BAPA MERTUA KU - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: BAPA MERTUA KU

Monday, June 21, 2021

BAPA MERTUA KU

 Ni gambar bapa mertua che kak.

Cucu-cucu panggil abi tok.

Anak-anak beliau  panggil papa.

Che kak? Sampai sekarang rasa keras lidah nak  sebut papa. 😁 Lebih suka panggil abi tok je. 


Seorang bapa mertua paling baik. Alhamdulillah rezeki dapat seorang bapa mertua yang baik walaupun che kak ni menantu hantu🀣



Teringat le  kisah suatu hari. 

Abi tok suruh cucunya yang bernama abang Aulia' buatkan  segelas air milo. 


Lepas ucapkan terima kasih, sempat pesan. Nanti abi tok dah tua, Aulia' buat air macam ni ye. 


Eh tiba-tiba mak mertua kata, "kaba etek  kito tu tuo doh. Umur  nok dekat 70  doh".πŸ˜‚


Maka termenung la si abi tok. Tak rasa tua la sebab setiap hari masih gagah buat kerja-kerja walaupun dah lama bersara sebagai  kakitangan pejabat pertanian. 


Che kak teringat sampai sekarang ni. Pada suatu hari che kak menangis teruk juga la sebab teruk kena kutuk dengan seseorang. Puncanya che kak tak hulurkan tangan untuk bersalaman dengan orang kaya. 


Padam muka sekarang ni langsung tak leh nak salam sebab COVID-19. 


Perasan kaya ni nak gi mana kalau setakat tumpang langit Allah. 😁


Tapi Abi tok pujuk che kak dengan lemah lembutnya. Tapi tulah kita duk nangis, mana nak dengar dah beliau pujuk mujuk ni. πŸ˜‚


Banyak lagi la kalau nak citer betapa istimewanya bapa mertua che kak ni. 


Dengan gaji seorang penjawat awam tu la beliau berjaya membesarkan anak-anaknya hingga ada yang sampai Phd. 


Tak reti nak royak sayang kat dia. πŸ’–πŸ’–


#chekakforever

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com