KUANTAN DALAM KENANGAN - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KUANTAN DALAM KENANGAN

Wednesday, October 5, 2022

KUANTAN DALAM KENANGAN

 Alhamdulillah hari Ahad lepas selesai hantar kes ke RE di Dungun. Memang koyak jiwa mental che kak uruskan kes sebegini. Namun syukur sangat sebab kawan-kawan sangat membantu dan memudahkan urusan. 



Che kak juga dapat pengalaman dan kenangan yang pastinya indah di kenang suatu hari nanti.


Sebaik sahaja selesai uruskan kes, terus ke Kuantan pula untuk berbengkel keesokan harinya.


Pada mulanya blur juga nak discussion pasal apa. Lepas dengar taklimat baru faham. Berbengkel tu perkara no 2 dah. Follow je la depa nak tambahbaik apa-apa sistem. 



Yang penting dapat jumpa kawan-kawan lama yang tak seberapa ramai pun. Hehe. Seronok bila kawan lama dari JKMWPKL masih kenal che kak. Hehe. Maklum la dulu saiz berat 44kg, sekarang berat mata memandang🤪.


Bermalam di hotel. Che kak duk sebilik dengan bekas rakan seopis dulu. Pernah jadi anak buah che kak. Baiknya dia. Terasa sangat malu apabila mengenangkan 'garang' nya che kak suatu ketika dulu. 


Namun hidup ini perlu diteruskan. Dah tua-tua ni malas nak cari bbaloh doh.😆. Dunia kecik je. Kita saling memerlukan antara satu sama lain selagi duk sebumbung jabatan.


Sempat le makan petang merangkap dinner kat kafe Hotel Seri Malaysia. Macam orang kayangan duk bincang projek juta-juta.🤪 . Harga pun okey je. Masih mampu milik. Bukannya sokmo-sokmo pun makan kat hotel.


Che kak tak berkesempatan nak jalan-jalan ke Kuantan. Nak layan GV punya pasal. Tapi macam tak best pula. Tutup tv terus tido je. Lepas kursus terus balik ke Kelantan.


Che kak pernah melalui zaman kanak-kanak di Kuantan. Dari darjah satu sampai la ke kelas peralihan sekolah menengah agama arab. 7 tahun menyulam suka duka di Kuantan sebelum berpindah ke Kelantan. Dari tahun 1986 hingga 1992. 


Ulang alik ke hospital Kuantan sebab rawatan sakit jantung. Alhamdulillah sekarang dah sihat walafiat selepas operate tahun 1990 di Hopital Tengku Ampuan Rahimah Kelang.


Masa dulu che kak tak berkesempatan nak main sukan sebab cikgu tak bagi main takut pengsan. 


Walhal setiap petang nak pi mengaji quran mesti che kak akan berlumba lari. Tak pernah pula pengsan. 


Haaa teringat juga kisah che kak masa tu darjah 1. Masa balik dari sekolah, che kak terdengar bunyi anak kucing. Cari punya cari rupanya kat celah rimbunan pokok buluh.


Che kak bawa balik bela kat rumah. Tulah kali pertama dan terakhir che kak bela. Dia tak nak ikut masa nak pindah rumah. Entah la apa jadi padanya lepas kitorang pindah.


Masa darjah 2, moyang lelaki che kak meninggal di Kuantan juga. Rindunya pada arwah moyang. Che kak takde gambar kenangan bersama nenek moyang kesayangan che kak😔. 


Banyak lagi nak cerita sebenarnya kisah che kak semasa menjadi warga Kuantan. Insya Allah kalau berkesempatan che kak tulis pula.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com