PUNCA PENDAPATAN ADALAH REZEKI - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: PUNCA PENDAPATAN ADALAH REZEKI

Friday, April 2, 2021

PUNCA PENDAPATAN ADALAH REZEKI

 Che kak buka email nak kira berapa orang yang dah hantar resume. Tu diooo. Beribu2 lemon.


Macam2 pesen gambar resume. Ada yang membuatkan che kak tepuk dahi 🤦‍♀️. 


Masya Allah. Awat hangpa letak gambar selfie senget benget tubuh. Ni bukan pertandingan selfie ig. 😅


Orang kata kita dapat keje makan gaji kena bersyukur. 


Apakah yang dikatakan bersyukur. Adakah sekadar lafaz atau tulis di fesbuk. 'alhamdulillah, aku ada keje'. 


Maksud bersyukur secara tersirat, kita kena beramanah. Walaupun kita tak suka organisasi asyik suruh kita buat keje, kita kena buat juga la. Dah kita yang terhegeh2 isi borang keje dulu kan? 


Bukan keje gomen je kena bersyukur. Orang keje yang takde' slip gaji' pun kena bersyukur juga. 


Biasanya kalau tanya klien tentang maklumat pekerjaan, mesti jawab "tak dok kijo kerajae sore habuk". 🤦‍♀️


Adakah jual kuih tu bukan keje? Adakah jual nasi kerabu tu bukan keje? Adakah jadi buruh binaan bukan keje? 


Kadang kala orang keje takde slip gaji ni lagi banyak income diorang. Tapi tulis kat  borang  gaji rm500 je sebulan. 🤦‍♀️ Walhal rm500 sehari beb. 


Selagi mana pekerjaan yang mendatangkan sumber pendapatan halal tu tetap namanya kerja. 


Walaupun takde slip gaji, kita tetap kena bersyukur dan jujur. 


Contoh nak jual kuih, biarlah sedap. Kalau sedap, orang tak kisah dah dengan harga. 


Kalau che kak nak beli, che kak tak beli sebab kesian. Che kak beli sebab memang puas hati. 


Tahun ni che kak tak sempat pesan kat klien 2Yep sebab tak leh wat kursus😂. Tolong masak sama macam nak bagi kat anak tekak kita. 


Kalau sale sehari dapat tiga ratus lebih, sepatutnya bersyukur la ada pendapatan. Bukannya call orang atasan, "saya nak cuba juga la kot2 dapat bantuan". 


Jangan sampai Allah tarik nikmat sale kita. 


Beramanah lah dalam berjualan. Kalau tak laku, kata tak support. 


Che kak nak bagi contoh pengalaman che kak beli buah mangga/pauh/mempelam/mango. 


Che kak beri sepenuh kepercayaan pada makcik untuk pilih buah yang elok. Tapi frust sangat sebab semua buah dah lebam, tak boleh makan langsung. Apatah lagi nak buat pulut mangga. 


Sama juga la peristiwa che kak nak beli sotong kat pasar Chow Kit. Balik rumah, letak sotong dalam sink. Masa nak basuh, hancur! Macam kena asid. Tipu punye abang jual sotong! 🙄 Dah la masa tu mengidam nak makan sotong rebus serai. 


Sampai sekarang che kak tak gi dah pasar Chow Kit. Trauma tengok sotong ditelan arus air paip. 🙄


Keje memberi servis pun kena beramanah dan jujur juga. 


Contoh, kenapa orang takut nak pi baiki  kete dan muto kat mekanik yang kita tak kenal? Sebab takut kena tipu. 


Kenapa takut kena tipu? Sebab ramai dah ada pengalaman kena tipu. Tukar barang yang tak rosak la, cas melampau la. Mentang2 la perempuan yang gi kedai korang. 


Kesian kat mekanik yang jujur terpaksa kena tempiasnya. 


Setakat ni nasib baik che kak kenal mekanik yang sangat jujur orangnya. 


Sama juga tukang rumah. Serius la, che kak tak paham dengan sorang pak cik ni. Datang dah la jarang2. 


Tampal mozek 2 keping je lepas tu balik.


Lepas tu 3, 4 hari pula baru datang. Tampal pula 2,3 keping mozek. Jamban sekangkang kera pun ambil masa macam nak buat projek perumahan. 🤦‍♀️


Lepas tu kalau takde job, mengeluh. Dah orang bagi peluang buat keje. Buat je la dengan sebaik mungkin. 


Kot2 nanti ada orang cari tukang rumah, boleh le kita rekomenkan. Macam ni punya servis, hmmm paham2 je la. 


Sekian bebelan che kak sebab ada orang suruh che kak tulis kat fesbuk versi che kak🤣. 





No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com