PENGALAMAN BEKERJA DI KILANG - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: PENGALAMAN BEKERJA DI KILANG

Saturday, September 7, 2019

PENGALAMAN BEKERJA DI KILANG


Sape pernah kerja kilang? Che kak pernah kerja kilang sebaik sahaja habis belajar kat UPM. 4 bulan je che kak sempat jadi minah kilang.

Kecik hati betul bila Tun bagitau orang Melayu malas kerja. Hahaha.. Kita punye la struggle cari kerja dan kerja je apa yang ada.

Kerja shif. Gaji hari RM40.00. OT dapat le RM55.00. Tinggal di asrama yang disediakan. Rumah kedai yang disewa dan dijadikan asrama. Che kak dah lupa berapa orang penghuni dalam sebuah rumah. 10 orang kot.

Housemate che kak kebanyakkannya Sabahan. Tapi che kak syak ada di kalangan mereka adalah orang Filipina.Cantik lain macam maaa. Macam bintang drama Filipine.

1st time sampai kat hostel, che kak tanya arah kiblat. Hayyaaa mereka tarak tahu. Che kak tenung matahari. Ya Allah, aku nak solat ni. Tunjukkanlah arah kiblat. Selepas yakin dengan arah kiblat, che kak solat.

Tak lama selepas tu, ada seorang makcik orang Sabah baru balik dari kilang. Dia tunjuk arah kiblat. Ooo nasib baik betul. Hahaha..
Walaupun che kak sorang diri, tapi che kak masak. Masak nasi dan goreng telur mata kobau pun jadi la. 🍳 Jarang-jarang je che kak makan kat kantin kilang.


Ada seorang housemate che kak orang Kelantan. Apabila  dapat duit gaji, dijolinya. Habis dalam masa sehari je. Hari kedua, mulalah berpuasa yang tak berbuka. Orang lain puasa, ada la juga berbuka dan bersahur. Dia pula, tak de waktu berbuka. Takde duit maaa..

Sambil membebel bagi nasihat, che kak pelawa juga makan sekali masa che kak masak. Ish che kak takut  kalau dia mati depan che kak sebab kebuluran. Tak pasal!

Che kak suka masak menu sambal. Boleh pula dia komen masinnya sambal. Walhal dia tu dah tahap kebulur. πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Dia buat apa dengan duit gaji? Setiap bulan tukar handset baru maaa.
Tapi kalau dia ada masalah dan ingin luahkan perasaan, che kak setia je dengar. Takde la che kak bergaduh sampai tak boleh nak bersembang. Maklum la kami berdua je orang Kelantan.

Kalau dapat cuti, che kak balik kampung. Tapi dia tak balik. Che kak tanya kenapa tak nak balik? Dia diam aje.

Che kak provok dia sebab nak tahu juga kenapa tak nak balik kampung walaupun famili masih ada.

Apabila dia tunjuk gambar ayah dia, che kak terlepas cakap. Macam orang jahat ayah awak. Ish jahatnya mulut che kak. Cepat-cepat che kak minta maaf.

Katanya, ye betul. Bla bla bla bla bla bla..(sensor).

Kita selalu nampak anak yang berperangai teruk kalau tak balik jenguk ibubapa kat kampung. Tapi kita tak tahu betapa struggle mereka nak hidup dan lupakan kisah silam.

Che kak selalu bagi kata-kata semangat kat dia. Kadang-kadang dia bagi kata-kata semangat kat che kak. Seronok berbual-bual dengan dia. Dia suka ketawa malu-malu gittew.

Pada suatu hari, sedang che kak nak solat, tiba-tiba housemate che kak muka macam Filipine bagitau "awak solat tunggang tonggek pun belum tentu awak baik. Macam saya, walaupun tak solat saya orang baik dan beriman".

Dahsyat pemikiran begitu.

Mmm malas nak layan. Lantak la dia nak cakap apa.
Klimaks yang membuatkan che kak rasa sangat nak marah. Tahap gaban yang nak bertukar kaler hijau.

Ada ke patut dia kunci pintu bilik air dan tak bagi guna bilik air. Pintu bilik air bukannya macam pintu plastik sekarang ni. Sekali tolak boleh tercabut.

Pintu bilik air rumah tu, pintu kayu yang tebal. Guna tombol. Che kak bukannya pandai nak buka pintu guna pin macam orang buat dalam filem.

Che kak minta anak kunci dengan baik , tak dilayan. Sabar je la.
Entah dari mana datang kekuatan. Che kak tendang pintu bilik air yang tebalnya entah berapa ukurannya. Tendang punye tendang, tercabut tombol. Haaa baru boleh masuk bilik air. Tapi tak leh nak kunci balik. Padam muka. Kahkahkah.

Che kak ugut, che kak nak bagitau kat bapa sedara che kak seorang polis supaya  tangkap dia. Sebenarnya che kak serkap jarang je. Tak tahu la pula dia memang betul-betul orang Filipine. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Pucat muka dia. 😝😝

Kalau supervisor minta ganti rugi, che kak sanggup bayar. Nasib baik tak perlu ganti dan tak potong gaji. πŸ˜€πŸ˜€

Banyak lagi kenangan sebagai minah kilang walaupun sekejap je.
Warga menteri kena kerja kilang juga baru tahu betapa strugglenya rakyat nak cari rezeki demi kelangsungan hidup. Asyik nak bergaduh dengan rakyat je.

2 comments:

  1. wah menarik nya pengalaman di asrama…tq for sharing…

    ReplyDelete
  2. Lawok jgk kisoh ni🀭🀭🀭. Kito pun ore kelateπŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ

    ReplyDelete

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com