August 2021 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: August 2021
TANDA-TANDA DIJANGKITI VIRUS COVID-19

TANDA-TANDA DIJANGKITI VIRUS COVID-19

 Throwback

Masa nak ambil wuduk untuk solat maghrib, tiba-tiba air rasa sangat sejuk. Menggigil macam kena ais.

Allah, demam ke aku ni?

Beberapa hari yang lalu, ada terdetik dihati. Lama dah che kak tak demam.

Rupanya 'demam' sangat rindu kat che kak.😂😅

Rasa panas badan. Cek suhu, alamak! Terus telan panadol.

Bee propolis tak lupa juga.

Dilema rasa nak pi keje.
Sebab rasa macam tak demam dah. Tapi kalau demam naya kat kawan opis pula. Kotnye berjangkit.

Tapi jiwa rasa tak tenang selagi tak settle bayaran bantuan.

Terpaksa juga minta tolong kawan settlekan bayaran bantuan.

Baik gi klinik untuk kepastian.
Cek suhu 36.6. Lega sebab tak demam.
Mungkin sebab dah telan panadol sebelum gi klinik.

Eh alamak! Rupanya kena swab test juga dan dipakaikan gelang pink.

Tunggu result 3 hari.

Demam on off.
Tak sakit dan tak pening tapi rasa berat kepala macam junjung periuk besar atas kepala zaman nenek-nenek dulu.

Muntah keluar angin je.

Telan panadol, rasa lega demam.

Teringat bee propolis dan vit c, kunyah-kunyah.

Tak demam.
Tapi dah start selesema.
Rasa macam berangin badan.
Sendawa yang kerap.
Lemas rasa hidung.

Bancuh madu dan pati delima manggis. Untuk energy. Lagipun pati delima tinggi vit c untuk imun booster.

Bee propolis kunyah juga sebab natural antibiotik dari lebah.
Selang 3 jam telan panadol juga.

Tak leh nak tido sebab hidung rasa ketat sangat. Tersumbat.

Try wap hidung dengan air panas campur bunga cengkih.

Sapu aloe massage lotion.

Lepas tu minum aloe vera gel.

Lega rasa. Tak lemas dah hidung.

Cuma tak dapat tido lagi sebab lapar.
Tapi malas dah nak ke dapur.

Debar tunggu result swab test esok.






PERLUKAH IBUBAPA MASUK CAMPUR APABILA ANAK-ANAK BERGADUH

PERLUKAH IBUBAPA MASUK CAMPUR APABILA ANAK-ANAK BERGADUH

 Kalau anak-anak bergaduh, malas che kak nak layan.


Bergaduh lah macamana pun, akhirnya diorang tetap berbaik dan bermain bersama-sama semula.


Boleh bergurau senda semula.


Macam takde apa-apa krisis pun masa diorang dah berbaik.


Cuba kalau che kak awal-awal masuk campur, pasti akan berpanjangan sengketa.


Sebab pasti akan ada yang kecik ati dan tak puas hati sebab anggap che kak pilih kasih dalam meleraikan pergaduhan diorang. 


Kadang-kadang terfikir juga. Kenapa budak bergaduh pandai je diorang selesaikan krisis diorang.


Kadang-kadang diorang bergaduh siap ejek mengejek nama tu, pergh boleh tahan mulut diorang. 


Tapi lepas tu elok je panggil abang kakak dengan penuh kasih sayang.


SUMBANGAN

SUMBANGAN

 Ada yang tanya pendapat nak bagi sumbangan macamana, kepada siapa?


Che kak pun tak reti juga nak citer camne.


Cuma che kak nak citer berdasarkan apa yang che kak tahu je la. Takde betul tak de salah dalam memberi pendapat.


Sejujurnya che kak ni kalau 1st time kenal seseorang, memang che kak takde sangka buruk. Terima sahaja apa yang dibagitaunya.


Tapi ,awas. Kalau che kak tahu kena tipu dan tak jujur dengan che kak, memang sampai kiamat ler che kak tak percaya dah.


Berbalik kepada sumbangan.


Nak bagi sumbangan secara peribadi berbeza dengan sumbangan kerajaan.  Bantuan kerajaan ni banyak sop nya sebab melibatkan peruntukan, audit, intergriti dan macama-macam lagi la.


Kalau kita  berhajat nak bagi sumbangan boleh beli barang asas seperti beras,gula, gandum, roti, telur, kicap, susu anak. Atau ubat gigi, sabun, pampers, tuala wanita.


Takde la wajib beli seperti list di atas. Ni antara contoh. Boleh beli mengikut keperluan harian.


Biasanya rakyat miskin tegar ni dah biasa dapat sumbangan dan bantuan dari pelbagai pihak. Golongan ni dah lali hidup susah tak kira masa pkp atau tidak. Bagi la bantuan apa pun, begitulah hidup mereka.


Biasanya faktor yang menyebabkan mereka kekal dengan miskin tegar ni sebab terlibat dengan dadah, tanggungan ramai, peluang kerja terhad, gaji kecik, nak cakap malas kan takut kena kecam pula.


