LEBIH SUKA MASAK ATAU BELI DI BAZAR? - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: LEBIH SUKA MASAK ATAU BELI DI BAZAR?

Thursday, April 20, 2023

LEBIH SUKA MASAK ATAU BELI DI BAZAR?

Takut pula rasa nak membeli di bazar ramadhan. Macam² citer keluar. Ayam tak masak la, basi la, mahal la, kuih angin la, macam² la.


Setakat ni che kak lebih suka beli dengan rakan² yang open order dan beli kuih muih kat kedai depan rumah. 


Lagipun malas nak hadap jem dan susah nak cari parking kereta. 


Alhamdulillah penat macamana pun, masih berkesempatan masak sendiri. Balik awal 1 jam memberi kelebihan untuk che kak berehat dulu sementara masuk dapur. Lagipun masak simple² je. 



Teringat pula kisah masa kami pjj dulu. Suami dari Melaka, ambil che kak di KL lepas tu terus bertolak balik ke Kelantan.


Suatu hari, masa tu dah azan menandakan dah masuk waktu berbuka puasa. Singgah bazar di Gua Musang. Sempat beli nasi kerabu yang nasinya berkerak, yang tak berapa nak kerabu dah. Lauknya kepala sotong seketul je.

Kalau cakap harga yahudi kan, takut orang yahudi marah pula duk petik nama bangsanya.


Terpaksa beli juga sebab niatnya sekadar nak alas perut sementara nak sampai kat rumah makan puas².


Gitulah suka suki kami berpjj masa dulu². Sapa kata alaaa orang lain pun pjj juga. Sabar je la kalau pjj lagi sekarang ni. Che kak nak tarik hidung dia jadi mancung omputeh.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com