APAKAH AZAM TAHUN BARU 2024? - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: APAKAH AZAM TAHUN BARU 2024?

Tuesday, January 2, 2024

APAKAH AZAM TAHUN BARU 2024?

Alhamdulillah sentiasa bersyukur dengan rezeki dan ujian sepanjang tahun 2023. Kunci rasa bahagia ialah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.


Setiap ujian dan kejadian pasti ada hikmah yang Allah takkan jadikannya sia-sia.


Bersangka baik dengan Allah itulah petua untuk hati tenang dan redha.


Masuk tahun baru, pastilah bertambah usia. Remaja, dewasa bahkan warga tua.

 

Azam setiap tahun pastilah ada. Renew azam yang sama je macam biasa.


Nak kurus tapi makan tak hengat dunia. Orang kata rezeki jangan ditolak dan hargailah orang masak untuk kita. 


Amal ibadah pun masih ke lautan yang dalam lagi bergelora. Tak tahu la nak bawa bekal apa nanti bila jasad dah bersatu dengan tanah dan badan tiada lagi nyawa.


Dah tahu ilmu agama kurang, kena rajin belajar dengan alim ulama' dan jangan bermusuh dengan mereka. Bukan senang nak menjadi penyambung lidah nabi di zaman penuh pancaroba.


Pejam celik pejam celik anak-anak dah jadi remaja. Dah semakin hilang manja dengan kita. Semoga anak-anak dilindungi Allah di mana jua berada. 


Semoga Allah memberi rezeki yang halal dan berkat kerana ianya akan menjadi darah daging dan dijauhkan dari api neraka.


Semoga kebaikan membuat amal ibadah, bersedekah, mengaji quran dilakukan seikhlas hati kerana kita hambaNya. 


Jangan bersangka buruk kepada Allah kenapa tak bagi kita kaya walaupun dah rajin solat tahajjud dan dhuha sepanjang masa. Kita buat semua itu sebab kita rasa bersyukur dengan kurniaanNya. Bukan kerana terpengaruh tips dari jutawan segera.


Semoga tahun ini, ukhuwah bersama manusia lebih terjaga tanpa bersengketa. Penat nak jaga hati orang sehingga diri sendiri rasa macam nak gila.


Walaupun kita tahu sangat berdosa fitnah, mengumpat dan mengadu domba. Tapi itulah penyedap rasa berbicara sesama kita yang sekepala. 🥴😅


Sikit sikit nak viral aib orang ingatlah kita punya aib lagi malu tak terkata. 


Sekian ucapan pembuka tahun 2024.




No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com