IMAN TAK DAPAT DIWARISI DARI SEORANG AYAH YANG BERTAQWA - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: IMAN TAK DAPAT DIWARISI DARI SEORANG AYAH YANG BERTAQWA

Monday, May 17, 2021

IMAN TAK DAPAT DIWARISI DARI SEORANG AYAH YANG BERTAQWA

 Baru-baru ini ada seseorang yang bertanya.


Soalannya kenapa ada anak yang menjadi 'setan' walaupun ibubapanya seorang alim atau berpelajaran?


Astaghfirullah al azim.


Jangan sesekali berkata demikian.


Bagaimana perasaan kita kalau orang kata macam tu kat anak kita?


Masih ingat dengan lagu nasyid kumpulan Raihan?


"Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa". 


Sape tak seronok dapat anak yang soleh dan solehah?


Sape yang tak gembira dapat anak yang berjaya dan berpendidikan tinggi? 


Namun tak semua yang dapat rezeki sebegitu. 


Dapat anak adalah ujian. 

Ujian yang menentukan kita ke syurga Allah atau tidak. 


Namun sebagai ibubapa, kita perlu sama-sama didik dan bimbing anak. 


Jadikan agama sebagai panduan. Sentiasalah solat jemaah dengan anak. 


Tanggungjawab perlu di ambil bersama. Bukan tanggungjawab ibu sahaja dan bukan tanggungjawab bapa sahaja.  


Ibubapa perlu jaga sumber rezeki yang nak suap kat anak-anak. Pastikan rezeki dari sumber halal lagi berkat. 


Jangan tipu semata-mata  nak dapatkan bantuan-bantuan yang ada. 


Contoh bantuan KWAMP. Walhal bapa tauke besar tapi sanggup tulis pendapatan RM500 je. 


Lepas dapat duit, wat caption pula #syukuralhamdulillahrezeki. 


Kita tak mampu nak ubah dunia. Dunia dari dulu hingga kiamat pasti akan ada jahat tanpa sempadan. 


Apa yang kita boleh buat, bekalkan ilmu dan pendinding jati diri. 


Didik anak supaya dapat jaga kehormatan diri. 


Contoh. Kita tahu dunia internet tiada sempadan. Kita tak mampu nak halang anak dari menjadi pengguna internet. Sebab dunia sekarang memerlukan internet. 


Di sinilah peranan kita kena pantau dan ajar anak-anak tahu batasnya. 


Jangan sesekali percaya sepenuh hati anak kita ni bagaikan malaikat. Sentiasa tanya guru tentang anak-anak kita kat sekolah. 


Kenal dan tahu sape kawan anak kita. Ambil tahu ke mana anak kita pergi dan jumpa dengan siapa. 


Di samping mengejar pelajaran straight A dalam peperiksaan, ajarlah juga anak dengan kemahiran diri seperti kebersihan, kesucian dan keselamatan diri. 


Contoh, jangan biarkan spender anak bersepah. Jangan biarkan pad merata-rata. Pastikan dibuang di tempat yang betul.


Anak lelaki pun kita kena ajar juga tentang kemahiran dan kebersihan.


Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. 🤲🤲🤲


#chekakforever

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com