PERLUKAH BUAT KEBAIKAN DIIRINGI DENGAN DOSA - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: PERLUKAH BUAT KEBAIKAN DIIRINGI DENGAN DOSA

Saturday, January 19, 2019

PERLUKAH BUAT KEBAIKAN DIIRINGI DENGAN DOSA

BUAT 1000 KEBAIKAN TANPA PERLU TAMBAH BAHAN PERENCAH DOSA

Umumnya, kita semua suka buat kebaikan. Dapat banyak ganjaran pahala atas setiap kebaikan yang kita buat.

Tapi sayang seribu kali sayang, kebaikan yang kita buat diiringi dengan kata-kata kecam.

Tak pasal-pasal tambah dosa. Dosa yang akan jadi kategori fitnah, mengumpat, mengadu domba. 

Antara contoh kebaikan yang kita buat turut diiringi dengan kata-kata kecam:

1.  Kita dah berhentikan kereta di bahu jalan sebab nak bagi laluan kenderaan lain. Dapat pahala kerana mempermudahkan urusan. Tapi dia tak angkat tangan sebagai tanda ucapan terima kasih. Kita apa lagi, menyumpah seranah la jawabnya. Betul tak?

Walhal mungkin masa tu fikiran dia tak fokus. Terlupa pada kita yang duk sengih tengok dia lalu. Mungkin duk tengah fikir masalah yang berat. Duk tengah fikir mana nak cari duit bayar yuran anak. 

Duk tengah fikir mana nak cari duit untuk isi minyak dan servis kereta sebab nak balik kampung tengok mak ayah sakit.

Duk tengah fikir cari alasan nak bagitau kat isteri sebab nak kahwin dengan janda anak dua kat kampung sebelah.

2. Kita nampak orang miskin. Kita bagi sedekah. Tolong permudahkan urusan orang miskin. Beli baju sekolah, buku, makanan. Alhamdulillah dapat pahala sedekah. 

Tapi pada masa yang sama, kita kutuk pihak berwajib sebab tak tolong orang miskin. Kononnya tak wat kerja. Apa salahnya buat kebaikan lagi, tolong rujuk ke pihak berwajib untuk diambil tindakan selanjutnya mengikut prosedur bidang masing-masing. 2 pahala kita dapat tau.

3. Kita nampak sampah merata tempat. Kita tolong kutip dan buang dalam tong sampah. Alhamdulillah, ganjaran pahala terlalu mudah untuk dikumpul.

Tapi sayang, kita kutuk majlis daerah tak wat kerja. Walhal mungkin pada masa itu, driver lori sampah sakit demam kepialu. Kena admit ward.

4. Kita juga offer diri nak tolong kawan kononnya. Dapat pahala. Tapi lama-lama kita rasa terbeban pula. Apabila dah rasa terbeban, kita mengadu domba pula kononnya dianiayai.

5. Kita nampak pengemis. Kita bagi sedekah. Kononnya kesian. Sambil kutuk-kutuk masyarakat dan kerajaan tak tolong pengemis.

Walhal, tahukah anda, pihak berwajib dah macam-macan usaha nak banteras  dan bantu selamatkan pengemis. Takut ada sindiket. Yang tetap kaya, adalah ketua sindiket. 

Kesimpulannya, buatlah apa sahaja kebaikan tanpa prejudis. Kumpul ganjaran pahala yang kita tak nampak sekarang ni.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com