Pantun Seloka Banjir Pasir Puteh - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: Pantun Seloka Banjir Pasir Puteh

Tuesday, November 25, 2014

Pantun Seloka Banjir Pasir Puteh

7 hari ditatang dan dijaga,
Demi motto berkat berjasa
Mangsa banjir di SK Wakaf Raja,
Dah balik ke Kg.Gong Kala.


Bilik gerakan dah tak buka,
Dapur pantri pun dah tak nyala,
Sardin dan telur menu biasa,
Tetap licin seperiuk sebelanga.


Petugas banjir tetap setia,
Membawa bekalan dan melawat mangsa,
Aktiviti dan program dibuat bersama,
Orang besar pun melawat juga.


Susah senang tetap dirasa,
Ada suka ada juga duka,
Lumrah alam adat biasa,
Bukan semua hati dapat dijaga.


Maaf bermaafan sesama kita,
Lapang dada hati pun suka,
Think positive pakar motivasi kata,
Ambil yang jernih macam kaca.


HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com