ANAK SULUNG KUAT SEMANGAT - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: ANAK SULUNG KUAT SEMANGAT

Monday, October 16, 2023

ANAK SULUNG KUAT SEMANGAT

 Ini anak sulung che kak. Dah besar dah. Kalau jodoh cepat bakal jadi suami orang. Kalau jodoh lambat lagi, sempat merasa lagi kita nak membebel rambut penyapu dia tu.


Walaupun dari dalam kandungan lagi terpaksa melalui cabaran, namun ianya hanyalah proses hidup yang perlu dilalui.


Dalam kandungan lagi anak sulung che kak kuat. Kami duk sorang-sorang kat KL tanpa keluarga.



Merasa juga la sebulan duk dalam wad HUSM sebab anemia sebelum bersalin. Terima kasih kepada penderma darah. Banyak pula tu. 2 beg darah saper tau duk mengalir dalam tubuh kami.


Dah bersalin, kami terpaksa melalui episod pjj. Tak merasa nak jaga baby dengan air tangan kita sendiri.


Alhamdulillah, Allah bagi juga melihat anak sulung depan mata sepanjang zaman kanak-kanak dan remaja. Sentiasa cemerlang dalam peperiksaan.  Tumpang bangga juga la dengan kejayaannya walaupun che kak takde pun tolong ajar.


Saat-saat menghadapi exam SPM, dah kena lalui ujian patah tangan. Che kak panggil tangan lima ribu.


Namun berkat sabar dan doa semua berjaya juga dapat 9A walaupun jawab paper exam dengan tangan kiri. Rezeki dari Allah jua.


Che kak bagitau, itulah kenangan manis yang perlu kita kenangkan dalam hidup kita. 


Banyak lagi la kalau nak cerita ujian-ujian hidup yang dia dah lalui.


Dah tiba masa lepaskan dia pilih jalan hidupnya sendiri. Kita hanya guide dia sahaja supaya jalan yang dia pilih itu tidak terbabas dari landasan agama.


Biarlah dia kejar cita-cita dan impian dia dahulu.


Insya Allah, che kak takkan membebankan dia selagi kami sebagai ibubapa ni hidup.


Walaupun anak sulung, wajarkah kita bebankan mereka dengan tanggungjawab untuk menyediakan semua keperluan keluarga sebagaimana kisah yang berlaku kepada artis yang viral pada masa ini?


Kita pun pernah berkecil hati dengan anak. Tapi wajarkah kita mendoakan dan tidak redha kepada anak yang telah bersusah payah dengan kita juga?


Mereka tak minta pun dilahirkan jadi anak kita. Baik dia minta dengan Allah nak jadi anak sultan terkaya di dunia.


Wajarkah  jadikan veto kita sebagai ibu,  terus jatuh hukum anak sebagai anak derhaka? Sedangkan hati mereka dah sarat dengan beban ujian.


Insya Allah berkat doa kita sebagai ibu, anak-anak kita akan menjadi anak yang soleh dan solehah dan sentiasa akan kirim doa kepada kita semasa hidup dan mati.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com