Kisah banjir Kuala Krai - coretan Kak Za - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: Kisah banjir Kuala Krai - coretan Kak Za

Sunday, December 28, 2014

Kisah banjir Kuala Krai - coretan Kak Za



27.12.2014...Kisah banjir Kuala Krai lagi ni. Hari keempat bencana banjir di Kuala Krai. Kali ni Kak Za nak cerita kisah seorang suami yang menyelamatkan isterinya. Memang syahdu dengar cerita Abe Man. Alkisahnya, semalam boss ada bagitau yang abang iparnya nak pergi ambil ahli keluarga yang terkandas di bukit. 

Semalam Kak Za bermalam di ofis. Tapi pagi ni Kak Za balik rumah jap sebab nak ambil pakaian. Dah habis stok pakaian kat ofis. Rupanya pagi tadi, boss dan pemandu, abe Man pergi ke Kuala Krai. Pada awalnya mereka pergi hanya untuk hantar bekalan makanan di Machang. Alang-alang tu, mereka ke Kuala Krai.  Abe Man nak pergi ambil isterinya yang terkandas di bangunan Wisma. Katanya sedih dia melihat keadaan isterinya. Memang trauma dan keletihan yang teramat. Isterinya bertugas di Klinik Chenulang.  Sehelai sepinggang. 

Abe Man pergi jenguk suami dan anak-anak Kak Za di Masjid Guchil, tapi tak jumpa. Tapi, takpelah. Belum rezeki lagi Kak Za nak jumpa dengan anak-anak. Ada hikmah yang tersirat. Kak Za terharu juga la sebab boss dan abe Man sudi bantu Kak Za. 

Dari perumahan polis tu (destinasi yang boleh dilalui dengan kereta), abe Man naik bot tentera. Sepanjang perjalanan ke Wisma, abe Man terpaksa bertukar bot sebanyak 4 kali.  Macam-macam yang dia tengok atas permukaan air. Baunya, Masya Allah. Erk.. Kak Za takut nak taip la..

Katanya, ramai sangat mangsa di wisma. Kadang kala sekampit beras sahaja yang sampai di wisma. Betapa sukar untuk menghantar bekalan di wisma pada awal kejadian banjir. Tapi sekarang ni banyak dah bekalan makanan daripada pelbagai sumber. 

Kata abe Man, mangsa di Masjid Guchil  takde masalah dari segi makanan. Ada tok siak masjid yang menguruskan keperluan makan minum mangsa. Cukup atau tidak, tak pasti pula. 

Abe Man bagi panduan sekiranya ingin keluar dari Kuala Krai. Doakan agar misi ingin keluarkan ahli keluarga Kak Za esok berjaya. 

Malam ni, Kak Za dapat dengar suara suami. Pinjam telefon tok siak. Terima kasih tok siak. Pok Jak namanya. Ya Allah. Rindunya dengar suara suami walaupun sekejap. Tak leh nak darling-darling la wei.
HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com