SUMBANGAN - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: SUMBANGAN

Thursday, August 12, 2021

SUMBANGAN

 Ada yang tanya pendapat nak bagi sumbangan macamana, kepada siapa?


Che kak pun tak reti juga nak citer camne.


Cuma che kak nak citer berdasarkan apa yang che kak tahu je la. Takde betul tak de salah dalam memberi pendapat.


Sejujurnya che kak ni kalau 1st time kenal seseorang, memang che kak takde sangka buruk. Terima sahaja apa yang dibagitaunya.


Tapi ,awas. Kalau che kak tahu kena tipu dan tak jujur dengan che kak, memang sampai kiamat ler che kak tak percaya dah.


Berbalik kepada sumbangan.


Nak bagi sumbangan secara peribadi berbeza dengan sumbangan kerajaan.  Bantuan kerajaan ni banyak sop nya sebab melibatkan peruntukan, audit, intergriti dan macama-macam lagi la.


Kalau kita  berhajat nak bagi sumbangan boleh beli barang asas seperti beras,gula, gandum, roti, telur, kicap, susu anak. Atau ubat gigi, sabun, pampers, tuala wanita.


Takde la wajib beli seperti list di atas. Ni antara contoh. Boleh beli mengikut keperluan harian.


Biasanya rakyat miskin tegar ni dah biasa dapat sumbangan dan bantuan dari pelbagai pihak. Golongan ni dah lali hidup susah tak kira masa pkp atau tidak. Bagi la bantuan apa pun, begitulah hidup mereka.


Biasanya faktor yang menyebabkan mereka kekal dengan miskin tegar ni sebab terlibat dengan dadah, tanggungan ramai, peluang kerja terhad, gaji kecik, nak cakap malas kan takut kena kecam pula.


Berbeza dengan golongan M40 yang tiba-jadi bertukar jadi miskin dan mudah miskin. Simpanan pun mungkin dah habis. 


Nak minta bantuan pastilah malu. Sebab orang akan judge macam-macam.


Andai kata boleh jual harta benda pun, tentulah ambil masa untuk settle.  Setakat nak bagi sumbangan makan minum apa la salahnya. Tak perlu nak tuduh mereka ambil kesempatan. Anggap la macam kita selalu bertukar juadah dengan jiran dan kawan.


Biasanya ketua kampung yang lebih kenal dengan anak mukimnya.  Ngo, sukarelawan, agensi kerajaan tak kenal. 


Berbalik kepada penerima sumbangan pula. Apabila dah terima sumbangan, ucaplah terima kasih sahaja pemberi.


Jangan demand nak tepung cap emas la, bihun cap serban la. Terima sahaja apa yang orang bagi. Kalau tak nak, bagi kat orang lain pula yang lebih memerlukan 


Sebab nanti orang akan fedup dah nak bantu. Ye la demand mengalahkan macam beli dengan duit korang pulak.


Nak jujur ke tak nak jujur ke terpulang la. Benda nak jadi darah daging korang dan anak bini korang juga.  Kata tak dapat sumbangan. Tapi bila selak langsir bilik, tu diaaa penuh stok berbulan-bulan. Jangan tamak. 


Sebaik-baiknya kita kenal pasti dulu ahli keluarga kita yang susah sebelum bantu orang lain.  Kenalpasti dulu jiran-jiran kita yang lebih memerlukan barang makanan.  


Kadang kala Allah bukan nak uji orang susah tapi Allah nak uji kita yang senang dan ada pangkat ni. 


No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com