Berbeza dengan golongan M40 yang tiba-jadi bertukar jadi miskin dan mudah miskin. Simpanan pun mungkin dah habis. 


Nak minta bantuan pastilah malu. Sebab orang akan judge macam-macam.


Andai kata boleh jual harta benda pun, tentulah ambil masa untuk settle.  Setakat nak bagi sumbangan makan minum apa la salahnya. Tak perlu nak tuduh mereka ambil kesempatan. Anggap la macam kita selalu bertukar juadah dengan jiran dan kawan.


Biasanya ketua kampung yang lebih kenal dengan anak mukimnya.  Ngo, sukarelawan, agensi kerajaan tak kenal. 


Berbalik kepada penerima sumbangan pula. Apabila dah terima sumbangan, ucaplah terima kasih sahaja pemberi.


Jangan demand nak tepung cap emas la, bihun cap serban la. Terima sahaja apa yang orang bagi. Kalau tak nak, bagi kat orang lain pula yang lebih memerlukan 


Sebab nanti orang akan fedup dah nak bantu. Ye la demand mengalahkan macam beli dengan duit korang pulak.


Nak jujur ke tak nak jujur ke terpulang la. Benda nak jadi darah daging korang dan anak bini korang juga.  Kata tak dapat sumbangan. Tapi bila selak langsir bilik, tu diaaa penuh stok berbulan-bulan. Jangan tamak. 


Sebaik-baiknya kita kenal pasti dulu ahli keluarga kita yang susah sebelum bantu orang lain.  Kenalpasti dulu jiran-jiran kita yang lebih memerlukan barang makanan.  


Kadang kala Allah bukan nak uji orang susah tapi Allah nak uji kita yang senang dan ada pangkat ni. 


BEZA PKP 1.0

BEZA PKP 1.0

 Dulu la dulu

Masa PKP 1.0


Nak pi keje, jalan raya sunyi sepi

Sempat merasa minyak murah


Dulu la dulu

Masa PKP 1.0


Setiap minggu beli hand sanitizer

Gantung kat handbag

Letak kat meja keje

Bagi kat anak sorang satu

Letak kat luar rumah

Setiap masa sapu


Dulu la dulu

Masa PKP 1.0


Balik keje terus masuk bilik air

Mandi, cuci baju

Anak datang dekat pun halau main jauh-jauh


Dulu la dulu

Masa PKP 1.0


Singgah kedai nak beli barang dapur

Hampir tergelak tengok macam ragam ketua keluarga sopim

Ada buat video call sambil tunjuk barang kat bini


Sekarang ni

Allahu

Setiap masa ada je status rakan-rakan fb ahli kel rakan taulan yang meninggalkan dunia fana ni sebab covid

Virus ini sangat dekat dengan kita


BUAT BAIK DAPAT PAHALA ATAU DOSA?

BUAT BAIK DAPAT PAHALA ATAU DOSA?

 Nak buat baik, jangan sampai tertutup dengan dosa lain. 


Contoh:


Kita suka puasa sunat, tapi kita kutuk orang yang tak puasa sunat.

Entah-entah puasa wajib pun kita tak abes qadha lagi


Kita suka wat ibadah solat sunat tahajjud, taubat ,zikir ,ngaji quran. Tapi kita ngumpat dan riak wat status


Kita suka bagi tazkirah ,tapi beras bini yang beli dan masak, bil api air sewa rumah bini yang bayar


Kita suka sedekah tapi hutang orang tak bayar


Nak buat pahala bagi sedekah tapi membuka ruang fitnah 


Kita suka pergi masjid tapi suka mention orang lain ahli neraka seolah-olah kita je ahli syurga


Kita suka bagi buah tangan kat tuan rumah setiap kali berkunjung, tapi kita lupa nak butakan mata, pekakkan telinga, bisukan mulut


Kita rajin berdoa tapi letak 'syarat'


Ni antara contoh-contoh kebaikan yang mudah kumpul pahala tapi sayang seribu kali sayang.....

IKHTIAR TINGKATKAN IMMUNE SUPPORT DENGAN SUPPLEMENT FOREVER

IKHTIAR TINGKATKAN IMMUNE SUPPORT DENGAN SUPPLEMENT FOREVER

 Bila scroll medsoc, takutnya dengan situasi pandemik sekarang ni.


Setiap masa dan waktu ada je status tentang seseorang yang dijangkiti Covid-19.


Kita yang tidak dijangkiti ni ,bersyukur sangat-sangat. 


Tapi, jangan sesekali alpa. Sebab kita tak tahu mungkin kita pembawa virus walaupun tak bergejala.


Patuhi SOP KKM. 


Di samping itu jagalah kesihatan. Tingkatkan imun diri dan ahli keluarga.


Che kak pilih poduk Forever untuk tingkatkan imun bagi melawan jangkitan virus.


Madu forever sangat tulen. Tanpa sebarang campuran. Dijaga dengan baik sekali di gunung Spain. 


Khasiat madu semua orang dah tahu. 


