MAHAL ATAU MURAH? - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: MAHAL ATAU MURAH?

Friday, April 9, 2021

MAHAL ATAU MURAH?

 Mahal atau murah sesuatu barang dan perkhidmatan, bergantung pada nilai duit yang kita ada.


Nak menilai sesuatu adalah sangat subjektif.


Ada duit, kopi secawan rm10 pun kita boleh bayar tanpa rasa prejudis. 


Takde duit, mak kiah jual kopi secawan rm1 je pun kita kata mahal. 


Membazir atau tidak, bergantung pada kita manfaatkan atau tidak.


Contoh kita beli rumah. Rumah harga juta2, kita kata mahal dan membazir. 


Ada duit dan mampu beli rumah juta2, biar je la untuk kepuasan dan keselesaan diri sendiri. 


Membazir kalau beli rumah kos rendah pun tapi tak duduk. Duk biarkan kosong  tanpa penghuni. Tu baru dikatakan membazir. 


Beli baju mahal tapi sentiasa pakai. Okey la sebab dia guna. Beli baju bundle harga murah tapi simpan jadi koleksi je. Tu baru dikatakan membazir. 


Barang yang berlainan kualiti tak boleh nak banding mahal atau murah. 


Contoh biskut raya. Ada mahal ada murah. Kita kata mahal. Walhal guna bahan mentah yang berkualiti. Contoh butter. 


Contoh beli bantal. Bantal ala2 hotel yang selesa berharga rm40 tak leh la nak banding kualiti dengan bantal rm10 yang keras kejung baling kat dinding pun boleh pecah😂


Macam che kak pernah beli ayam kat pasaraya xxxxx, memang murah tapi isi ayam tetap merah walaupun dah masak. Pakej dapat sakit perut lagi. 


Kadang2 mahal tak semestinya berkualiti. Mungkin mahal sebab nak cover kos marketing atau bayar artis jadi model. 


Murah bukan bermakna tak berkualiti. 


Kesimpulannya, seluk poket sendiri. 


#chekakforever 

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com