KITA TAK PERLU JADI GILA APABILA LAYAN ORANG MENTAL - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KITA TAK PERLU JADI GILA APABILA LAYAN ORANG MENTAL

Tuesday, May 25, 2021

KITA TAK PERLU JADI GILA APABILA LAYAN ORANG MENTAL

 Tadi ada klien duk marah2 katanya tahun ni tak dapat lagi  duit raya 300 ringgit dalam cimb. 


Masa bila pulak jei kei em ada bagi duit raya. Tak pernah pun bagi duit raya aidilfitri. 


Che kak cuba tenangkan dia dan cuba bagitau memang tak pernah bagi duit raya. Duit bulan2 cam biasa la ada dalam akaun tengah bulan nanti. 


Bila che kak cek sistem, dia OKU mental disahkan pakar psikiatri.


Eh eh tuduh che kak tipu pulak. Rasa macam nak saman fitnah je  nanti. 


Memang che kak berdebar tahap gaban. Kot la dia lupa makan ubat. Che kak bukan nak marah kat dia. Cuma takut dia bertindak agresif. 


Hakikatnya che kak tak mampu nak redakan marahnya, Ya Robbi. 


Sebab tu kes2 pesakit mental hanya di pantau oleh pakar psikiatri. Tak mampu orang marhain macam che kak nak tangani. 


Kalau che kak teruskan juga bagi penerangan konon2 nak suruh dia faham, sampai ambulan datang la jawabnya nanti. 


Dah dia mental. Takkan kita juga nak mental duk bergaduh dengan dia. So, biarkan dia tenang dengan sendiri. 


Che kak nak citer ni, sebab nak bagitau kehidupan kita kat alam realiti. 


Kita tak perlu fokus pada orang yang boleh membuatkan kita jadi sakit 'mental' tahap nak mati. 


Tinggalkan dan abaikan sahaja orang yang selalu membuatkan kita rasa down, frust, kecewa, menyampah dan sakit hati. 


Tak perlu ambil port. Tak perlu layan. Hidup bahagia cara kita udah. Kita jaga diri kita sendiri. 


Lebih baik kita follow orang positif, yang boleh buatkan kita rasa happy.


Cedok ilmu untuk tambah baik taraf hidup kita sefamily. 


#chekakforever 




No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com