MATEMATIK ALLAH VS MATEMATIK MANUSIA - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: MATEMATIK ALLAH VS MATEMATIK MANUSIA

Friday, April 2, 2021

MATEMATIK ALLAH VS MATEMATIK MANUSIA

 Semalam ada terbaca tentang kastemer yang tak puas hati tentang cas c.o.d. Rm5 sangat mahal baginya. Siap wat kira2 dalam excell lagi.


Kalau che kak memang tak cas sebab awal2 lagi che kak dah malas nak gi c.o.d🤣. Melainkan laluan balik keje. 


Sebenarnya tiada siapa yang salah. Masing2 ada pendirian dan terpulang pada pemahaman masing2. 


Sape setuju dengan cas yang ditetapkan, boleh teruskan jual beli.


Kalau tak setuju boleh move on.


Tak perlu kita nak pertikaikan antara satu sama lain.


Jual beli perlu ada persetujuan antara satu sama lain.


Kita kena ingat, matematik Allah tak sama dengan matematik manusia.


Kita sebagai manusia selalu nampak angka sebagai konkrit. 


Contoh:


Sebagai penjual kita nak abeskan stok walaupun tahu stok lama, busuk, masam dan sebagainya.  Tapi tetap nak jual juga. 


Sebab matematik kita dah kira kerugian kalau tak jual juga. 


Tapi kita lupa matematik Allah. Korang jual juga stok yang tak sesuai untuk dijual lagi, maka Allah tarik keberkatan sebab dah jatuh aniaya kepada kastemer. 


Kita akan hilang kastemer. Bukan setakat sorang, bahkan pasti kastemer akan melarang orang lain beli dah dengan korang. 


Sama juga dengan postage. Pernah la sekali masa tahun bila ntah. Dah lupa. Biasanya che kak pos dengan berat dan saiz kotak yang sama, rm18 je. Tapi masa tu skynet dah tak ambil sebab nak raya. 


Jadi, che kak gi pos kat pos laju. Sekali cas mak aiii. Rm23. Rm5 melayang. 


Tapi che kak takde la minta dengan kastemer sebab dah bagitau awal2 rm18. Redha dengan rezeki kita. Tapi Allah ganti dengan rezeki lain. 


Kalau ada lebihan duit pos, che kak pulangkan balik walaupun rm1. 


Kadang2 ada kastemer tak ambil baki. Kadang2 kita bagi lebih barang jualan kita. 


Teringat juga la masa nak beli kuih. Anak suruh beli kuih 3 biji. 

Che kak kata tak jual 3 biji. Sebab rm1, 4 biji. 


Anak kata bayar la 75 sen untuk 3 biji. 🤣

#chekakforever




No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com