SIAPAKAH RAKAN SEKERJA? - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: SIAPAKAH RAKAN SEKERJA?

Tuesday, December 19, 2023

SIAPAKAH RAKAN SEKERJA?

Apabila che kak wish diri sendiri  21 tahun dah bersama JKM,  takde niat pun nak anggap otai. Takde rasa macam orang lama pun. Rasa macam baru je lapor diri di JKMWPKL.  


Banyak lagi nak kena belajar dan JKM ni sentiasa ada perubahan. Tak boleh nak guna ayat ‘zaman saya dulu…..’.  Kita ingat kita ni lahir zaman Hang Tuah ke nak cakap ‘zaman saya dulu…’


Bab kerja ni, orang baru ke orang lama ke, kena sentiasa rujuk garis panduan, SOP, ISO, akta dan pelbagai rujukan yang ada. Tak boleh buat kerja guna ilmu turun temurun. 


Che kak tak mau cerita bab kerja. Kerja ni memang takkan habis selagi tak kiamat. Kalau mampu buat, buatlah. Kalau tak mampu, bincang dengan bos supaya kerja dapat diselesaikan dengan cara yang baik.  


Setakat ni, Alhamdulillah boss dan ex boss che kak semuanya baik dan memahami kelebihan dan kekurangan che kak. Takde lagi la bagi markah SKT yang rendah kat che kak. Bab markah ni memang tak boleh buat main-main sebab melibatkan masa depan kerjaya kita. Bermasalah sangat ke kita ni kalau bagi markah yang rendah? 


Masa kita berada di pejabat  standard masa 9-10 jam.  Balik kerja hanya beberapa jam je kita dengan keluarga. Selebihnya tidur..zzzzzzzzzz.


Masing-masing pelbagai karenah. Memang tak terlayan.  Termasuk kita sendiri  pun macam-macam perangai ada. Tipulah kalau kita ni takde terasa hati, kecil hati, geram, menyampah, terlebih sayang dan bla bla bla bla. 


Namun, cubalah ambil masa muhasabah diri sendiri. Kita tak mampu ubah perangai orang. Hanya kita je yang dapat ubah mindset kita. Positifkan diri kita sendiri.  Kadang-kadang kita terlalu meletakkan harapan yang tinggi pada rakan sekerja, sebab tu kita mudah rasa frust.  


Namun, hormatilah antara satu sama lain walaupun berbeza pendapat, fahaman, jawatan dan sebagainya. Kalau nak bergaduh dengan rakan sekerja hanya kerana bab kerja, memang tak berbaloi. 

Gambar hiasan sahaja


Kalau di pejabat che kak, rakan sekerjalah yang terlebih dahulu turun membantu contohnya tayar kereta pancit. Nasib baik ada rakan sekerja yang tolong  tukarkan tayar. Ni antara contoh lah. Banyak lagilah kenapa kita tak boleh bergaduh dengan rakan sekerja, sebab kita tak mampu hidup sendiri tanpa support orang lain. 


Bab berkawan dengan rakan pejabat ni, terpulanglah pada keselesaan masing-masing. Tak rapat bukan bermakna tak nak kawan. Cuma kita lebih selesa dengan orang yang ngam dan memahami kita.


Elakkan sama sekali menyalahgunakan kuasa yang kita ada untuk menganiaya  rakan sepejabat.  Kalau kita dah bersara, berpindah atau meninggal, takde makna pun kuasa kita.


Sekian, ucapan sempena 21 tahun bersama JKM. 


No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com