KENAPA KENA BELAJAR ILMU AGAMA - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KENAPA KENA BELAJAR ILMU AGAMA

Monday, January 27, 2020

KENAPA KENA BELAJAR ILMU AGAMA

Kenapa kita kena belajar ilmu agama?

Matlamat belajar ilmu agama bukan kerana nak jadi ustaz, ustazah, Da'i , PU, johan qari qariah peringkat dunia atau apa-apa jawatan keagamaan.

Nak belajar agama, tak perlu tunggu jodoh yang "boleh jadi imam dan bimbing saya".   

Belajar agama kerana kewajipan kita sebagai hamba Allah. Belajar kerana kita nak kenal siapa Pencipta dan tujuan kita dicipta.

Apabila kita belajar ilmu agama, kita akan tahu larangan dan suruhan Allah, dosa dan pahala. Kita akan tahu hikmah-hikmah larangan Allah. Kita akan tahu indahnya suruhan Allah.

Allah suruh kita solat 5 waktu. Penat dan tiada masa nak solat. Tapi pasti ada hikmah yang Allah telah wajibkan solat.

Allah larang kaum lelaki pakai emas. Pasti ada sebab yang mudharat.

Allah larang makan makanan haram seperti daging buaya dan arak walaupun orang kata sedap. Pasti ada sebab larangan tersebut.

Apabila kita tahu falsafah kita dicipta, maka kita tidak akan sombong dengan Allah dan kita akan menerima nasihat manusia yang membawa qalam Allah. 

Kita melayari kehidupan seharian ini dari sekecil perkara sehinggalah sebesar perkara, memerlukan bimbingan dan garis panduan.  Nak makan, kencing, tidur pun agama ajar. 

Kita belajar agama adalah mengelakkan daripada kita tersesat. Beribadah tanpa ilmu memang akan membuka peluang kesesatan yang nyata. Belajarlah ilmu fardhu ain dan kifayah.

Apabila kita ada ilmu agama, kita tidak akan judge orang yang membuat dosa. Bahkan kita akan bantu memperbetulkan kesalahan dengan penuh berhemah. 

Selain itu, belajar agama juga adalah untuk benteng pertahanan kita daripada membuat dosa yang nyata. Seperti makan rasuah, pecah amanah, khianat, mencuri, makan harta anak yatim dan sebagainya.

"Eh eh tu ada tok imam yang kaki maksiat juga tu, ape cer?"

"Eh eh tu ada ustazah kan main tudung labuh sapu lantai tapi kaki membawang tahap mulut puaka, ape cer?"

"Saya tak tutup aurat, tapi hati saya sangat baik, ape cer?"

Haaaa mesti akan ada kenyataan macam ni kan? Pendek kata, tepuk dada tanya iman.






No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com