KAK ZA DAN JKM -part 3 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KAK ZA DAN JKM -part 3

Tuesday, September 9, 2014

KAK ZA DAN JKM -part 3



Assalamualaikum..
Hari ni Kak Za nak sambung cerita tentang tugas Kak Za sebagai Pelindung Kanak-Kanak. Selepas dapat surat pertukaran bahagian pada tahun 2004, Kak Za terus pindah meja. Bangunan sama je. Cuma meja je yang lain.  Kak Za happy sangat sebab dikelilingi orang yang hebat dalam bidang akta Kanak-Kanak 2001. Puan Jaleha, Puan Jamaeah, En. Zulkamal, En. Tajudin antara insan yang cukup hebat dengan aura positif. Harap-harap aura positif mereka melekat kat Kak Za. 

Untuk jadi Pelindung, kena gezet sebagai Pelindung di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.  Ada la nombor gezet tu. Sebelum Kak Za wat kes, Kak Za ikut Puan Jamaeah ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Kuala Lumpur.  Untuk proses pembelajaran la. Kak Za tengok macamana Puan Jamaeah handle kes penderaan. Fuh! Ada majistret, 2 orang penasihat, jurubahasa, polis mahkamah, dan kanak-kanak mangsa penderaan.  Mahkamah Bagi Kanak-Kanak adalah tertutup. Hanya individu tertentu sahaja yang boleh masuk bersidang. 

Keesokannya, Kak Za menapak satu bandar KL nak beli blazer. Kena pakai blazer hitam semasa perbicaraan kes di mahkamah walaupun Pelindung bukan lawyer. Puas la Kak Za mencari yang murah dan selesa. Semuanya harga melebihi RM300.00. Alamak, bukan tak boleh claim blezer, tapi tak de modal sangat masa tu.  Akhirnya jumpa juga blazer hitam yang Kak Za berkenan kat Semua House. Harga pun tak sampai RM100.00. 

Boleh dikatakan setiap hari terdapat kes penderaan. Penderaan ni meliputi penderaan fizikal, seksual, emosi, pengabaian dan sebagainya. Biasanya rujukan daripada hospital, TELEDERA, orang awam, akhbar, keluarga dan lain-lain. Pendek kata, Pelindung kena bersedia mental dan fizikal apabila handle kes-kes ni. Semua kes penderaan kena siasat dalam tempoh 24 jam.  Selepas dapat rujukan kes, terus ke tempat kejadian atau jumpa dengan mangsa dan keluarga. Selepas tu bawa ke hospital untuk medical report dan proses seterusnya.

Kak Za tak nak cerita tentang proses pengurusan kes sebab takut salah etika pulak. Maklum la, rahsia kerajaan. Hehe.  Kak Za pernah kena tegur oleh Tuan Pengarah (Mr. Pillay) atas sebab-sebab tertentu.  Menggigil kepala lutut apabila mengadap Tuan Pengarah. Kak Za terharu sebab Tuan Pengarah tegur dengan lembut budi bahasa. Sebagai orang baru setahun jagung, tentulah ada salah silap Kak Za dalam menjalankan tugas dan amanah.  Kak Za tak boleh la dengar orang marah-marah Kak Za. Kak Za boleh terima teguran dan kritikan yang membina. 

Buku-buku akta sentiasa di depan mata untuk dijadikan rujukan dan panduan. Kak Za tetap minta khidmat nasihat dengan otai-otai Bahagian Kanak-Kanak ni. Kalau otai-otai sibuk, kak Za akan call Pengarah Bahagian di ibupejabat. Pada zaman Kak Za, Puan Siti Darmawan lah tempat rujukan. Mahkamah dah jadi pejabat kedua Kak Za. Rumah Kanak-Kanak Cheras juga sentiasa dikunjungi.

Kerap juga apabila Kak Za nak punch card balik, ada pula panggilan telefon mengenai kes penderaan. Terpaksa la pergi ke tempat kejadian.  Jarang benar Kak Za dapat balik ke rumah tepat pada masanya.  Itu belum lagi dapat panggilan tengah-tengah malam. Macam biasa la. Gosok gigi, basuh muka, salin pakaian, terus tahan teksi. Kalau ada staf lain, boleh tumpang kereta sekali. 

Bukan senang nak selamatkan satu-satu kes.  Antara kes yang segar dalam ingatan Kak Za ialah bayi 2 tahun yang disahkan HIV.  Dia dahagakan kasih sayang ibu. Dia menangis semasa ‘berpisah’ dengan Kak Za. Semasa tunggu kes mahkamah bersidang, bayi ni berak pula. Ya Allah, bayangkan budak HIV yang penuh dengan luka. 

Pendek kata dah kering air mata Kak Za selepas selesai satu-satu kes.  

Memandangkan semua Pelindung jarang-jarang ada di pejabat sebab semua keluar siasat kes, ke mahkamah, RKK dan sebagainya, maka Boss Kak Za menstruktur semula tugas-tugas bahagian.  Kak Za kena wat kes-kes anak angkat je. Anak angkat ni ada 2 akta. Akta Pendaftaran Pengangkatan dan Akta Pengangkatan. 

