berputar di paksi galaksi.


"Tok sir eh. Abang je la gi."



Baik che kak tunggu dalam kereta sambil layan shopee pi pi pi. Duit dua ribu tak habis lagi.


Ayat-ayat cinta jangan dipercaya antara expectation vs reality.



Yang penting setiap bulan duit gaji suami bayar segala belanja dan bil utiliti.


Sebagai isteri ucaplah terima kasih sambil tersenyum yang paling manis sekali. (boleh percaya ke ni?)🤪





BERAPAKAH KOS YANG DIPERLUKAN UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN?

BERAPAKAH KOS YANG DIPERLUKAN UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN?

 Tadi masa tengah makan, Awaatif tanya soalan "sebenarnya kalu nak kawen keno ado duit banyok mano?"


Nasib baik che kak tak tercekik tulang ikan siakap masak tom yam. 


Apahal la pulak Awaatif tiba-tiba tanya soalan ni. 


Ni mesti dia duk ingat abang Aiman sebab sebelum tu dia ada tanya berapa tahun lagi abang Aiman nak habis belajar.


Che kak diam tak de jawapan lagi. Tak tahu la pulak berapa kos sekarang ni. 


Biasanya setiap soalan Awaatif, che kak akan jawab juga. 


Che kak kahwin selepas 5 bulan kerja sebagai penjawat awam. 


Langsung tak buat personal loan untuk kahwin. 


Che kak beli barang untuk hantaran setiap bulan selepas dapat gaji. Beli sikit-sikit. Barang-barang pun bukan yang berjenama. 


Baju akad nikah beli sepasang je dekat Jalan Chow Kit. Lupa dah nama kedai tu.  Takde sesi tukar-tukar baju. 


Kawan-kawan di bahagian Bantuan JKMWPKL yang banyak sponsor termasuk bunga telur.


Baju untuk majlis bertandang ke rumah keluarga suami pun sehelai jubah je. 


Make up pun mak tiri je yang tolong cantikkan muka che kak. 


Takde langsung pelamin. Hiasan dalam bilik pun takde. Cukup je la cat baru. Che kak mudah rasa rimas dengan hiasan bilik.


Jurufoto pun import dari adik che kak je. Itu pun tak banyak gambar sebab dia tiba-tiba merajuk. Hmmmm.


Kenduri pun simple je. Semuanya ayah yang uruskan. Che kak ada juga bagi duit lauk.


Hasilnya che kak memang rasa tenang hidup tanpa hutang bank. 



Panjang lagi masa depan nak kena hadap selain hutang kahwin.


Gaji kecil buat cara kecil. Bukan sebab kedekut tapi sebab memang takde duit tapi nak kahwin juga😝.


Ada je makcik-makcik yang tanya kenapa tak hias bilik, pelamin takde dan bla bla bla. 


Dalam hati nak je jawab, makcik kena bagi duit kat saya untuk merealisasikan impian makcik.


Tapi risau pula takut orang kata kak long anok cik sidik ni mulut kurang ajar pula.🤪


Soalan Awaatif kena jawab secara objektif. Berapa eh kos?

APA ADA PADA JKM PASIR PUTEH?

APA ADA PADA JKM PASIR PUTEH?

3.3.2024 genap 11 tahun che kak bekerja di Pasir Puteh. Rasa macam baru je lagi 'mak buyung' lapor diri.


Tempat kerja yang ketiga selepas JKMWPKL selama 2 tahun dan JKM Pasir Mas selama 8 tahun.


Banyak sangat kisah suka duka kalau nak tulis di sini. 


Kenangan yang dah tercipta jadikanlah ianya sebagai sandaran untuk  kita lebih matang bagi hari yang mendatang. 



Che kak juga tidak mengharapkan agar kekal di sini sehingga pencen kerana sedar dengan polisi jabatan.


Selagi ada rezeki di sini, Insya Allah che kak akan cuba buat kerja semampu daya upaya che kak.


Che kak syukur sangat sebab boss Fiqah dan ex boss che kak En Hafiz, boss Zan dan boss Wan tersangatlah baik. Paling penting markah skt tinggi sokmo. 


Sepanjang bertugas di JKM PP, merasa juga la jaga unit OKU selama 4 tahun, Kebajikan Produktif selama 5 tahun dan terkini unit Komuniti dan Penguatkuasaan. 


Walaupun rasa tak yakin dengan kemampuan sendiri untuk kemudi dua unit ni, namun alhamdulillah dengan sokongan  boss, anak buah dan rakan sekerja, che kak usaha juga untuk laksanakan tugas hakiki ini dengan sebaik mungkin.


Sebagai ketua unit, che kak terbuka menerima pandangan daripada anak buah  selagi masih dalam rujukan sop, pto dan modul-modul berkaitan tugasan unit.


Bukan mudah untuk che kak yang berbelas tahun bertugas di belakang tabir, tiba-tiba nak kena bina hubungan dengan pihak luar.  


Tak dinafikan apabila waktu kita bersama dengan rakan sekerja pastilah akan ada seribu satu perasaan. Ada perasaan nak marah, kecil hati, menyampah, terlebih suka pun ada.


Namun ambillah masa untuk bertenang tapi janganlah berpanjangan layan perasaan negatif.


Che kak sedar diri kerana selama ini rakan sepejabat lah yang banyak membantu di kala susah dan senang.


Tiada orang yang sempurna serba serbi. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Oleh sebab itu, kita kena saling sokong menyokong antara satu sama lain. 


Jangan sesekali kita merasakan orang wajib hormat dan sanjung disebabkan usia kita.



Walaupun kakitangan ada yang muda, remaja purba, veteran namun ianya bukanlah penghalang untuk saling hormat menghormati dan bekerjasama dalam apa jua tugasan. 


Raikanlah semua rakan sekerja tak kira usia mahupun jawatan. Rasa hormat dan nak disayangi memang tak boleh dipaksa. 


Sekian ucapan.

NYAWA HAIWAN PENTING?

NYAWA HAIWAN PENTING?

Apabila tengok gambar begini, spontan che kak kata eeeeee. Bukan geli tapi ngeri. 



Suami che kak kata tok soh duk geli, 21 tahun doh pero demo jaso kijo goni. 


Che kak tengok lembu pun raso nok lari. Inikan pula nok jadi bidan lebih-lebih lagi tok ngaji bab goni.


Nyawo haiwan jugok sangat bererti. Pah, bakpo ado manusio suko-suko cabut nyawo ore ditangan sendiri.

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com