SALAHKAH BERBAHASA INGGERIS? - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: SALAHKAH BERBAHASA INGGERIS?

Tuesday, October 8, 2019

SALAHKAH BERBAHASA INGGERIS?


Kenapa perlu sindir dan marah pada Maya Karin mengenai isu Bahasa Inggeris. Che kak tak nak komen siapa  yang betul atau siapa yang salah. Terpulang pada pandangan masing-masing.

Che kak cuba bawa kisah diri che kak sebagai seorang budak sekolah. Budak sekolah yang tidak pandai berbahasa inggeris akibat kesilapan yang entah siapa yang patut disalahkan selain diri sendiri.

Zaman che kak sekolah rendah dulu, che kak masih ingat lagi  setiap hari Rabu adalah hari berbahasa inggeris. Wajib speaking walau apa jua situasi.

Pada suatu hari, che kak nak beli pensel di koperasi sekolah. Haderrr berdebar wakkk nak speaking. Malu, segan, takut kena marah. Risau kena ejek.

“I want to buy a pencil’.

Maka che kak dapat la beli sebatang pencil selepas kena paksa dengan guru koperasi. Haha. Lawak betul. Bangga tahap gaban wakkk. Hilang rasa gemuruh nak speaking. Balik dari sekolah, excited cerita kat ma dan ayah. Gayanya macam anak dia pandai speaking dan masuk pertandingan syarahan bahasa inggeris.

Nak speaking ‘london’ ni memang jiwa kena kuat. Kena kental. Kena usaha berlatih bercakap walaupun kita sekadar nak minta nasi dengan mak kita. Kena latih dari anak masih kecil lagi. Kalau dah jadi kanak-kanak purba macam che kak ni, hanya keajaiban je la mampu ubah mulut kita untuk pandai berbahasa.

Semasa berada di Tingkatan Peralihan, che kak duduk di belakang sekali. Che kak tak leh fokus kalau duk kat belakang. Style che kak belajar ialah fokus dalam kelas 300%. Kalau duk belakang, che kak akan hilang tumpuan.

Che kak tak boleh nak belajar dengan cara baca buku tanpa ada guru. Kalau baca buku, ibarat che kak tengok buku zaman kuno dalam tulisan Mesir kuno. Tengok saja je tak faham apa kebenda isi dalam buku.  Che kak kena dengar dan lihat sesuatu ilmu melalui guru.

Dari tingkatan 1 hingga 4, che kak bersekolah di sekolah bawah kelolaan YIK. Guru bahasa inggeris memang jarang kekal mengajar dalam tempoh yang lama. Kadang kala tiada pengganti dalam tempoh yang lama juga.

Ayah che kak beli buku latihan bahasa inggeris keluaran Maktab Adabi Gaya Pos. Ayah che kak juga beli kaset komunikasi bahasa inggeris yang berharga ratusan ringgit. Tapi,  che kak malas nak belajar dengan cara macam tu.

Cara che kak nak belajar mesti ada juga guru yang mengajar, rakan yang sporting dan persekitaran yang mengutamakan berkomunikasi dalam bahasa inggeris.

Che kak pernah cabar diri dengan masuk pertandingan bercerita dalam bahasa inggeris. Tahu tak che kak dapat nombor berapa? Nombor 4 daripada 4 peserta. Hahahaha. Okey la kan daripada tak cuba langsung.

Apabila kita tak pernah berkomunikasi bahasa inggeris, maka tiada lagi keyakinan untuk speaking. Maka che kak meneruskan hidup dengan tiada keyakinan dan kepandaian dalam berbahasa inggeris.

Terasa sangat rugi apabila che kak tidak pandai berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Apabila berada di alam pekerjaan, che kak terasa sangat betapa pentingnya kena pandai berbahasa inggeris.

Semasa che kak bekerja di JKMWPKL, che kak selalu kena jumpa dengan mat salleh warga Mexico la, Amerika la, Australia la. Selalu je kena bawa member jadi tukang translate.  Ruginyaaaa…

Tak jatuh maruah bangsa dan agama apabila kita pandai speaking. Malahan orang asing akan tabik spring kat kita kalau kita mampu berkomunikasi selain dari bahasa ibunda kita.

Semasa che kak aktif jual nasi kerabu express, che kak selalu je dapat order dari luar negara. Apabila dapat pm wasap dan fb dalam bahasa inggeris, che kak usaha juga balas dalam bahasa inggeris. Hasilnya, nasi kerabu express che kak sampai ke USA.

#Teringat cerita mendiang Sri Devi dalam filem English Vinglish.

#pelikbinajaibapabilabergaduhautomatikspeakinglondon

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com