KITA TIDAK BOLEH PILIH SIAPA JADI IBUBAPA KITA - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KITA TIDAK BOLEH PILIH SIAPA JADI IBUBAPA KITA

Saturday, March 20, 2021

KITA TIDAK BOLEH PILIH SIAPA JADI IBUBAPA KITA

 Hari tu nak tengok movie Abe tapi terlelap. So, malam ni tak kira nak tengok jugak.


Abe nama timangan, namanya Ibrahim @Abraham. Lahir dalam keluarga Yahudi dan Muslim Palestin. 


Umur Abe 12 tahun. Minat memasak dan pandai masak dengan cara tersendiri.


Dilema juga la sebab tak tau nak ikut sape. Dia teringin gak nak puasa macam family ayahnya. Pada masa yang sama dia teringin juga nak ikut agama maknya. 


Dah la dilema tak tau nak pilih cara hidup yang mana. 


Che kak geram dan rasa nak pi tampaq datuk neneknya termasuk mak ayahnya. 


Dia minat masak tapi takde support. Terpaksa la dia diam-diam gi belajar memasak dengan seseorang kat restoran. Apa ntah nama, lupa la. Chico kot. 


Hari-hari dia basuh segala periuk belanga dan buang sampah. Bila la nak belajar memasak ni. 


Tapi dia sabar sebab Chico kata tu proses belajar. Akhirnya Chico bagi peluang  memasak. Seronok sangat bila dia dapat masak. 


Bila pecah rahsia, teruk gak Abe kena marah dan denda rampas tepon dan laptop. Pergh denda bisa bikin tak keruan beb. 


Sepatutnya kalau kita dah tahu minat dan kemahirannya, kita kena support. Pengajaran yang dapat, budak akan buat apa sahaja demi minat walaupun terpaksa membelakangkan ibubapa. 


Apabila Chico bagitau Abe adalah seorang tukang masak hebat, baru mak bapak nak buka mata. Selama ni tak nampak sebab asyik bergaduh je dan nak berpisah. 


Abe punye la semangat nak satukan family dengan masakannya. Abe jemput datuk nenek. Macam-macam resepi Abe masak. 


Tapi tu lah. Tok nenek mak ayah duk bergaduhhhhh je depan makanan.


Rasa nak nangis tengok Abe menangis depan oven. Abe dah frust giler. Lari keluar dari rumah pun diorang tak perasan. Ayam belanda hangus baru sedar Abe takde. 


Dah merata tempat cari Abe tapi tak jumpa. Baru lah masing-masing kendur ego. 



Walaupun kita sebagai dewasa dan ada veto untuk menentukan hidupnya, tapi anak-anak perlu mendapat restu untuk buat apa yang dia suka. Tugas kita perlu guide dia supaya dia tak terbabas. 


Asal tak salah hukum alam, sokong sahaja minat dia. 


Ending korang tengok sendiri la.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com