KAK ZA DAN JKM - part 2 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KAK ZA DAN JKM - part 2

Monday, September 8, 2014

KAK ZA DAN JKM - part 2

Masa begitu pantas berlalu. Rupa-rupanya dah 12 tahun Kak Za menyulam suka duka dengan JKM. Kak Za tetap anggap masih baru dalam alam pekerjaan ni. Banyak lagi Kak Za kena belajar. JKM sentiasa ada pembaharuan. Tak terkejar rasanya. Tapi Kak Za tetap  sayangkan JKM. Jatuh bangun Kak Za di sini.

2 tahun lebih di JKMWPKL dan 8 tahun di PKMJ Pasir Mas. Kini dah 1 1/2  tahun Kak Za di PKMJ Pasir Puteh.

JKMWPKL...
Kak Za sempat berkhidmat di Bahagian Perkhidmatan Bantuan. Mula-mula tu memang bersemangat la nak pergi siasat kes permohonan bantuan. Masih segar dalam memori Kak Za. Masa tu Kak Za mengandung 7 bulan. Kak Za pergi kat flat Jalan Pekeliling.. Jalan kaki je. Ada la jalan short cut.. Sampai kat sana... Alamak! Lif rosak pulak..

Kak Za menapak juga la naik kat tingkat 15. Fuh! Penat giler. Dah selesai siasatan; Kak Za menapak turun pulak.. 15 tingkat wei..

Dah puas pusing-pusing area Flat Pekeliling; Kak Za balik kat ofis. Penat giler.. Akhirnya tertidur kat surau pejabat.

Ada lagi kenangan yang tak dapat Kak Za lupakan. Kak Za naik teksi untuk keluar siasat kes permohonan bantuan. Bawa RM50.00. Ingatkan cukup untuk tambang. Tak sangka pula tengah jem pada masa tu. Mak ai!

Akhirnya meter teksi mencecah RM45.00. Baki RM5.00 beb.. Mana cukup nak tambang balik. Nak naik bas tak de bas la pulak area tu. Macamana Kak Za balik? Hehe.. Rahsia..

Kadang kala apabila ada bencana seperti kebakaran; ribut; banjir kilat dan sebagainya; maka Kak Za dengan semangatnya tetap turun berkhidmat. Walaupun jam 2.00 pagi. Bangun tidur tu basuh muka dan gosok gigi je la. Tak de la nak mandi bagai. Seperti biasa Kak Za naik cab je. Takut juga la wei. Tapi demi tugas terpaksa jua tempuhi rimba kota pada waktu tengah malam atau dinihari. Kadang kala tumpang kenderaan PBSM.
Ala.. Tugas JKM cuma ambil maklumat pendaftaran mangsa, kasi kit bantuan bencana, uruskan bekalan makan minum dengan pembekal, kasi kaunseling dan sebagainya lah.

Dah selesai urusan mangsa bencana, Kak Za balik untuk bersiap-siap ke pejabat pula. Tak de la istilah nak tidur dulu ke, masuk lewat ke.. Ye lah.. Nak siapkan report pulak.

Antara tugas yang mencabar juga apabila layan kes terdampar. Pergh. Boleh dikatakan setiap minggu ada kes macam ni.  Selepas selesai temubual dan siasatan kes terdampar ni, Kak Za akan uruskan waran tiket, duit poket untuk makan minum sepanjang perjalanan pulang. Duit tu Kak Za minta dengan CC la.. Hehe.. Mana CC dapatkan duit tu? Hmmm kena tanya CC lah..

Setiap hujung minggu atau hujung bulan akan ada operasi bersepadu atau operasi jabatan. Biasanya pukul 11.00 malam hingga 6.00 pagi. Kalau ada pengemis atau kutu rayau maka kami angkut la. Tumpang lori DBKL..

Lain-lain jabatan seperti kastam, DBKL, JAWI, Imigresen dan banyak lagi la. Masing2 jalankan tanggungjawab operasi. Kitorang ikut juga tapi tak kacau la kerja diorang.

Paling menarik apabila Jawi wat operasi tangkap khalwat kat hotel dan mak nyah. Comel2 mak nyah tau.  Pernah la tengok mak nyah menangis tak nak naik lori DBKL.

Habis operasi pukul 6.00 pagi, balik rumah dan terus bersiap untuk ke ofis. Pagi-pagi lagi Bahagian Perkhidmatan  Warga Tua kena bawa kes kutu rayau dan pengemis ke mahkamah majistret untuk dapatkan perintah sementara penempatan.

Penat.. Tapi hati tetap suka dengan tugas-tugas ni.

Genap setahun, Kak Za kena tukar bahagian Perkhidmatan Kanak-Kanak dan Keluarga pula. Jalankan tugas sebagai Pelindung. Apa tu pelindung?

Ok..next time Kak Za cerita pulak ye..

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com