CERITA SOTONG - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: CERITA SOTONG

Saturday, July 18, 2020

CERITA SOTONG

Pada suatu hari, che kak nak beli sotong sebab ada yang mengidam.

Che kak g kedai dekat dataran Kok Lanas sebab kedai tu femes juga. Banyak pilihan ikan dan makanan laut. 

Che kak sampai kat kedai tu, ada ore mudo masih duk punggah ikan2 dalam tong ke atas tempat jualan.

Che kak intai2 dlm tong dan nampak sotong. Jadi che kak tunggu je la sebab sotong masih dalam tong.

Pinjam gambar google
           

15 minit berlalu, che kak bagitau kat pakcik kopiah yang che kak nak sotong sekilo. Tak dilayan wakkk. 3 kali che kak habaq tau. Malas benor dia nak ambik sotong dalam tong.

Che kak bagitau kat orang muda, dia kata nanti dia susun atas para. Sejuk sekejap hati ni sebab ada respon. 

Eh eh tiba2 dia start muto terus pergi dgn sotong masih dalam tong kayu  lagi. 

Che kak nak ambik sendiri takut depa marah. Depa pun tak bagitau suruh ambik sendiri masa che kak minta sotong.

Dah frust, che kak minta dgn seorang penjual pompuan pun tak nak layan juga. Nak minta dgn seorang budak pompuan lagi che kak tak harap sebab ada kastemer lain duk tanya harga udang pun tak dilayannya. Muka masam 14 inci.  Baik engko duk dalam bilik je dik daripada tunjuk muncung 14 inci. 

Setengah jam berlalu, oleh sebab che kak nampak air muka masing2 tak ikhlas dan takde tanda2 nak bubuh sutung sekilo untuk che kak, maka che kak angkat kaki je la. Sempat juga doa agar takde orang beli sotong dia 1 tong tu. Gerammm. 

Macam tu la ore melayu nego. Hawo kedai laku gak, tak berapa nok layan ore ni dengan air muka yang ikhlas. 

Memang tobak doh che kak takkan g kedai tu lagi. Diorang ingat tak jatuh miskin setakat tak bubuh sekilo sotong tu. 

Che kak g kedai belakang econjaya. Sejuk juga hati sebab budak jual tanya kak nak apa? 

Nok sotong sekilo dgn ike kembung sekilo, dik.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com