ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG? - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG?

Monday, March 4, 2019

ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG?

Che kak ketinggalan keretapi. Rupanya hari ni majlis APC. Tahniah kepada staf JKM yang menerima anugerah pada hari ini.

Apabila kita kenal seseorang dan kita tahu dia adalah seorang pekerja yang bagus, maka kita akan menerima  dengan hati yang lapang.

Berbalik pula dengan kita kenal cara kerjanya yang kurang memuaskan. Eh macam tu pun dapat APC? Eh! Macamana dia boleh dapat APC? Pelbagai persepsi akan timbul.

Penilaian manusia tak sama. Walaupun ada skala untuk permarkahan skt, namun pemikiran seorang penilai tetap tak sama antara satu sama lain.

Walau apa jua pandangan kita terhadap orang yang dirai, berbaliklah kepada konsep rezeki. Kita selalu terlupa konsep rezeki.

Mungkin ada kebaikan mereka yang kita tak tahu dan Allah telah ganti kebaikan mereka dengan anugerah APC. 

Mungkin mereka telah memuliakan ibubapa mereka. Mungkin mereka ikhlas membantu orang miskin. Mungkin mereka banyak bersedekah tanpa kita tahu kebaikan mereka. Mungkin mereka buat baik dengan haiwan dan telah mendoakan mereka.

Mungkin ada insan tersayang mereka telah mendoakan agar mereka dimurahkan rezeki dan Allah telah kabul doa. 

Teringat peristiwa beberapa tahun lepas. Member ofis terpaksa batalkan cuti. Lupa sebab apa kena batalkan cuti. Tapi arahan dari ketua demi kepentingan jabatan.

Lalu isterinya 'marah' dan menulis dalam fb. "Semoga dapat anugerah cemerlang".  Hehehehe. Memang betul Allah telah kabulkan doa isterinya.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com