ANEMIA SEMASA HAMIL - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: ANEMIA SEMASA HAMIL

Monday, May 12, 2014

ANEMIA SEMASA HAMIL



Assalamualaikum....
Apa khabar semua.. Doa Kak Za agar ibu-ibu dan anak-anak sihat walafiat..

Pengalaman hamil terutama hamil anak sulung membuatkan semua ibu teruja.. 

Selepas 2 minggu kahwin, Kak Za tinggal berjauhan dengan suami.. kata orang PJJ (perkahwinan jarak jauh).. Kak Za kerja kat KL. Suami pula kerja kat Melaka. Setiap minggu Kak Za naik bas ulang alik ke Melaka.

Kak Za ingat lagi, masa tu Kak Za pergi kursus @ bengkel Akta-Akta Jabatan kat Ipoh, Perak. Tumpang kereta Kak Marina. Kak Marina bawa ibu dan baby. Maklum la baby Kak Marina full breastfeeding.

Boleh pulak ibu Kak Marina cakap “Liza, kau ni mengandung”..
Terkejut tau.. Punyer la Kak Za tak mengaku....Hehe...  Singgah kat rumah saudara Kak Marina. Masa tu musim durian.. Punyer la banyak Kak Za melantak duah durian.. Hehe.. Free katakan.. Tapi, ibu Kak Marina ‘marah’ tau.. “Liza, bukan makcik tak nak kasi kau makan, tapi kesian kat baby tu.. Kau tu mengandung”..
         
Selepas Kak Za cek UPT di klinik, ‘automatik’ Kak Za alahan. Walhal masa tak tahu pregnant tu ok je. Ngada-ngada!! Masuk waktu petang je, mesti Kak Za rasa ‘mabuk’, muntah-muntah, tak boleh bau masakan , benda wangi dan macam-macam la. Alahan sampai ke pagi. Bila azan Subuh je, automatik rasa sihat dan tak de alahan. Pelik kan... Orang biasanya morning sickness. Kak Za ni kategori ape hah?

Kak Za check up di Klinik Ibu dan Kanak-Kanak kat KL. Memandangkan Kak Za ada sejarah perubatan (operation jantung tahun 1990),  pihak klinik rujuk kat Hospital Kuala Lumpur. Maka bermulalah episod ‘tekanan’.  Setiap kali temujanji check up, Kak Za akan pergi seawal pukul 7 pagi. Pukul 3.00 petang baru selesai jumpa doktor. Walhal jumpa doktor tak sampai 5 minit pun. Tapi demi memastikan kandungan sihat, Kak Za sabar.  

Semasa kandungan masuk lapan bulan, Kak Za rasa lemah. Tak boleh dah nak buat kerja kat opis.  Letih giler. Nak pegang pen pun tak larat. Sakit kepala berdenyut-denyut, pening dan rasa macam nak pitam pun ada. Kak Za pun cuti selama seminggu. Kononnya mungkin penat sangat. Lagipun dah sarat.   Habis cuti, Kak Za balik KL semula. Tapi masih lagi rasa lemah tubuh badan.

Kak Za pergi hospital untuk temujanji check up. (orang kampung kata cek perut).  Doktor kata Kak Za nampak pucat dan lemah. Dia suruh Kak Za admitt ward. Tapi Kak Za tak nak masuk wad HKL. Kak Za tak de sesiapa kat KL. Kesian pula kat suami nak ulang alik dari Melaka. Kak Za merayu supaya dapat admitt ward hospital kat kampung. (Kelantan). Sebenarnya doktor tak kasi sebab risiko sepanjang perjalanan ke Kelantan. Selepas puas pujuk doktor, akhirnya doktor kasi  juga. Sepanjang perjalanan balik Kelantan, memang Kak Za pening dan muntah-muntah. Tak tahu berapa kali berhenti kat tepi jalan. Sampai kat Kelantan, maka, ‘bermalamlah’ kat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Selepas ambil ujian darah, terkejut apabila doktor kasi tau HB amat rendah. Bacaan 7 g/dl (gram per deciliter). Maka 2 pain darah ‘disalurkan’ ke dalam urat darah Kak Za.  Huhu.. Nasib baik ada bekalan darah. ANEMIA!!!

Soalan pertama doktor, kenapa tak makan vitamin???? Kak Za kata tak tau kena makan vitamin. Kak Za siap tanya kat doktor, vitamin kena beli kat mana?

Doktor tak percaya kak Za tak pernah dapat bekalan vitamin dari HKL. Serius!!! Kak Za tak tipu.  Mungkin pihak hospital terlepas pandang. Maklum la masa tu ramai nurse pelatih. Kak Za tak de la nak salahkan pihak hospital.  Kak Za pun tak tahu pula betapa pentingnya vitamin untuk ibu mengandung.

Doktor kata, kalau lambat dapatkan rawatan, risiko dan komplikasi tinggi tau.  Kesian kat baby takut tak dapat bekalan oksigen. Kalau kurang oksigen, perkembangan baby akan terbantut, dan mungkin lahir baby pramatang.  Kematian baby pun boleh jadi juga. Ibu semasa nak bersalin pun akan alami kurang tenaga dan banyak lagi la komplikasi.

Sebulan Kak Za duduk kat wad. Boring giler. Kebetulan pula, ramai doktor pelatih. Penat ooo jadi mangsa kajian dan praktikal doktor pelatih ni. Tapi, Kak Za tetap memberi kerjasama kat doktor pelatih. Ye lah kan.. diorang kan mencari ilmu untuk tolong pesakit juga.  Lagipun suka tengok doktor muda yang kiut miut. Dah la bijak pandai. Comel-comel je.

Kesimpulannya, ibu-ibu hamil kena makan vitamin dan jaga pemakanan.  





 


No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com