SELOKA KISAH PESAKIT TERLANTAR - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: SELOKA KISAH PESAKIT TERLANTAR

Tuesday, January 3, 2023

SELOKA KISAH PESAKIT TERLANTAR

 Tak mampu nak berkata sabar

Kerana hatimu dah lama mekar


Tak mampu nak kata nasihat

Kerana redha dah lama terpahat


Tak mampu nak pujuk

Kerana dah lama hati sejuk


Tak mampu mengalir air mata

Kerana  16 tahun menderita


Berat mata memandang

Berat lagi dia menyandang


Tiada daya hadapi ujian

Hanya Allah tempat sandaran


Zahirnya rasa syukur

Walaupun hampir tersungkur





Usah ditanya apa ikhtiar

Berubat tradisional dan pakar


Bagus  keluarganya

Menjaga dengan sempurna


Kagum dengan kakaknya

100 peratus mengurusnya


Persis bayi baru lahir

Kasihnya laju mengalir


Walau malu aurat tersingkat

Namun pasrah kakak melihat


#chekak

#selokasantai

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com