BAGAIMANA MERANCANG PERBELANJAAN SECARA BERHEMAH - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: BAGAIMANA MERANCANG PERBELANJAAN SECARA BERHEMAH

Sunday, February 23, 2020

BAGAIMANA MERANCANG PERBELANJAAN SECARA BERHEMAH

Kebiasaannya yang memohon bantuan adalah dikalangan mereka yang berpendapatan rendah dan tidak tetap.

Namun apa yang membuatkan che kak nak share satu kisah yang mungkin boleh dijadikan panduan terutama dalam pengurusan kewangan kita sendiri.

Untungnya kita yang ada pendapatan tetap walaupun kecil, kita masih boleh urus bajet kita dan kita tertunggu-tunggu tarikh tersebut yang pasti akan tiba.


Seorang wanita yang baru sahaja bercerai tanpa membuat sebarang tuntutan nafkah. Sebab-sebab tidak tuntut kerana bekas suami tidak bekerja dan terlibat dengan penyalahgunaan pil kuda. Kalau mohon juga umpama tunggu duit jatuh dari langit katanya.

Apabila tengok slip gaji, tinggi lagi gaji dia dari che kak. Anak ada dua orang. Terang lagi bersuluh, permohonan bantuan bulanan pasti tidak akan diluluskan.

Namun che kak tahu, pasti ada masalah dalam mengurus perbelanjaan wang gajinya. Che kak minta izin untuk bertanya perihal perbelanjaannya.

Wanita tersebut ada membeli rumah dengan bayaran RM1200 sebulan. Pada masa yang sama, menyewa rumah lain yang lebih berdekatan dengan tempat kerja. Sewa rumah RM500 sebulan. Kos untuk rumah sahaja RM1700 sebulan. Rumah sendiri ditinggalkan kosong tanpa disewa.

Cadangan che kak, duduk rumah sendiri. Lagipun tak la jauh sangat kalau nak berulang ke tempat kerja.

Anak sulung bersekolah swasta. Che kak dah lupa berapa bayaran bulanan. Pada pendapat che kak, tak de buruknya kalau anak bersekolah di sekolah kerajaan. Anak tetap boleh belajar dengan cemerlang.

Apabila kita hantar anak ke sekolah swasta yang berbayar, maka mentaliti masyarakat mengatakan kita adalah orang banyak duit. Jadi, apabila kita ada masalah kewangan, orang susah nak tolong kita.

Che kak tak paksa hantar anak ke sekolah biasa. Terpulang pada kehendaknya. Pasti ada sebab yang munasabah.

Bil astro tinggi. Che kak cadangkan ambil yang basic je sebab menurutnya, jarang tengok tv. Rugi je bayar kat astro.

Anak bongsu pakai pampers yang berjenama mahal. Pada pendapat che kak, sekiranya anak tiada masalah ruam, boleh je pakai pampers yang murah contoh fitty basic. Dari yang sulung sampai anak ke anak tujuh, anak che kak pakai fitty basic je. Sekali sekala ada la juga beli yang mahal.

Kesimpulannya, rancang la perbelanjaan secara berhemah. Kalau kita asyik nak berhutang dengan orang, bukan semua orang ada duit juga.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com