REVIEW AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: REVIEW AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA

Sunday, September 4, 2022

REVIEW AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA

 Che kak suka cerita perang. Semua che kak sapu tengok. Citer perang zaman dinasti ke, omputeh ke, jepun ke, korea ke semua che kak tengok. Best tak best belakang kira. 


Tapi bila Air Force The Movie: Selagi Bernyawa bakal ditayangkan, che kak membuak-buak rasa nak tengok. Citer melayu cintan cintun anak kaya jutawan projek juta-juta kahwin anak orang miskin kita letak jauh-jauh🤪.


Rasa tak boleh nak sabar nak tunggu ditayangkan kat astro😆.  Tengok kat pawagam tak sama dengan tengok kat tv. Feeling lain-lain.😆. Tengok kat umah kan ada suami yang suruh buat air la, goreng keropok la🤪. Anak suruh ajar matematik la. Tak fokus. Hangin satu badan nanti. Tak pasal jadi isteri derhaka tak bau syurga😁😆🤪.


Semalam, alang-alang nak gi melawat anakanda Abang Aiman, che kak sekeluarga singgah tengok kat KTCC Mall.  Kebetulan abang aiman ada program. So, layan movie la dulu.


Kesimpulannya, memang berbaloi laburkan duit beli tiket. Terpaksa che kak puasa sebulan tak melawat watson🤪.




Sekali sekala kita support industri perfileman tanahair kita. Bukan mudah depa nak buat filem perang macam ni. Kalau kutipan tinggi, depa lagi bersemangat nak buat filem yang bagus.


Che kak yakin mesti best dan berkualiti movie ni sebab ni imej TUDM kot. Mestilah depa dah tapis setapisnya sebelum dibenarkan membuat penggambaran.


Sebelum tu, che kak tak baca review sebab nak tengok dengan mata hati che kak sendiri tanpa dipengaruhi oleh pandangan sesiapa sahaja.


Che kak tak reti juga nak review sebab penilaian bergantung pada pandangan mata dan hati kita juga. 


Movie ni nampak realistik walaupun negara Namburi hanya ciptaan semata-mata. Nampak hidup macam suasana perang sungguh. Peralatan , jet, plot, jalan cerita, pasukan tentera dan tempat nampak real sangat.  


Banyak aksi perang. Ye la, dah nama citer perang, mesti la nak tengok aksi tembak menembak, bom, jet pesawat, askar-askar yang gagah perkasa. Ada la sikit je kisah sweet-sweet. 


Dari segi watak pun sangat sesuai walaupun  ada kalangan pelakon yang che kak tak kenal. Nasib baik depa tak letak pelakon muka jambu.😆. Askar kot. Mestilah kena pilih pelakon yang rupanya macam askar. 


Nama watak pun best. Mantis, Lejen, Rock, Hujan, Tuai, Gaban, Paco, Cyper, Spoon. Agaknya nama rahsia kot🤔.


Watak wartawan dokumentari yang ikut misi bantuan kemanusiaan tu memang che kak rasa annoying memula tu. Kiranya menjadi la dia bawa watak tu kan😁. Natrah nama watak tu. 


Dari segi penerapan nilai-nilai murni pun sangat baik. Walaupun ego dan bergaduh secara peribadi, namun apabila diamanahkan tugas mereka sanggup ketepikan ego masing-masing.  


Lagi satu, mereka bertindak berdasarkan arahan ketua. Bukannya macam kita. Suruh hantar penyata bayaran jam 10.00 pagi, pukul 5.00 petang baru terhegeh-hegeh nak hantar🤪. (Jangan marah naa gurau je).


Watak matno sebagai jurukamera pun nampak hidup. 


Cuma che kak tak faham, kenapa Paco yang ada isu psikologi tak leh kawal perasaan bersalah atas kematian anaknya, dibenarkan mengikuti misi kemanusiaan juga? 🤔


Kalau korang pernah tengok Tears Of The Sun, haaa lebih kurang macam tu laaa citernya. Sebab masa pertengahan citer ni, eh tiber terlintas "macam pernah tengok je jalan cerita ni"😆.




No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com