DAYTRIP PULAU PERHENTIAN - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: DAYTRIP PULAU PERHENTIAN

Tuesday, August 23, 2022

DAYTRIP PULAU PERHENTIAN

 Okey sambung balik cerita.


Memang tenang sungguh pergi ke Pulau Perhentian. 


Banyak pakej sebenarnya yang korang boleh pilih. Che kak tak tau sebab geng lelaki yang urus semua tu. Kitorang turut je ke mana depa nak bawa. 


Nanti korang boleh google daytrip Pulau Perhentian by Awatif Packages.


Aktivitinya ofkos la main air.  Snorkeling timeeeee. Enjoy enjoy juga. Dalam seronok berendam dalam air laut pun tetap rasa takut lemas. Lawan juga la rasa takut tu sebab nak sangat rasa enjoy dengan laut.


Malas la nak cerita tempat kitorang pergi antaranya fish point, turtle point, shark point.






Kalau hilang mugo spek mato tu keno ganti RM100 la wei.  Kalau terjatuh sila bagitau kat pekerja diorang. Nanti diorang berenang tolong ambilkan. 


Tapi kan, korang tak rasa geli ke dah berapa ribu orang  duk gigit 'kakah' tu,😆. 


Masing-masing memang enjoy. Nama lgi nak release tension, kan. So, manfaatkan la daytrip anda.


Depa ni, daripada tak pandai berenang, eh sekejap je pandai berenang. Che kak? 🙄🙄🙄 Asyik nak pegang member je. Kalau terlepas tangan dengan member, rasa cam tenggelam dalam air laut dah. 





Tangan kaki tu rasa terkuis-kuis cari tanah. Walhal elok je terapung sebab pakai jaket😆. Point nye memang kena bertenang. Tapi tu la tak tenang tenang juga.😌




Boss che kak memang pandai berenang sebab beliau pun merangkap guru renang. Seronok je tengok dia berenang sambil menghayati alam dalam laut.



Weiii dah lupa la nama tempat yang ada kolam air mata air tu. Airnya sangat sejuk tapi best dan segar. Ada juga orang jual makanan goreng-goreng. Kalau mahal pun harap maklum la tempatnya. Tak tau la duit sape yang belanja keropok goreng. Macam piranha masing-masing makan keropok. 




Weiii nak bagitau ni. Seksi se seksi si wanita omputeh yang pakai bikini, seksi lagi gadis melayu yang pakai baju dan seluar panjang ketat. Terjojol biji mata bila tengok budak pompuan sorang tu hah. Hadoiii dah la siap lompat-lompat sebab sejuk bila jirus mata air tu🤦


Walaupun tak pakai bikini, rupanya gadis melayu itu lagi seksi. Tak sure la pula melayu ke kaum apa ke. Tapi wajah tu macam orang melayu je.


Che kak pun tak tahu la sedang menghayati alam semulajadi yang hijau ke atau keindahan makhluk yang bernama perempuan🤪.


Okey sambung pula pasni.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com