ULANG TAHUN KE 20 MENJADI KAKITANGAN JKM - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: ULANG TAHUN KE 20 MENJADI KAKITANGAN JKM

Saturday, December 17, 2022

ULANG TAHUN KE 20 MENJADI KAKITANGAN JKM

Pejam celik pejam celik dah 20 tahun kerja JKM. Rasa macam baru je lapor diri di Grand Seasons Avenue tingkat 10B.


Rasa macam baru je kena 'halau' dari rumah saudara yang hanya sempat menumpang beberapa hari sahaja sementara cari bilik sewa. 


Sempat juga bermalam di masjid area Cheras. Dah jadi macam kes terdampar🤣. Nasib baik ada kak ngah di Shah Alam temankan. Masa tu bas dah takde nak gi mana-mana.


Keesokkannya kawan sepejabat terus cari bilik sewa berdekatan dengan pejabat.  Manakala ayah terus bank in duit untuk deposit sewa bilik. 


Dapat je gaji pertama, terus tulis surat ke Yayasan Terengganu minta potong gaji untuk bayar balik pinjaman masa belajar kat UPM dulu. Tak banyak, RM7,500 je,  dalam masa 4 tahun habis la bayar. 


Rasa macam baru je panjat tangga flat Pekeliling 15 tingkat naik, 15 tingkat turun gara-gara lif rosak. Masa tu pregnant anak sulung 7@8 bulan. Balik opis terus tertidur di surau. Haha. Letih bohhh.🤣🤣


Rasa macam baru je terkandas di kawasan perumahan sebab duit takde. Konon pergi siasat kes dengan teksi bermeter cukup la duit RM50.00. Rupa-rupanya laju je meter berjalan walaupun  jalan jem giler. Hahaha.  Jauh juga la berjalan cari bas masa nak balik. Nasib baik ada juga duit wat tambang bas.


Rasa macam baru je che kak lompat atas meja makan rumah klien India sebab terkejut dengan anjing yang tiba-tiba datang. Macam la dia tak leh lompat juga atas meja tu. Hahaha. Dia nak bermanja dan berkenalan je la che kak oi. 


Sekarang ni cuaca panas sikit je dah rasa malas nak keluar siasat kes. Walhal rumah atas tanah je pun. 🤣 


Rasa macam baru je ulang alik ke mahkamah di hadapan Dataran Merdeka  hadir kes Gurdian Ad Litem, penderaan dan pengabaian kanak-kanak.


Masih terbayang keenakan tosei yang di cicah dengan kuah 3 jenis di kedai mamak. Masih terbayang keenakan menu ikan keli goreng berlada dan air kelapa laut di kafe bangunan Ambank. 


Merasa juga PJJ selama beberapa tahun. Kerja beberapa bulan, terus kahwin. Memang tak sempat enjoy sebagai orang bujang 🤣. Jadi isteri orang yang jauh di mata ni sangat mencabar mental dan fizikal.


Tak tahu berapa kali isi borang mohon pertukaran, dan ada la sekali jumpa KP tapi tak dilayan😂. Takpelah semuanya ada hikmah tak ditukarkan ke Melaka.


Itu hanyalah secebis kisah suka duka masa kerja di KL. 

 


Akhirnya, rezeki dapat bertukar ke Pasir Mas. Tukar suka sama suka. Terima kasih En Hafifi. Sempat menyewa sorang-sorang rumah kampung jenis papan. Besar giler rumah. 


Pukul 8.00 malam memang berkurung dalam bilik je sampai ke Subuh. Tak keluar langsung. Bawa makanan dan air siap-siap masuk dalam bilik. Hahaha. Penakut giler. Bil letrik tak usah tanya la kalau lampu satu rumah terpasang. 🤣🤣


9 tahun kat Pasir Mas membuatkan che kak rasa tergugat sebab dengar ura-ura ada pertukaran besar besaran. 


So, awal-awal lagi isi borang tukar ke Pasir Puteh. Lagipun otak dah tepu hadap unit EB bertahun lamanya.


Alhamdulillah masih lagi setiaku di sini di Pasir Puteh. Banyak kenang kenangan suka duka. Kalau nak tulis semuanya, nanti jadi novel syok sendiri pula.


Pengalaman dan kenangan pahit manis mematangkan kita dalam meneruskan kehidupan seharian.


Bukan setakat pengalaman sendiri. Melihat kehidupan klien juga membuatkan kita rasa sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.


Memang la kalau ikutkan bab kerja, kadang-kadang ada rasa suka,  down, malas, rajin, kadang rasa nak pencen awal. 


Namun apabila terkenangkan susah payah untuk diserapkan sebagai penjawat awam, rasa sayang sangat nak berhenti.


Pekerjaan apa yang takde tekanan. Semua pekerjaan ada cabaran dan susah senang. Jual nasi lemak tepi jalan pun tetap ada tekanan dan cabaran.  Namun kena ingat nawaitu kita bekerja. 


Bersyukurlah dengan sumber rezeki yang disalurkan melalui pekerjaan ni. 


Eh bukan la bermaksud bila dah lama kerja ni dah jadi otai. Che kak akui masih banyak lagi nak kena belajar. Masih banyak lagi unit yang che kak belum buat.


Tahun ni che kak diamanahkan unit penguatkuasaan. Di samping urus unit komuniti juga. Setiap unit ada cabaran tersendiri. Tak boleh nak ukur bebanan dengan  bilangan kes semata-mata.


Namun che kak tetap  rasa seronok dan bersemangat dengan tanggungjawab unit ni. Walaupun masih takut-takut dan blur serta gelabah juga la. Namun syukur sangat sebab rakan-rakan sentiasa membantu.


JKM sentiasa ada pembaharuan dan tak boleh nak pakai ilmu turun temurun semata-mata. Sentiasa kena rujuk garis panduan dan sop yang sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa. 


Baru-baru ini che kak dapat sijil SKM Tahap 3 Amalan Kebajikan Sosial. Pada pandangan che kak, ikhtiar la ambil sijil SKM ni kalau uols dah lama sangat kerja. Nanti lain hari la ye che kak sharing pasal sijil SKM ni.


Ish banyak lagi la nak citer ni. 😅 


16.12.2002 - 16.12.2022 

Selamat menyambut ulang tahun buat rakan-rakan sebatch.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com