BERCUTI SEMPENA HARI MALAYSIA 2014 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: BERCUTI SEMPENA HARI MALAYSIA 2014

Sunday, October 12, 2014

BERCUTI SEMPENA HARI MALAYSIA 2014

Permohonan cuti melalui sistem hrmis dah diisi.. Borang cuti pun dah isi.. Apa lagi.. Cuti cuti Malaysia le jawabnya.. Kalau nak ikutkan kerja memang tak habis..

Sempena cuti sekolah dan cuti Hari Malaysia, che kak dan keluarga ke Kuala Lumpur.. Kesian kan anak-anak sebab cuti sekolah pun kena transit kat taska..  Sebenarnya suami che kak nak pergi KL sebab nak lawat tapak untuk persiapan MAHA 2014 nanti..

Che kak sekeluarga bertolak selepas solat maghrib pada 15.9.2014. Bertolak malam rasa aman sikit sebab anak-anak akan tidur je.. Bermalam kat rumah adik che kak kat Seri Kembangan..

Hari Malaysia, kami ke tempat rekreasi air terjun Semenyih.. Fuh... Ramainya orang... Puas kami pusing cari tempat nak 'landing'..  Hmmm macam tak best pula tengok air terjun tu.. Sungai dah jadi keruh.. Tandas kotor dan rosak..  Walau bagaimana pun, anak-anak dapat juga mandi manda selepas dapat juga tempat 'landing'..



Selepas tu, kami terus ke Sate Kajang Haji Samuri.. Last makan masa che kak masih bergelar student UPM tahun 1998..  Masih sedap seperti dulu... Alahai anakku.. Kalau tak tumpahkan air segelas memang tak sah.. Semasa che kak hamil anak sulung, pernah mengidam nak makan sate Kajang Haji Samuri.. Tapi tak berkesempatan.. Sabar je la..

Keesokkannya, suami che kak pergi kerja.. Adik dan ipar pun pergi kerja juga..Kami anak beranak duduk je dalam rumah.. Selepas suami balik, dia ajak pergi Mines.. Waduh..Nostalgia sungguh.. Maklum la.. Budak UPM memang suka dengan  Mines ni..  Anak-anak tengok ikan, swan..Besar betul ikan.. Swan di sangkanya itik.. Alahai anakku.. Suami ajak tengok wayang .. Anak-anak nak tengok kartun Plane. Suami pulak nak tengok Ninja Turtle..



Kalau tengok sorang-sorang citer plane ni, harus menangis.. Sedih juga tau citer ni.. Si Aimi dah terlena di ulit intan.. Sebelum terlena, Aimi memang dalam keadaan takut sebab screen wayang besar dan suara kuat.. Itulah wayang anak oi...

Pada 18.9.2014, selepas suami che kak selesaikan tugas di Mardi Serdang, suami ajak keluar.. Anak-anak nak pergi kat Planetarium Negara.. Puas che kak dan anak-anak bergambar dalam tu.. Baca maklumat gitu-gitu je.. Banyak maklumat oooo.. Kena berkampung dalam tu kalau nak study semua tu.. Anak ketiga che kak dilahirkan semasa angkasawan negara kita nak menjalankan misi negara pada 10.10.2007.. Orang sibuk naik bulan, Aulia' sibuk nak turun ke bumi..




Selesai lawatan ke Planetarium Negara, kami ke Muzium Negara.. Dari pameran sejarah zaman paleolitik, zaman penjajahan bangsa asing,  zaman awal kemerdekaan hingga ke zaman moden.. Banyak manfaat.. Tambah rasa cinta kat tanah air..Cewah.. Hihi.. Di sinilah lahir sebuah cinta..


Lepas tu kami ke  Muzium  Etnologi Dunia Melayu.. Tak kenal maka tak cinta..  Banyak betul pameran kat muzium ni.. che kak tak banyak ambil gambar kat sini sebab bateri telefon tak berapa nak izin dah..


Puas dah pusing kat sini, kami anak beranak layan makan aiskrim pula.. Kebetulan ada penjaja aiskrim dengan motor.. Selamba je kami makan kat situ..


Dah kenyang makan aiskrim, kami sekali lagi pergi kat luar Muzium Negara.. Tengok pameran  kenderaan.. Kereta nasional, antik dan kereta kebal pun ada.. Kalaulah nombor plat kenderaan ZA boleh digunakan kat kereta awam, rasanya che kak lah orang pertama booking dgn JPJ..


Lepas tu, kami menapak anak tangga jejantas.. Nak balik dah.. Opss.. Belum lagi la.. Anak nak tengok Muzium Polis DiRaja pulak..

Puas hati che kak dapat ambil gambar dengan telefon yang dah tahap kritikal.. che kak tertarik dengan bekas pasir yang berlabel API.. Budak sekarang tak kenal dah.. Dulu-dulu che kak konpius tau.. Mana la apinya.. Rupanya pasir tu untuk padamkan api kebakaran yang kecil.. Sekarang dah ada pemadam api yang moden..

Anak-anak memang suka sangat sebab diorang peminat Gerak Khas.. Apabila masuk ke dalam Muzium ni, ada si gadis polis yang comel.  Bertambah comel dengan senyuman manisnya.  Katanya kat dalam tak boleh ambil gambar..

Suka betul che kak tengok pakaian seragam polis.. che kak tak berapa nak beri perhatian sangat pada pameran sebab sibuk tengok anak-anak.. Takut hilang dari pandangan mata..

Dah puas pusing sekitar pelbagai jenis muzium, kami balik ke rumah adik che kak semula.. Si Aimi langsung tak minum susu.. Suka sangat kalau dapat 'bederak'..

Malam tu che kak layan buat popia nestum dengan adik.. Seronok juga .. Adik che kak goreng popia tu dengan minyak bunga matahari.. Jaga kesihatan lah katakan..

Walaupun sekejap je bercuti ke KL, sekurang-kurangnya anak-anak suka dan cuti yang bermanfaat. .Kasi anak sukakan sejarah..

Sekurang-kurangnya anak-anak ada cerita semasa cuti sekolah yang diorang nak ceritakan pada kawan-kawan..

Opss.. che kak ada wat masker dengan menggunakan vitamin e sebab muka dah kena sun burn..

-che kak-










No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com