BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL

Wednesday, January 15, 2020

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kalau tak mampu dan tak nak bantu, jangan kecam.

Dia struggle nak hidup, kenapa nak 'matikan' dia dengan kata-kata kecaman.

Masalah dan ujian mereka tak sama dengan masalah kita. Penyelesaian masalah setiap individu juga berbeza.

Apabila ada saudara se Islam kita yang hadapi ujian hidup, tak perlu persoalkan why why why why.

Sepatutnya kita how how how how how nak bantu.

Sekiranya tak sekolah, bantu dia sekolah.
Sakit, bantu dia dapatkan rawatan yang terbaik supaya dia cepat sembuh.
Dia lapar, tolong beli barang dapur dan makanan.

Tak mampu bantu dengan wang ringgit, bantu dengan kata-kata semangat.
Dia tiada kerja dan sumber pendapatan, bantu dapatkan kerja yang menjamin sara hidup.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com