KENAPA PENTINGNYA KEJUJURAN DALAM ISU HAKMILIK CIPTA - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KENAPA PENTINGNYA KEJUJURAN DALAM ISU HAKMILIK CIPTA

Friday, February 28, 2020

KENAPA PENTINGNYA KEJUJURAN DALAM ISU HAKMILIK CIPTA

Timbul isu tuntutan hakmilik ciptaan lagu. Sejujurnya che kak memang tak tahu lagu-lagu baru. Halwa telinga tetap suka lagu lama. Rock oooo..

Che kak cuba dengar, best sangat ke lagu ni sampai menuntut hakmilik cipta bersama? Masing-masing tak nak kalah dan mengalah.

Sejujurnya che kak dengar biasa aje. Tak de la wow sangat. Entah le. Agaknya kalau Naqiu menyanyi baru che kak rasa WOW!

Walaupun kita tak jujur dengan dunia, namun hakikatnya diri sendiri yang lebih tahu dengan tahap kejujuran kita.

Kepuasan menulis dengan ilham dan idea diri sendiri lebih mendatangkan kepuasan yang sangat bermakna. 

Sekiranya hasil penulisan kita ada sedikit idea orang lain, adalah wajar untuk kita 'kreditkan' kepada mereka yang sama-sama menyumbang hasil idea.

Pada pendapat peribadi che kak, mengalah bukan bermakna kalah. Elakkan persengketaan semata-mata kerana lagu yang tak akan bawa kita ke dalam syurga.

#Hanyaduniayanglara.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com