Komplikasi diabetes semasa hamil - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: Komplikasi diabetes semasa hamil

Monday, May 5, 2014

Komplikasi diabetes semasa hamil




Assalamualaikum.. 

Selamat petang kepada pembaca blog Kak Za.. Harap-harap sudi-sudilah menjenguk blog Kak Za ye.. 

Ada kisah benar nak Kak Za kongsikan kat sini.. 

10 tahun lalu, Kak Za ada handle satu kes kemasukan baby ke rumah kebajikan.. Masa tu Kak Za kerja di JKMWPKL..  Dapat ’borang’ dari hospital dan terus Kak Za ke hospital tersebut. Kes kanak-kanak tak boleh tangguh-tangguh tau.. 

Pada mulanya Kak Za hairan kenapa parent dia tak nak jaga dia..

Apabila Kak Za lihat baby tersebut, menitis air mata Kak Za.. Sebak... Dan hampir-hampir  menangis.. 

Namun Kak Za kuatkan hati dan perasaan keibuan..

Nama, latarbelakang, kaum, sosial dan ekonomi keluarga terpaksa Kak Za rahsiakan atas 
sebab prinsip kerja sosial..

Ibunya mengidap kencing manis kronik dan darah tinggi..

Nak tahu apa yang terjadi pada baby tu?

Tuhan Maha Kuasa.. Pasti ada hikmah disebalik kejadian tu yang kita tak nampak sekarang ni..

Tabahnya baby tu..

Sebelah cuping telinga tiada.. Lubang telinga tiada..

Tulang punggung tiada.. 

Lelangit rosak teruk.. Sukar untuk minum susu secara normal..

Kedua kaki bengkok..

Cukup! Kak Za tak mampu nak mengingat kembali kekurangan baby tu..

Sampai sekarang Kak Za teringat dia kerana dia sebaya anak sulung Kak Za.




No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com