HARI RAYA AIDILFITRI PKP 3.0 2021 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: HARI RAYA AIDILFITRI PKP 3.0 2021

Friday, May 14, 2021

HARI RAYA AIDILFITRI PKP 3.0 2021

 Hari ni che kak cuti (12.5.2021)

Bantu kerajaan berjimat cermat.

Ye laaa, duk membazir je bayar elektrik bilik che kak😂.

Memang tak buat keje dah pun🤣. 

Mood keje duk dalam lautan pasifik. 


Memang macam tu la. 

Akan ada hari2 lemau tahap gaban. 


Lepas pulun settle bayaran bantuan bulanan, otomatik tak leh nak hipokrit tunjuk rajin dah. 😂😂


So, hari ni che kak pi beli daging sebab nak masak rendang esok. 


Tadi che kak pi beli sekilo daging dengan harga rm35. 


Singgah umah ma, nasib baik dekat je. Hantar duit raya dan duit orang tempah baju dan ketupat. 


Kata Nabi, kena bayar hasil titik peluh orang sebelum kering peluhnya. Lebih kurang la kot terjemahannya. Nanti che kak google balik. 


Kesian juga kat ma. Walaupun rumah che kak dekat je, takleh nak gi ziarah raya juga esok. 


Alhamdulillah, sambil2 gi hantar ketupat kat kawan che kak, dapat rezeki kek. 


Che kak memang teringin sangat nak makan kek buah dan kek puding karamel. Alhamdulillah. 


Semoga kawan che kak dapat sale biskut dan kek banyak2. 🤲🤲


Tahun ni, tahun pertama che kak pening kepala sebab kena pikir menu masak pagi raya. 😂


Sejak raya tahun 2003, che kak akan bermalam di rumah mertua. Selepas solat raya, baru pergi umah ma. 


So, memang che kak tak pernah fikir menu raya. Makan apa yang disediakan je. 


Che kak tak kisah pun dengan permintaan suami che kak nak beraya dengan mak ayahnya dulu. 


Sebab Allah dah ganti dengan suami kiriman Tuhan. 


Alhamdulillah, kita raikan sahaja hari esok dengan penuh kesyukuran. 


Sekurang2nya kita masih lagi beraya dengan aman. 


Takde perang, peluru, bom dan tentera yang rakus bunuh rakyat Islam di Gaza. 


Kita cuma lawan musuh dengan #stay@home dan jaga SOP je. 


#chekakforever 



No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com