Kisah Awaatif dan hydronefrosis - part 2 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: Kisah Awaatif dan hydronefrosis - part 2

Thursday, February 11, 2016

Kisah Awaatif dan hydronefrosis - part 2

Awaatif sedang tidur.  Tenang je wajah Awaatif. Kadang kadang Kak Za rasa macam tak percaya je Awaatif sedang  sakit. Dia tak pernah menangis melainkan kalau Kak Za lambat dukung dia. Tak boleh nak berenggang.

Semasa orang Wilayah Persekutuan sedang bercuti, Kak Za dapat call dari Klinik Pediatrik, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). Nurse kata Awaatif dah dapat tarikh temujanji untuk ujian MDCT pada 4.2.2016 jam 8.30 pagi.  Apa maksud MDCT? Hehe maaf la Kak Za pun tak tahu apa maksud dia. Dah google tapi tak faham juga.

Tapi, Awaatif kena admit ward 5 (wad pediatrik) sehari sebelum.. Maksudnya 3.2.2016 dah kena 'check in'. Sebelum pukul 2.00 petang dah kena ada kat hospital, kata nurse.


Jam lebih kurang 12.00 tgh, Awaatif dah sampai kat wad 5. Wad pediatrik. Awaatif perlu diukur dan timbang berat. Berat Awaatif 4.6 kg.. Hurmmm patut la rasa lenguh dukung dia. Awaatif kena ambil sample air kencing terlebih dahulu.. Ada sejenis plastik yang ditampal kat kemaluan baby. Nak pastikan baby sihat dan tiada jangkitan kuman.

Lebih kurang jam 7.00 petang, doktor yang bertugas di wad 5, nak masukkan jarum kat tangan Awaatif. Tapi, susahnye nak masukkan jarum. Urat darah Awaatif tak berapa nak nampak. Doktor lain pula tolong, tapi masih juga tak boleh. Doktor minta izin nak cuba sekali lagi. Tapi tak boleh juga. Doktor kata, esok je la.. Kesian kat baby. Baby mana yang tak menangis sakit kena cucuk banyak kali. Tapi Kak Za tak salahkan doktor pun.

Keesokannya, jam lebih kurang  8.00 pagi, doktor masukkan wayar melalui tempat kencing.  Nampaknya, jarum memang tak boleh dimasukkan kat tangan juga. Sebab jarum tu doktor cucuk kat kaki. Doktor kata, Awaatif budak baik sebab tak meragam masa prosedur tadi. Nurse bagi ubat tidur jenis sirap. Kata nurse, ubat tidur ni tak kuat.  Nurse tak kasi menyusu dah. Awaatif menangis sebab nak tidur dan menyusu.

Awaatif ditolak dengan katil@troli ke bangunan sebelah bahagian x-ray. Seorang doktor, nurse dan 2 orang nurse pelatih lelaki. Semua pakat tengok Awaatif. Mesti diorang duk tertanya2 sakit ape la baby ni?

Awaatif ditolak masuk dalam bilik Fluoroscopy. Lambat pula Awaatif ni nak tidur. Pegawai yang bertugas, bagitau, ujian ni nak cari punca kenapa buah pinggang baby bengkak. Sejenis dye akan dimasukan ke dalam tiub@wayar melalui tempat kencing. Nak tengok aliran air kencing. (bilateral renal hydronephrosis, renal parenchyma).

gambar google.. lebih kurang sama dalam bilik fluoroscopy

Rasanya lebih kurang setengah jam juga la ujian tu. Dah selesai Awaatif yang sedang tidur ditolak semula ke dalam wad. Tiub kat tempat air kencing dah dibuang. Tinggal jarum kat kaki je sebab nak masukkan air dan glukos.

Doktor kata, nanti baby dah sedar dan menyusu, boleh balik ke rumah. Tapi lama pula Awaatif ni tidur. Kesan ubat tidur tak habis lagi.  Puas la Kak Za kejutkan dia.  Pukul 1.00 tgh baru Awaatif bangun. Itupun sebab Kak Za lapkan muka dia dengan kain lampin lembap.

Awaatif

Awaatif dibekalkan dengan ubat Sulpha trimethoprim 200mg perisa milk and vanilla. Ubat tu dimakan pada waktu malam sahaja. Kak Za wat alarm setiap hari takut lupa..

Laporan dan keputusan rasmi nanti masa temujanji klinik pediatrik pada 28.2.2016.


No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com