INSYA ALLAH NASI KERABU EXPRESS KETEREH BAKAL KE LONDON - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: INSYA ALLAH NASI KERABU EXPRESS KETEREH BAKAL KE LONDON

Saturday, April 16, 2016

INSYA ALLAH NASI KERABU EXPRESS KETEREH BAKAL KE LONDON

Ya Allah, tak tergambar perasaan teruja apabila seseorang wasap katanya berminat dengan nasi kerabu express. Bukan calang-calang tempat.  London! Berminat nak jual nasi kerabu express kat sana dalam bulan puasa ni.  Mudah-mudahan orang Malaysia yang bermastautin di London dapat menghilangkan kerinduan pada nasi kerabu.

Dapat customer dari negara jiran iaitu Brunei pun dah rasa macam berada di taman syurga. Inikan pula London. Namun yang menjadi halangannya, ialah postage. Huwaaaa nak menangis apabila tengok kos postage. Katànya pernah pos baràng seberat 2 kg pun dah mencecah RM200.00. Inikan pula berpuluh puluh kg. Kos pos melalui laut murah sikit. Tapi yang menjadi masalahnya, 3@4 bulan baru sampai.  Alahai kempunan nak tengok orang London makan nasi kerabu express Ketereh.

Nanti ada kelapangan yang tidak mengganggu waktu kerja, nak pergi ke pejabat pos dan lain-lain perkhidmatan pos. Nak survey dulu kata orang. Sekarang ni tanya pakcik google je dulu. 

Mudah-mudahan ada jalan dan dipermudahkan urusan pengeposan nasi kerabu express. Mudah-mudahan orang London tetap boleh makan nasi kerabu express. Hanya doa kepada Allah yang dapat ku titipkan. 

Bukan keuntungan yang berlipat ganda yang saya impikan. Hanya punya impian agar Nasi Kerabu Express Ketereh berjaya sampai ke oversea. Melintasi laut menuju ke negara yang di mana ramai rakyat Malaysia rindukan nasi kerabu. 

0133703161

#NasiKerabuExpressKetereh
#London
#AgentOversea





No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com