KENAPA KITA PERLU HORMAT KEPADA IBUBAPA MERTUA - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KENAPA KITA PERLU HORMAT KEPADA IBUBAPA MERTUA

Wednesday, February 6, 2019

KENAPA KITA PERLU HORMAT KEPADA IBUBAPA MERTUA

Apabila sebut perkataan mak mertua, kebanyakannya bagaikan ada renjatan elektrik. Sayang ke tak sayang ke, kita sebagai menantu kena sabar dan redha. Kita kena simpan dalam minda kita, dia adalah ibubapa suami kita yang perlu kita hormat.

Kalau kita sayangkan suami kita, berterima kasih la kepada ibubapanya kerana menjaga jodoh kita dengan baik. Ibarat mereka tanam, jaga, baja dan siram pokok, dan hasilnya kita yang dapat  manfaat.

Che kak bukanlah menantu yang baik dan tak pandai pun nak ambil hati mertua. 

Apa yang akan che kak lakukan kalau mak mertua datang ke rumah?

Mak mertua che kak suka masak. Cucu-cucunya suka request makanan. Che kak akan setia berada di dapur  walaupun tak tolong masak. Tukang tolong tunjuk kat mana garam, kat mana belacan, kat mana asam jawa, kat mana ubi kentang, kat mana senduk. Sampai la mak mertua siap masak. 

Che kak akan makan apa yang mak mertua masak. Sedap tak sedap lain cerita. Yang penting dia suka tengok kalau anak cucu makan apa yang dia masak.

Kalau mak mertua lepak kat ruang tamu, che kak pun sama lepak juga walaupun che kak tak pandai nak berbual-bual dengan mertua. Tukang dengar aje sambil kunyah keropok goreng. 

Apabila mak mertua dah tidur, baru che kak masuk tidur. 

Jangan la sesekali kita biarkan dia. Orang tua mudah kecil hati kalau nampak macam kita tak suka dia datang rumah kita.

Simpan la sikit rasa tak suka tu. Lagipun bukannya lama dia datang ke rumah kita. Raikanlah dia seketika.

Kalau mertua tak sayang kat kita pun, redha je la. Cinta dan kasih sayang tak boleh dipaksa.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com