ANTARA CITA-CITA DAN CINTA - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: ANTARA CITA-CITA DAN CINTA

Saturday, January 19, 2019

ANTARA CITA-CITA DAN CINTA

KEJAR CITA-CITA JANGAN SAMPAI ADA YANG TERKORBAN JIWA

Cita-cita che kak nak jadi ustazah tentera atau KAGAT. Suka betul tengok uniform KAGAT. Dapat A1 dalam subjek Pendidikan Quran Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiyyah dan Bahasa Arab Tinggi masa SPM 1997 membuatkan hati che kak berbunga-bunga nak sambung belajar kat Nilam Puri atau Jordan.


Tapi rezeki che kak dapat sambung belajar Diploma Pembangunan Manusia UPM selama 2 tahun setengah.  Budak sekolah arab belajar subjek ala-ala sains dan kemanusiaan. Semester pertama memang jatuh teruk. Pointer 1.7 aje. Nasib baik tak kena tendang keluar dari UPM. Hikmahnya dapat jodoh student UPM juga. 😄

Habis je belajar diploma, che kak malas dah nak sambung degree. Isi borang SPA jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat. 4 kali temuduga. Kali keempat baru dapat jawatan tu. Tu pun asbab musabab sehari sebelum temuduga, keluar 1 mukasurat kat Utusan Malaysia tentang peranan dan tanggungjawab Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat. Kiranya rezeki juga la dapat baca dan faham tugas sebenar JKM.

Menyesal pula tak simpan keratan akhbar tu. Dulu mana  pandai nak google apa sahaja maklumat. Sekarang ni senang je. Semuanya di hujung jari. Tinggal malas atau rajin je.

16 tahun kerja JKM, hati dah sayang dan redha dengan kerja ni. Nak berhenti? Setakat ni tak de niat lagi nak berhenti kerja JKM. Melalui kerja ni, che kak dapat jumpa pelbagai aspek kehidupan manusia.

Mudah untuk che kak ambil ikhtibar dan dapat dijadikan teladan dan sempadan dalam meniti hari-hari che kak. Sementara menunggu ke dunia kekal abadi.

Bagaimana dengan cita-cita KAGAT? Kadang kala cita-cita terpaksa kita korbankan apabila melihat wajah anak-anak. Kalau berhenti kerja, belum tentu kita dapat kejar cita-cita kita. Takut yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran pula. Umur dah hampir mencecah 40 tahun, hanya keajaiban sahaja kalau ada mana-mana agensi nak ambil bekerja.

Apabila nak berhenti kerja, pastikan income kita kukuh. Tak kira la sebab nak sambung belajar ke, nak bisnes ke, nak goyang kaki kat rumah je ke. Pokoknya, mesti ada income masuk supaya takde ahli keluarga kita yang teraniaya akibat tindakan kita berhenti kerja.

Nak berhenti kerja kerana nak buat bisnes pun, pastikan hasil bisnes kita stabil dulu.


Kita tak mampu ubah ekonomi dunia, tapi hanya kita yang mampu ubah ekonomi kita sendiri.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com