February 2022 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: February 2022
JAWAPAN UNTUK SOALAN ABANG AIMAN

JAWAPAN UNTUK SOALAN ABANG AIMAN

 Abang Aiman pernah tanya "kenapa tinggalkan aiman dulu?"


Allah! Tak mampu nak luahkan jawapan sebab ianya ada luka di dalam hati umi.


Hari ni Abang Aiman dah 18 tahun. Tak lama dah nak preksa SPM. 


18 tahun yang lalu, umi dan abi sangat naif. Kesilapan besar kerana tidak membesarkan abang Aiman dengan air tangan kami sendiri.


Sejujurnya umi dan abi amat berterima kasih kepada tokmi , abi tok dan adik2 ipar umi sebab jaga abang Aiman dengan penuh kasih sayang. Semua sayang kat abang Aiman.


Masa pantang, nak bawa Abang Aiman ke Melaka, tokmi tak bagi. Katanya takde orang jaga nanti sebab kami laki bini PJJ. Abi kat Melaka, umi kat KL.


Sesungguhnya, umi rindu masa  Abang Aiman duk dalam rahim umi selama 9 bulan. Kita sama2 susah senang sendiri di KL tanpa sesiapa. Susah senang kita berdua je masa tu.

Alahan selama beberapa bulan. Sorang2 je masa tu hadap alahan tanpa abi. Sebab tu abang aiman kuat.


Setiap bulan kita berkampung kat HKL jumpa doktor pakar sebab umi ada risiko sebagai bekas pesakit jantung. 


Setiap minggu balik Melaka jumpa abi. Setiap minggu juga jalan kaki gi Mydin. Setiap minggu kita ketakutan jalan dalam gelap dari LRT ke bilik sewa kita. Mata kiri kanan duk melilau takut ada bahaya.


Alhamdulillah Allah tetap lindung kita.


Selepas Abang Aiman keluar , Ya Allah comelnyaaa. Namun kerana naif, umi dan abi terlepas waktu indah seorang anak yang sedang membesar.


Air mata ni selaju air hujan sebab setiap saat teringat kat anak sulung. Air mata ni juga laju mengalir setiap kali melihat air susu yang diperah terpaksa dibuang dalan sink. 


Air mata ni juga laju selaju-lajunya mengalir setiap malam seorang diri menahan bengkak susu.


Sakit dada tahan air mata setiap kali roomate ada sebab malu.


Setiap bulan balik kampung tengok abang Aiman. Ya Allah comelnya anak umiii.


Namun rasa pecah dada tahan sebak setiap kali abang Aiman menangis ketakutan tengok umi. Tetapi abang Aiman sangat peramah dengan orang luar walaupun kali pertama jumpa.


Air mata ni laju setiap kali umi nak tidur dengan Abang Aiman tapi tokmi kata nanti aiman nangis. 


Alhamdulillah, namun belum terlewat untuk melihat abang aiman membesar depan mata apabila kita dapat bersatu juga sekeluarga selepas beberapa tahun PJJ. 


Alhandulillah ,Allah kurniakan abang Aiman seorang yang rajin berusaha dalam pelajaran. Sentiasa cemerlang dalam peperiksaan.


Umi abi sentiasa berdoa agar anak2 umi berjaya dunia akhirat. Menjadi anak yang soleh yang mampu doa untuk umi abi apabila kami tiada nanti. 


Semoga abang Aiman menjadi abang  yang akan menjaga dan melindungi adik2 juga.







HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com