KEMATIAN HUSNUL KHATIMAH - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KEMATIAN HUSNUL KHATIMAH

Wednesday, October 11, 2023

KEMATIAN HUSNUL KHATIMAH

Che kak baru je install akaun tik tok. Belum tengok lagi apa yang ada dalam tik tok. Sekadar jenguk-jenguk tik tok shop je dulu. Jenguk-jenguk pun sempat juga sambar buku 114 surah, maggi korea dan jubah sehelai.


Hari ni baru berkelapangan nak jenguk tik tok arwah abe ngoh@walid. Allahu rabbi. Semoga pahala berpanjangan buatmu atas perkongsian ilmu yang bermanfaat.



Sejujurnya kami tak pernah lagi merasa kehilangan ahli keluarga terdekat secara tiba-tiba. Arwah sebaya che kak. 


Sebab itu masa dapat khabar berita, che kak tak dapat nak teruskan kerja-kerja che kak pada masa itu. Syukur sangat ada kawan-kawan yang tolong take over .


Che kak hanya kakak ipar pun terasa sangat kehilangan arwah. Apatah lagi umi, papa, adik beradik, isteri dan anak-anak arwah. Lagi la depa terasa dan bagaikan tak percaya arwah pergi tanpa tanda-tanda sakit.


Kita selalu je dengar tentang kematian husnul khatimah. Kami sangat cemburu dengan cara kematian arwah. 


Mati itu pasti. Tapi bagaimana cara kita mati, itu bergantung kepada amalan kita di dunia.


Tiada apa yang kita bawa melainkan hanya kain kapan dan amalan-amalan yang kita kumpul semasa hidup.


Arwah abe ngoh sangat baik dengan umi dan papanya. Bahkan che kak tak pernah dengar arwah meninggikan suara walaupun dalam keadaan bergurau sekalipun.


Berbakti kepada ibubapa dengan caranya sendiri. Walaupun tanpa harta, namun uminya sangat menyayangi arwah. Tak silap che kak, setiap hari tanpa gagal, arwah pasti bertanya khabar umi dan papanya.


Saat kematiannya juga, arwah sedang membantu umi dan papanya membersihkan rumah. Setiap kali arwah balik kampung, itulah yang dilakukan.


Che kak tak pernah lihat arwah meninggikan suara kepada isterinya. Tutur katanya sangat lembut. Sementelah pula isteri arwah juga seorang yang lembut tutur bicara.


5 hari kami berada di rumah arwah di Kedah pada minggu lepas sangat manis dan indah untuk dikenang. Syukur sangat-sangat Allah bagi peluang kami menghabiskan masa bersama-sama.


Rezeki ahli keluarga dapat melihat jenazah buat kali terakhir walaupun kami tak berniat nak tangguh urusan pengkebumian jenazah. Ya Allah, putih sungguh. Jenazah juga dikebumikan pada malam Jumaat. 


Petang semalam che kak tersasul juga, "umi toksir sipe ko wat kenange". Umi terus menangis. "Kenange abe ngoh ado dale hati umi". Che kak tak tahu nak cakap apa dah. Tak reti nak pujuk. 


Banyak lagi nak cerita kebaikan arwah abe ngoh. Tapi tulah rasa macam kena tampar. Masa arwah ada, che kak tak berapa peduli pun tentang arwah. Bila takde, sibuk nak terasa kehilangannya. 


Damailah abe ngoh@walid di sana. Kami juga akan ke sana suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com