BAGAIMANA INGIN MEMULAKAN BISNES TANPA MODAL - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: BAGAIMANA INGIN MEMULAKAN BISNES TANPA MODAL

Tuesday, February 26, 2019

BAGAIMANA INGIN MEMULAKAN BISNES TANPA MODAL


Assalamualaikum.  Apa khabar? Moga kalian dilindungi Allah dan dimurahkan rezeki. Mulakan hidup dengan penuh rasa syukur atas nikmat dan rahmat yang tak terkira.

Che kak nak menulis tentang biz tapi rasa tak layak sebab ramai yang lebih berjaya dan mendapat income puluh ribu. Cuma Che kak sekadar nak kongsi sedikit pengalaman. 

Klien che kak kebanyakannya ibu tunggal dan isteri yang tidak bekerja. Masih produktif. Cuma tak nampak peluang dan ruang yang ada untuk tambah pendapatan sendiri.   

Che kak pun tak pandai nak bisnes. Takde bakat langsung. Nasihatkan klien tu memang pandai sangat. Pandai sangat kalau bab nasihat orang. Hahaha.. Cuba kalau buat sendiri. Pergh. Angkat bendera putih. Tapi Che kak selalu follow orang yang dah berjaya. Kutip ilmu, tips-tips, pengalaman dan kisah hidup mereka. Moga terinspirasi bagi memudahkan che kak membantu klien che kak.

Che kak selalu nasihatkan klien cuba berniaga yang tidak menggunakan modal atau modal yang minimum sahaja.  Jangan fikir asal bisnes je mesti nak modal besar. Jangan sesekali buat pinjaman kalau tak mampu nak bayar hutang. Jangan sesekali pinjam dengan Ah Long. Che kak along hanya nak tolong. Jaga aliran tunai bisnes. Kalau dapat untung hasil jual sebatang pen pun tetap kena rekod.

Cari nilai positif dalam diri. Kemahiran apa yang ada. Apa sahaja kemahiran diri boleh dijadikan peluang bisnes.  Contoh pandai masak cekodok bawang je. Haaaa, itu pun boleh dijadikan biz. Modal pun kecil je. Buat cekodok bawang dengan sedap dan kreatif, packaging cantik dan tumpang letak untuk dijual kat kedai-kedai kopi, kafe atau kantin. 

Tak pandai juga?? Cuba bisnes kaedah dropship. Maksudnya dapat komisen atas jualan produk orang. Kena rajin promote. Macam-macam produk dropship yang boleh dijual.  Kosmetik, kain tudung, pakaian, makanan dan macam-macam lagi la. Contoh macam che kak jual susu kambing organik dan kurma.



Selepas tu kena buat dan rajin usaha dari segi marketing dan promosi. Bukannya seminggu sekali posting produk, lepas tu senyap. Lepas tu nak salahkan Tuhan tak bagi rezeki. Kena cek diri sendiri juga apa salah dan dosa kita pada orang lain yang menyebabkan rezeki susah nak dekat dengan kita. Orang lain dapat sale ribu riban. Kita satu sale pun takde. Why!

Cari seorang idola biz supaya apabila kita rasa down, cepat-cepat kita rasa terinspirasi balik.. Baca kisah-kisah idola kita bagaimana dia boleh bangkit semula apabila jatuh tergolek-golek. Jangan cepat putus asa.

Untuk permulaan biz, jangan fikirkan untung sangat. Jangan tamak. Untung seringgit pun dah syukur. Yang penting cari keseronokan dan rasa sayang dengan biz dulu. Semuanya kena bermula dengan minat bisnes dan produk terlebih dahulu.

Pastikan produk yang kita jual sesuai dengan kita. Contoh kau jual produk untuk putihkan kulit walhal kita sendiri gelap hangus dipanah mentari. Atau jual kosmetik nak suruh orang cantik tapi kita sendiri muka kusam. Atau jual ubat kurus kalau engkau sendiri gemuk. Faham tak? Atau jual susu kambing tapi tak pernah rasa dan minum susu kambing. Macamana nak bagitahu kastemer rasa susu kambing dan kebaikan minum susu kambing.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com