PERKAHWINAN JARAK JAUH SANGAT MEMERITKAN - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: PERKAHWINAN JARAK JAUH SANGAT MEMERITKAN

Sunday, January 22, 2023

PERKAHWINAN JARAK JAUH SANGAT MEMERITKAN

 Jari  tuan punya kuasa menandatangani

Namun tiadakah sekelumit simpati dalam hati


Selajunya tuan turunkan tandatangan 

Selaju itu la doa mereka buat tuan


Mereka hanya orang bawahan

Hanya mampu menurut arahan


Bukan tak redha apa Tuhan aturkan

Namun mereka tak mengerti percaturan













Semoga tuan bukan niat menganiaya

Kerana power doa teraniaya sangat mulia


Belanja bertambah dapur minyak tol dan rumah

Penat isteri didik anak juga bertambah


Semoga tuan mengerti derita mereka

Kerana tuan manusia yang punya kuasa


Selajunya duit mereka mengalir

Laju juga la duit tuan akan teralir


#selokabuatpasanganpjj

#chekak

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com