Akta Pendaftaran Pengangkatan digunapakai untuk semua pemohon muslim dan bukan muslim.  Kak Za kena wat laporan sosial untuk ‘diangkat’ ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).  

Manakala Akta Pengangkatan digunapakai untuk non muslim sahaja. Pemohon memohon melalui Mahkamah Sesyen dan akan ‘pasang’ lawyer.  Setiap hari Sabtu, Kak Za akan ke Mahkamah Sesyen untuk sebutan kes. Kami kena wat Laporan Guardian Ad Litem.  Mat-mat salleh pun ramai juga yang memohon anak angkat.  Kak Za ni pemalu. Tambah pula dengan tak pandai speaking. Pejabat kedutaan, kondominium mewah , perumahan elit adalah tempat Kak Za selalu tuju.  Jumpa dengan orang kedutaan membuatkan Kak Za rasa macam duduk luar negara. Pernah tau Kak Za kasitau sama dengan Kedutaan Mexico. Kak Za kata tak pandai speaking. Dia kata dulu pun dia tak pandai speaking juga. Dia kata kita sama-sama belajar ye.. Hehehe... Paling best dapat jumpa model zaman 90 an dulu. Wah.. cantiknya diaaaa.... Terkejut dia apabila Kak Za tau dia model. Sebab dia dah tak aktif dalam bidang modelling dah. Tu yang dia terkejut tu. Kena pula ‘muslimah’ yang tegur. 

Paling Kak Za tak leh lupakan, ada satu kondo mewah yang bernilai jutaan ringgit. Dari pintu pagar, pintu lif, pintu rumah, pintu bilik semuanya kena pakai kad. So, terpaksa lah Kak Za kena wat temujanji dulu sebelum ke rumah pemohon. Barang-barang dalam rumah semuanya bernilai pulihan ribu ringgit. Kak Za tertukar bilik tidur dengan bilik mandi. Fullamak.. Betul-betul macam dalam cerita omputeh dalam tv tu. Kadang kala, merasa naik kereta mewah.  Ye lah kan, nak pergi ke rumah diorang, kena temujanji kat mana-mana dulu. Selalunya, LRT la tempat pertemuan.  Ada juga mat-mat salleh ni kasi duit tambang, tapi Kak Za tolak dan Kak Za kata, Kak Za boleh claim TNT dengan jabatan. 

Selain itu, ada juga kes permohonan anak pelihara dengan jabatan. Untuk status anak pelihara, sebelum diangkat sebagai anak angkat mengikut akta, ianya dipanggil anak pelihara. Biasanya pemohon memilih bayi, yang comel, putih melepak dan jantina lelaki. Adoi..  Keutamaan kepada pasangan yang sukar dapat anak.  Tetapi pemohon tak boleh nak mengharapkan sangat sebab status anak yang diingini sukar diperolehi. Semuanya bergantung kepada kanak-kanak di rumah kebajikan. Dan tak semua kanak-kanak di rumah kebajikan boleh dijadikan anak angkat. Bergantung kepada seksyen berapa yang diorang masuk ke rumah kebajikan tu.

Antara tugas di bahagian ni adalah kes-kes keganasan rumah tangga. Mak ai. Semua mangsa keganasan rumah tangga ni bukan calang-calang orang tau. Ada yang jurutera, arkitek, pendek kata golongan profesional tau. Fuh! Kami kena ‘teman’ mangsa untuk dapatkan Interim Protection Order (IPO). Tu pun selepas melalui proses dengan pihak polis.  Yang mana tak de tempat tinggal, kami akan dapatkan tempat perlindungan sementara. Kes-kes macam ni pun tak kira masa dan waktu. Kena bersedia mental dan fizikal juga. Itu belum lagi dapat ugutan daripada pihak pemangsa. Sekiranya pemohon dah melalui proses dengan pihak mahkamah syariah, maka kami akan galakkan pemohon memohon perintah perlindungan dengan pihak mahkamah syariah. Sebab mahkamah syariah ada enakmen dia sendiri. Lebih kurang macam IPO juga.  Kes-kes macam ni pun boleh dikatakan setiap minggu/bulan ada tau. 


Kak Za masih ingat lagi. Pada suatu hari, Puan Siti Darmawan dari HQ call, dia suruh datang ke HQ untuk ambil format laporan. Sebab ada 2 kes dari luar negara yang kami kena handle. Kes dari Amerika Syarikat@Australia (lupe dah negara mana) dan Thailand. Fuh! Laporan bahasa inggeris tu ditulis oleh Puan Jamaeah. 

Walaupun hanya setahun Kak Za duk bahagian ni, namun pengalaman cukup bererti. Kes mencurah-curah setiap hari. Tapi Kak Za tetap lalui dengan senang hati. 

16.2.2005, Kak Za selamat bertugas di PKMJ Pasir Mas.  Bye2 KL. Lain entry, Kak Za akan cerita pengalaman di Pasir Mas pula ye.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com