Untuk poduk high anti oksidan dan vit c, che kak suka pomesteen. Pati buah Delima, Pear, Manggis, Raspberi, Beri Hitam, Beri Biru dan ekstrak Biji Anggur. 7 jenis buah-buahan yang tinggi khasiatnya.


Semua jenis super fruit yang terdapat dalam Forever Pomesteen Power sangat bagus untuk memberikan tenaga, melawan penyakit dan menyelesaikan masalah ketidakseimbangan hormon lelaki dan wanita.


Ofkos tak tinggal Aloe Vera Gel. Pati lidah buaya yang terbaik di dunia. 


Berbaloi minum ALOE VERA GEL sebab lengkap dengan 75 nutrien, 12 vitamin, 20 mineral, 18 asid amino dan 200 aktif enzim.


Standby juga bee propolis,  air liur lebah antibiotik semulajadi. Propolis mengandungi flavonoid yg tinggi dan sebatian antioksida yang tinggi berupaya untuk mengukuhkan immune sistem and memiliki kebaikan anti-bacterial and anti virus.


Che kak suka Absorbent C sebab dos vit c disyorkan iaitu kandungannya 60mg.

Kandungan daripada betik, madu dan oat. Tablet kunyah sesuai untuk keluarga. Bantu elak demam, selesema, jerawat.


#chekakforever

#sharingiscaring

#familymagika




BAGAIMANA MENCARI BAHAGIA  DALAM RUMAHTANGGA

BAGAIMANA MENCARI BAHAGIA DALAM RUMAHTANGGA

 Pada awalnya kita semua pakat  kagum dengan tanda-tanda husnul khotimah allahyarhamah Siti Sarah dan kisah cinta dengan suaminya.


Tapi ramai juga yang jadikan isu stoking sebagai ukuran soleh dan solehah pasangan masing-masing.


Gais,

Rumahtangga dan kisah cinta setiap orang tak sama.


Bahagia tidak boleh diukur dengan kekayaan dan kecantikan.


Bahagia juga tidak boleh diukur dengan romantisnya pasangan.


Tak semua dapat pasangan yang romantik dan tahu tanggungjawab masing-masing.


Ujian setiap pasangan juga tak sama. Ada yang diuji pasangan sakit, pasangan ego tinggi melangit walaupun beras bini beli,  kehilangan pekerjaan, pasangan berjauhan, campur tangan keluarga dan macam-macam lagi la.


Ada suami yang kerjanya tak pakai stoking pun.


Pokoknya, bahagia sebuah rumahtangga bergantung pada ikhlas dan redha kita serta tidak mengharapkan balasan.


Kita sentiasa merasa cukup dengan apa  yang pasangan kita mampu bagi kat kita.


Berusaha cari rezeki yang berkat. 

Kalau dah usaha, tapi hanya mampu dapat rm10 pada hari itu, ucap  alhamdulillah.


Insya Allah , Allah akan tambah rezeki kita.


Baik buruk pasangan kita, hendaklah disimpan rapi. Tak perlu kita nak citer kat mak ayah atau adik beradik kita. 


GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP ANAK-ANAK

GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP ANAK-ANAK

 Throwback

20 tahun yang lalu


"Engko dah beli tiket ke?"


"Belum. Aku tak balik."


"Eh kenapa tak balik kampung? 

Tak ingat kat famili ke? 

Ish raya kot."


Perlahan-lahan dia tunjuk gambar pasport seorang lelaki.


"Ayah engko ke? Ish ganasnya muka."


Tersedar tersasul cepat-cepat tampar mulut sendiri. 


"Minta maaf , awokkk. Tak sengaja kata macam tu".


"Haaa memang pun ayah aku jahat."


Rupanya ada sisi gelap yang dia sembunyi selama ni.


Dari sekolah lagi dia menjadi mangsa cabul ayahnya.


Sambil ambil dia balik sekolah pun, ayahnya sempat lagi cabulnya walaupun di atas motor.


Tak tahan kena cabul bertahun-tahun, akhirnya dia melarikan diri dari rumah.


Dia sangat naif masa tu.

Tak tahu nak ngadu kat sape sebab takut orang tak percaya.


Natijahnya, dia la yang dicop anak derhaka, anak ada masalah akhlak kerana melarikan diri.


Anak-anak perlu didedahkan tentang penjagaan dan keselamatan diri supaya tak menjadi mangsa orang yang bertopengkan syaitan ni.


Pemangsa ada di mana sahaja. Walaupun muka suci , jangan mudah percaya.


Gais, walaupun nak menyusu baby depan atuk ke depan adik beradik ke, please la. 


Pi la menyusu dalam bilik ke atau tempat tersorok sikit.


Jangan ingat atuk takde nafsu.

Jangan ingat hubungan kekeluargaan tu tiket anak-anak selamat dari mangsa serangan seksual.


Kita tak mampu nak ubah dunia yang jahat supaya jadi baik. Sebab tu ada neraka syurga. 


#bekaspelindungjkmwpkl


HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com