BERGADUH BALIK KAMPUNG? - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: BERGADUH BALIK KAMPUNG?

Thursday, April 18, 2024

BERGADUH BALIK KAMPUNG?

 21 tahun dah che kak beraya di rumah umi papa suami terlebih dahulu. Permintaan suami sejak awal kahwin dulu.

Takpelah sekurangnya boleh buat modal air mata kalau suami nak tambah cawangan tanpa persetujuanku.


Carilah isteri yang boleh beraya macam saya tanpa gilir, kalau tak saya akan gi beraya kat New Zealand beraya kat ladang lembu.


Lagipun selepas solat raya masih boleh beraya dengan ma dan adik adik yang balik kampung termasuk si bongsu.

Tunggu pengumuman dulu malam ni, baru kita chow balik ke kampung di hulu.




Hari ni dapat cuti peristiwa (9.4.2024), bolehlah ambik peluang kemas rumah dulu.

Nak masak rendang malas la pula sebab daun kunyit dah layu macam warna kayu. Nyesal tak beli masa gi mydin hari tu.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com