BERDAKWAH DAN DI DAKWAH - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: BERDAKWAH DAN DI DAKWAH

Saturday, October 15, 2022

BERDAKWAH DAN DI DAKWAH

 Apabila kita berdakwah, elakkan sama sekali mention nama seolah-olah dialah terpaling dosa.


Memberi nama contoh yang melanggar hukum Allah tidak akan membuatkan orang tertarik kepada ajaran agama Islam.


Contohnya berdakwah dalam bab menutup aurat.


Dalam memberi teguran, biarlah secara berhikmah. Sakitnya dimalukan lebih teruk dari sakit buat silap.


Teringat satu kisah pada suatu hari, ada seorang warga emas mengherdik kanak-kanak berusia 6 tahun sebab tak pakai tudung. Makcik lebih nampak dosa anak kecil tapi makcik lupa dosa makcik pada anak kecil itu. 


Kesian anak kecil itu. Terkebil-kebil dia menahan malu kena marah di khalayak sepupu-sepupunya.


Namun begitu, apabila kita kena tegur, janganlah kita mudah melenting. Walaupun belum sampai seru untuk menutup aurat dengan sempurna, terima sahaja teguran dengan hati yang lapang.


Pendakwah menjalankan tugas dan amanahnya sebagai orang yang mempunyai ilmu agama. 


Janganlah kita beranggapan 'nak jadi diri sendiri' maka kita abaikan perintah Allah. 


Bayangkan kalau kita berada di dalam majlis formal yang dihadiri orang kenamaan, maka kita pun kentut sesuka hati sebab 'nak jadi diri sendiri'.




No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com