APAKAH YANG DIMAKSUDKAN SUMBANGAN KEPADA IBUBAPA - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: APAKAH YANG DIMAKSUDKAN SUMBANGAN KEPADA IBUBAPA

Friday, February 7, 2020

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN SUMBANGAN KEPADA IBUBAPA

Kita selalu mendengar rungutan ibubapa bahawa anak-anak tidak membantu memberi sumbangan wang saku.

Pelbagai persoalan yang timbul adakah anak-anak wajib memberi wang saku kepada ibubapa?

Sekiranya wajib, berapakah nilai sebenar sumbangan yang harus diberikan?

Selain daripada wang saku, adakah yang lain-lain dinamakan sumbangan seperti membeli barang keperluan dapur?

17 tahun di arena kerja kebajikan, che kak masih belum dapat memahami kehendak sebenar ibubapa.

Masih sukar untuk memahami erti sebuah sumbangan anak-anak kepada ibubapa.

Masih ada ibubapa yang hanya mendewakan anak yang memberi sejumlah wang berbanding dengan anak-anak yang tidak memberi wang secara langsung.

Masih ada ibubapa yang mengagungkan anak-anak yang mempunyai kerjaya dan bekerja di Kuala Lumpur berbanding dengan anak yang berada di depan mata.

Masih ada ibubapa yang membeza-bezakan layanan terhadap anak-anak berdasarkan sumbangan wang.

Kos sara hidup masa kini yang membuatkan anak-anak dilema untuk memberi sejumlah wang yang banyak kepada ibubapa.

Ada kalangan anak-anak yang akan membantu ibubapa seperti memberi penjagaan dan membawa ke hospital, jaga semasa sakit, makan minum dan sebagainya.

Ada anak-anak yang membeli barangan dapur dan lauk pauk bagi memudahkan ibubapa tidak lagi bersusah payah ke kedai.

Ada anak-anak yang akan memberi makanan siap masak. 

Ada anak-anak akan membeli barang keperluan rumah seperti barangan elektrik dan lain-lain untuk kegunaan ibubapa.

Kadang kala kos membeli lagi tinggi daripada memberi wang saku setiap bulan.

Namun, masih ada ibubapa sengaja buat-buat tidak faham. Masih anggap anak yang memberi wang itu adalah anak yang soleh dan anak yang mengenang jasa ibubapa.





No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com